6 TIPS MEMILIH PENAPIS UDARA TERBAIK

Kehadiran kucing pastinya menambah penyeri hidup sekeluarga.

Salah satunya kerana kita belajar untuk memberi tanpa mengharap apa-apa balasan.

Kadangkala-kala kita kurang mengambil peduli erti kebahagiaan sebenar iaitu dengan lebih banyak memberi.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang meminta

Semogakita semua dikurniakan dengan sifat yang suka bersedekah, memberi, membantu orang mahupun makhluk lain.

Tidak kira melalui wang ringgit, tenaga, senyuman, dan sebagainya.

Berapa ramai yang telah menggunakan haiwan seperti kucing sebagai terai bagi penyakit mental dan mereka yang tertekan.

Shingga kucing dilatih bagi tujuan tersebut.

Melawat hospital-hospital, wad kanak-kanak, rumah orang-orang tua dan sebagainya.

Di dalam masa yang sama juga, masalah yang sering berlaku apabila membela kucing dalam rumah adalah masalah bulu kucing di sana sini.

Di sana bulu.
Di sini bulu.
Atas bawah semua bulu berterbangan.

Bukan tidak dibersihkan, tetapi seperti tiada beza setelah menyapu, mengelap mahupun mengemop.

Dan lebih kronik apabila menyebabkan alahan.
Samada diri sendiri atau ahli keluarga yang lain.

Alahan bukan sekadar alahan kucing, asma, resdung, atau alahan-alahan lain yang tersebar melalui udara.

Rasa seperti sudah 100 kali bersihkn rumah.

Bukan sekadar menyapu.
Malah mengemop, mengelap setiap setiap inci kawasan, dan vakum sekali.

Ditambah pula anak-anak menjadi second-smoker di rumah sendiri.

Isu alahan atau isu second-smoker bukan masalah ringan sebenarnya.

Jika dibiarkan untuk jangka masa yang lama tanpa dirawat, keadaan akan menjadi tidak terkawal.
Dan akhirnya membawa padah.

Bayi di daam kandungan ada masalah jantung berlubang.
Tidak boleh tidur malam.
Keputusan merosot kerana tidak bermaya.
Risiko serangan jantung meningkat.
Kanser.
Barah.

Akhirnya membawa maut.

Siapa pernah alami tahu semua ni.
Bila alahan bertandang, bila asma menyerang.

Hidung tersumbat, rasa macam nak cabut hidung yang ada.
Demam dan selsema kerapa datang silih berganti.
Serama sejuk sudah jadi rutin.
Baru sahaja baik, sakit datang semula.

Boleh jadi selsema yang lepas belum habis baik lagi.
Selalunya lambat untuk sembuh.

Tak boleh keadaan sejuk sedikit, pasti selsema semula.

Bersin pula berdentum-dentum seperti guruh di langit.
Yang batuk pula tak henti-henti.
Kadangkala orang yang mendengarnya stress.

Ada pula yang mengalam kegatalan.
Gatal mata sehingga kemerahan.
Gatal satu muka, atau anggota badan lain.

Bukan sahaja kegatalan, badan terasa seram sejuk bagai mahu demam.
Tetapi bukan demam.

Di dalam masa yang sama, nafas laju turun naik.
Tidak dapat dikawal.

Kasihan lihat anak-anak yang terpaksa alami semua ini.
Serba tidak kena semua.
Buat ini tidak kena, buat itu tidak kena.

Mulalah meragam.
Kerana tidak selesa. Bukan dibuat-buat.

Lebih kasihan dan stress apabila pernafasan yang tersekat itu mengganggu waktu tidur.
Waktu tidur ibu dan anak.
Kerana si ibu akan cuba melayan kerenah anak sepanjang malam.

Kesannya, lesu tak bermaya kerana tidur tidak berkualiti.
Tidur terganggu dengan kerap.

Bila alahan atau asma menyerang, nafas putus-putus kerana tersumbat.
Sekejap bernafas melalui hidung, sekejap tercungap bernafas melalui mulut.

Tarik nafas bagai nak putus nyawa, ibarat itulah nafas yang terkahir.
Bagai ada beban yang sangat berat.
Seperti ada seekor gajah di atas dada.

Tidak kurang juga kes-kes yang lebih berat sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk diberi oksigen, diberi bantuan pernafasan.

Penuh wad-wad pediatrik menerima kes-kes alahan melibatkan kanak-kanak di hospital.

Namun, perkara ini bukan dialami sekali setahun.
Bukan juga sebulan sekali.

Malah 3 hingga 4 kali seminggu berulang alik ke hospital itu mungkin sudah jadi rutin.

Tiap-tiap kali terjadi pucat kebiruan muka.
Darah bagai tiada diminum vampire.
Semua tenaga dalam badan hilang sekelip mata bagai magis.

Sedih.
Sampaikan mahu menangis pun tiada tenaga.

Bagi yang kronik pula terpaksa diwadkan.
Dan untuk kes yang lebih teruk, akan dimasukkan ke ICU.

Mengapa rumah kedua itu hospital, buat kita dan anak-anak?
Mengapa bukan di rumah neneknya atau rumah saudara mara.

Di hospital itu, tidak semstinya tidur selesa.
Tangan, lengan penuh kesan cucuk.
Tdak dapat lengan, ambil di kaki.

Masuk tiub keliling.

Meraung anak setiap kali.
Runtun hati.

Nak tak nak, untuk kawal semua ini, kena pastikan rumah bersih.

Doktor pun dah pesan anak tak boleh terkena habuk, debu, asap.

Bukan tidak jaga.
Hari-hari cuba lap, mop, vakum.

Penat.
Tetapi demi kesihatan anak-anak, digagahkan juga.

Namun, debu tak berhenti ada.
Baru lap, sejam dua berdebu semula.

Sedihnya tak terkata bila debu hari-hari masuk ke dalam rumah dari luar.
Pencemaran udara di dalam rumah adalah realiti yang berlaku hari ini.

Bila asap kenderaan masuk.
Bila asap pembakaran masuk.
Ada pula debu dari lori yang lalu alang serta kawasan pembinaan berhampiran masuk beramai-ramai tanpa diundang.

Semua ini merupakan punca pencemaran udara berlaku di dalam rumah.
Dah masuk, tak mahu keluar.
Kerana kurang pengudaraan keluar masuk.

Nak tak nak, perlu dapatkan bantuan penapis udara.
Orang putih panggil air purifier/air filter.

Yang boleh bantu pastikan udara bersih 24 jam sehari.

Demi memastikan anak-anak, suami, isteri, mak, ayah dapat udara bersih.

Apatah lagi bayi kecil.

Sayu lihat mereka sakit, tersekat-sekat nafas.
Tersedak-sedak nak bernafas.

Penat.
Kudrat kita pun ada terhad.
Berapa kali nak menyapu, vakum dan mop setiap hari.

Berdosa kita biarkan mereka terus-terusan sakit begitu walhal ada penyelesaiannya.

Ada cara nak kawal.
Kerana itu kita memilih penapis udara bukan.

Tetapi, satu soalan timbul.
Bagaimana memilih penapis udara terbaik.
Yang dapat jaga kesihatan insan-insan tercinta?

Panduan memilih penapis udara terbaik ini dibuat khas untuk anda.
Daripada saya penghidap alahan.
Kerana saya mengerti derita itu.

Tiada yang sempurna di dunia ini.
Tetapi, kita pasti cuba untuk dapatkan yang terbaik untuk keluarga tercinta.

MAