perlukan penapis udara

7 Sebab Anda Perlukan Penapis Udara di Rumah dan Pejabat

Rumahku syurgaku.

Di situlah tempat meluangkn masa bersama keluarga.
Ketawa dan bergurau bersama.

Anak-anak pula tidak duduk diam.
Ada sahaja idea dan aktiviti mereka.

Sebagai ibu bapa pasti gembira dengan situasi itu.

Senyuman sehingga ke telinga.

Namun, semua itu diragut apabila anak sering sakit.
Selalu sahaja batuk dan sesak nafas.

Apatah lagi serangan asma dan sebagainya.
Sehingga terpaksa berkejara ke hosital bagi mendapatkan rawatan.

Paling meruntun jiwa bila anak terpaksa dimasukkan ke dalam wad dan meraung-raung tiap kali tiba masa untuk diberikan ubat atau diambil darah.

Selepas mendapatkan rawatan sudah sembuh.
Namun, pulang sahaja akan berulang tidak lama selepas itu.

Mengapa?
Kebanyakan masa, kita hanya cuba merawat dengan ubat-ubatan sahaja tanpa mengambil kira persekitaran ruang udara di dalam rumah.

Ruang banyak dihabiskan masa.

Bagaimana dengan kualiti udara di dalam rumah itu sendiri?

Kualiti udara di dalam rumah anda adalah penting, lebih-lebih lagi apabila membabitkan kesihatan yang turun nai dengan kerap.

Pencetus-pencetus penyakit itu sebebnarnya tidak kita perasan di dalam ruang udara rumah kita.

Oleh itu, pilihan yang ada bagi memnuhi kehiduan di bandar yang semakin berkembang maju adalah dengan mendapatkan penapis udara.

Supaya dapat membantu ke arah udara yang lebih bersih dan sihat serta pernafasan yang lebih baik di dalam rumah.

Gaya hidup rumah yang tertutup tidak dapt dipisahkan atas faktor keselamatan dan sebagainya.

Namun, kesannya tiada aliran udara keluar masuk yang baik di dalam rumah.

Sehinggakan lebih banyak bahan-bahan pencetus alahan, asma dan masalah kesihatan lain makin hari makin terkumpul di dalam rumah.

Ada banyak kelebihan yang anda boleh diperolehi dengan udara yang lebih bersih dan sihat.

Antaranya, tenaga semakin meningkat, pengaliran darah yang lebih baik, sistem imunisasi badan semakin meningkat.

Jika sebelum ini anda/anak anda kerap mengalami batuk, selsema, terkena serangan asma, alahan, ekzema dan sebagainya sehingga mengganggu pelajaran, aktiviti harian, dan waktu tidur, adalah antara bukti anda telah dijangkiti udara yang tercemar.

Mana tidaknya, di malam tidak tidur dengan nyenyak sehinggakan anda sendiri keletihan melayan kerenah anak-anak di waktu malam.

Kebanyakan masa kita mencuba merawat penyakit-penyakit ini dengan ubat-ubatan semata-mata.

Namun, terlepas pandang punca yang menyebabkan semua itu kerap berulang, iaitu kualiti udara yang buruk di rumah.

7 Sebab Anda Perlukan Penapis Udara

1. Alahan

Habuk, debu, malah debunga dan partikal-partikal lain yang terdapat di dalam udara kita saiznya adalah halus dan amat ringan.

Kebanyakannya tidak dapat ditangkap oleh pandangan mata kasar.

Kita tidak sedar bahawa kesemua bahan tersebut mudah dibawa/terbawa masuk ke dalam rumah samada melalui angin semasa pintu dan tinkap dibuka.

Atau ianya bergantung dan melekat pada pakaian kita sebelum tersebar di dalam rumah.

Setiap hari kita membawa masuk ia ke dalam rumah.

Semakin hari semakin banyak.
Namun, tidak keluar semula.

Oleh kerana saiznya yang kecil, ia mudah bergerak bebas dan kekal di dalam udara untuk tempoh yang lama.

Penghuni rumah pula akan berterusan menyedut debu-debu ini setiap hari.

Apabila disedut berterusan setiap hari, mulalah diserang alahan.
Dan berulangdari masa ke semasa.

Tanda-tandanya termasuklah sering mengalami hidung berair, kegatalan mata yang tidak dapat dibendung lagi, selalu sahaja tangan menggaru-garu sehingga terluka.

Selain itu, bersin berulang kali dan juga kerap.

Batuk-batuk sehingga muncul lingkaran gelap bawah mata.

Orang putih panggil eye bag atau dark circle.

Kerana tidur turut terganggu.

Apabila kerap terasa gatal, hidung menjadi tersumbat.

Tidur tidak berkualiti apabila kerap terjaga di tengah malam.

Anak mula meragam kerana tidak selesa.

Bukan sahaja anak anda yang tidak selesa, anda juga menjadi tertekan kerana terpaksa bekerja keesokan harinya.

Sebenarnya ada penyelesaian yang mudah dan pejagaan berterusan yang anda boleh pilih.

Iaitu dengan menggunakan penapis udara.

Ia bukan sahaja memberikan udara yang bersih dan membantu mengawal serangan alahan daripada berlaku.

Malah memberikan ketenangan dan kegembiraan kepada anda apabila anak kelihatan lebih ceria, lebih bertenaga, semakin berjaya di dalam pelajaran dan tiada lagi siri tantrum dan meragam di malam atau siang hari.

Bagaimana penapis udara memberikan anda semua itu?

Ia akan menyedut, menapis dan memerangkap penyebab-penyebab alahan, debu, habuk, hama ini keluar dari udara anda dan memberikan udara bersih kepada anda.

Oleh itu, anda akan dapat merasai dan mengalami semula kehidupan yang lebih tenang

Anda juga dapat menarik nafas dengan tenang apabila anak kecil sudah tenang, tidak meragam, dan tidur lena siang dan malam.

 

2. Mempunyai Haiwan Peliharaan/Alahan terhadap Haiwan Peliharaan

Masalah utama yang dihadapi apabila mempunyai haiwan peliharaan berbulu seperti kucing, anjing, arnab, burung, hamster dan sebagainya adalah bulu haiwan.

Hari-hari ibarat perlu berperang dengan kehadiran bulu-bulu haiwan ini.

Senjata yang biasa digunakan mungkin penyapu biasa, pembersih hampagas, mahupun mop lantai.

Pasti anda yang paling rajin mengeas rumah apabila memiliki haiwan peliharaan.

Namun, kadangkala terasa semua itu tidak mencukupi kerana ada sahaja bulu-bulu haiwan muncul walaupun baru sekejap tadi diselesaikan.

Selain itu, sesetengah anda mungkin mengalami masalah alahan kucing.

Berpunca dari serpihan-serpihan kulit haiwan peliharaan yang mengandungi protein penyebab alahan, dikenali sebagai pet dander.

Menurut American College of Allergy, Asthma and Immunology, alahan haiwan memberi kesan negatif kepada sekitar 10% daripada penduduk Amerika Syarikat.

Sekitar 32.5 juta penduduk Amerika Syarikat.

Di Malaysia peratusnnya mungkin hampir sama.

Ramai yang mengalami masalah dengan bulu haiwan peliharaan ini atau menghidap alahan terhadap haiwan peliharaan mereka.

Tahukah anda bahawa alahan bukan sekadar datang daripada bulu haiwan peliharaan.

Malah, kajian telah membuktikan bahawa pencetus alahan ini datang daripada air liur, air kencing dan kelenjar kulit haiwan (secara ringkas, kucing suka menggesel pipinya pada sesuatu atau seseirang sambil mengeluarkan sejenis bau dari kelenjar kulitnya bagi menanda kawasan), yang terdapat pada serpihan-serpihan kulit mati haiwan peliharaan.

Seperti manusia, kucing dan anjing juga menghasilkan serpihan-serpihan kulit mati.

Pencetus alahan ini dikenali sebagai pet dander.

Dan bulu haiwan yang lebih kasar juga boleh mengandungi pet dander.

Pet dander amat mudah melekat pada perabot-perabot, permaidani, langsir, pakaian dan seumpamanya.

Kerana saiznya yang super kecil sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Menjadikan ianya mudah terapung dan bergerak di udara ke sana ke mari dan mencetuskan serangan alahan dan asma.

Sebab itu, boleh terjadi serangan asma dan alahan.

Kerana ia mudah bergerak di udara.
dan kekal lama di udara.

Menari-menari di hadapan hidung anda sekeluarga.

Dan boleh memasuki ruang udara anda bila-bila masa sahaja.

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan berbulu di rumah, pilihan penapis udara terbaik adalah yang dilengkapi penapis HEPA seperti Penapis Udara Coway Lombok 2 dan Penapis Udara Coway Storm.

Penapis HEPA adalah digalakkan untuk pemilik haiwan peliharaan bukan sahaja kerana ia boleh menapis dan memerangkap pet dander sehingga saiz o.3 micron ini, malah ianya dipasangkan dengan activated carbon filter.

Activated carbon filter ini akan membantu mengatasi masalah bau-bauan tidak enak haiwan peliharaan di ruang udara anda.

Seterusnya memberikan udara yang segar bugar, udara sihat.

3. Asma

Penghidap asma digalakkan menggunakan penapis udara di rumah kerana penapis udara akan membantu memelihara udara yang lebih berkualiti dan lebih bersih untuk pernafasan lebih baik.

Serangan asama terjadi apabila terdapat alergen/elemen-elemen tertentu yang mencetuskan serangan asma dalam udara disedut dan menyebabkan saluran udara membengkak dan menjadi sempit.

Menjadikan seseorang itu menghadapi kesukaran bernafas.

Penapis udara yang digalakkan untuk penghidap asma adalah yang dilengkapi penapis HEPA.

Penapis Udara Coway Lombok 2 dan Penapis Udara Coway Storm adalah pilihan yang sesuai untuk penghidap asma kerana dilengkapi dengan penapis HEPA.

Baca: FAQ Penapis Udara

 

4. Asap Rokok

Kehadiran asap rokok di rumah antara sebab anda perlukan penapis udara di rumah.

Asap rokok merupakan salah satu punca pencemaran udara di dalam rumah.

Daripada asap yang dihasilkan, kepada bau yang dikeluarkan, mencemari segenap ruang udara di dalam rumah anda.

Ramai yang mengalami cabaran yang besar untuk menyingkirkan masalah tersebut.

Mengapa susah sangat untuk dihilangkan?

Kesukaran dialami kerana bahan-bahan kimia yang terhasil bersama asap roko mudah melekat pada perabot, dinding dan permaidani/carpet.

Bukan sahaja memberi kesan negatif kepada bau persekitaran, malah kesannya ke atas kesihatan second hand smoker mahupun third hand smoker lebih membimbangkan.

Terutama kepada kanak-kanak, atau individu yang ada masalah alahan dan asma, dan golongan berusia.

Sekiranya anda mempunyai anak kecil, bayi, atau ibu yang mengandung, cuba periksa keadaan kesihatan mereka.

Bagaimanakah keadaan mereka sehari-hari.

Adakah sering mengalami batuk dan demam.
Berapa kali anak anda jatuh sakit sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan dmasukkan ke dalam wad.

Wad ICU paling merisaukan dan digeruni kerana peluang untuk hidup mungkin menadi 50-50.

Pendedahan kepada asap rokok mungkin puncanya.

Bagaimana mahu meminimakan pendedahan terhadap asap rokok ini?

Cuba asingkan tempat merokok pada bilik yang lain, gunakan penapis udara, dan biarkan ia terpasang sepanjang hari, adalah satu pilihan yang digalakkan.

Dengan itu, anda menghadkan penyebaran asap rokok tersebut.

Pilihan penapis udara terbaik untuk menghilangkan bau rokok dari udara adalah penapis udara yang disertai dengan Activated Carbon Filter.

Penapis HEPA pula akan membantu mengatasi masalah alahan dan asma yang disebabkan oleh asap rokok.

Walaupun begitu, harus difahami bahawa partikal-partikal dari asap rokok masih boleh berada di ruang lain terutama yang melekat pada pakaian.

 

5. Dust Mites/Hama

Hama adalah sejenis makhluk kecil yang hidup dengan memakan bahan-bahan organik seperti kulit mati, bulu haiwan dan habuk/debu.

Percaya atau tidak, rumah kita adalah tempat tinggal dan kawasan pembiakan yang sessui untuk hama kerana kita menghasilkan berjuta sel kulit mati setiap hari.

Dan mungkin semua ini jatuh ke atas sofa berbulu, katil serta kawasan seumpannya.

Mungkin sudah ada berjuta ekor hama yang ada.

Tetapi, mengapa tidak nampak?

Kerana saiznya yang sangat kecil, tidak terlihat dengan mata kasar.

Perlu menggunakan mikroskop keran sainya yang kecil.

Sekitar 3o micron.

Mudah bergerak, malah ringan sehingga boleh bergerak melalui udara walaupun ia tidak boleh terbang.

Bagaimana?

Mungkin semasa anda mengibas cadar katil, atau semasa menukar cadar katil, atau semasa menyapu lantai yang berdebu, atau semasa membersihkan kawasan perabot.

Bagi yang ada alahan atau asma, memang tidak tahan sehingga bersin berdentam-dentum berkali-kali ibarat bunyi guruh.

Bergegar satu rumah.

Tidak dinafikan vakum dan mop akan membantu.

Tetapi, dengan adanya penapis udara, hama-hama yang bertebaran ke udara dari masa ke semasa akan disedut dan ditapis oleh penapis udara.

Amatlah membantu terutamanya pada penghidap alahan dan asma.

Kerana saya faham perasaan apabila terkena serangan pernafasan.

 

6. Sensitif pada bahan Kimia

“Di rumah saya tidak guna bahan kimia.”

Sebenarnya pewangi udara, minyak wangi, bahan pencuci ada menggunakan bahan kimia.

Ada yang mengeluarkan bau yang enak seperti pewangi, ada juga yang mengeluarkan bau tidak enak dan bertoksik seperti gam lantai, pembersih lantai, alatan melukis, malah perabot-perabot yang baru.

Finishing touch perlu menggunakan bahan kimia bukan seperti coating, varnishes, adhesive.

Bahan tersebut meruap ke udara menghasilkan bau masing-masing.

Pewangi disembur dalam kuantiti yang banyak pun boleh menyebabkan pening.

Itulah salah satu contoh sensitif kepada bahan kimia.

Sesetengah pula tidak meninggalkan bau.
Namun, ia tetap boleh memberi kesan negatif apabila dihidu.

Hidu sahaja akan jadi pening, sakit kepala, loya, terasa nak muntah.

Jika kepekatan terlalu tinggi bagi sesetengah bahan kimia, ia boleh mengakibatkan hilang ingatan serta tidak sedarkan diri.

 

7. Bakteria dan Virus di Udara (Airborne)

Sesetengah penapis udara juga boleh mengatasi masalah bakteria dan virus di udara.

Sebagai contoh..

Seorang sahaja demam selsema di dalam rumah, 2 3 hari selepas itu berjangkit pada orang lain.

Berjangkit bagaimana?

Umum mengetahui melalui udara.

Sebab selalu dinasihati (atau dimarah), apabila mahu bersin atau batuk tutuplah mulut itu dan jauhkan dari orang lain.

Bukan sekadar untuk beradap, malah mengelakkan penyebaran bakeria atau virus kepada orang lain pula.

Bakteria atau virus boeh dikeluarkan melalui bersin, melalui batuk ke dalam udara.

Kadangkala kesemua ahli keluarga dijangkiti.

Walaupun pada asalnyaseorang sahaja yang dijangkiti.

Kesian si ibu, terpaksa mengambil cuti jika tidak dapat mencari pengasuh gantian.

Malam-malam juga tidak cukup tidur kerana melayan ragam anak sakit.

Si abang, kemudian si adik.

Sehingga si ibu turut pening kepala.

Biasa terjadi bukan.

Begitu juga keadaan di taska-taska dan tadika-tadika.
Sseorang murid yang berjangkit, tidak sukar untuk merebak kepada murid yang lain.

Begitu juga halnya di pejabat yang mempunyai ruang yang tertutup.

Mudah sahaja untuk bakteria atau kuman kekal di dalam udara untuk tempoh masa yang lama dan menjangkiti rakan sepejabat yang lain.

Penapis Udara Coway Lombok 2 menggunakan teknologi RBD Plasma bagi membasmi bakteria dan virus dengan menyahakftihkannya apabila melalui penapis tersebut selain penggunaan penapis HEPA bagi menapis sebahagian bakteria di udara.

Untuk kesihatan yang lebih baik dari jangkitan bakteria, kuman ataupun virus pembawa penyakit, pilihan penapis udara Lombok 2 adalah yang terbaik.

Di dalam masa yang sama, ia juga menapis udara dari debu-debu dan habuk.

Dengan itu membantu sistem imunisai badan melawan penyakit dari luar.

You may also like...

Popular Posts

1 Comment

  1. […] Baca: Kenapa Anda Perlukan Penapis Udara […]

Leave a Reply

Top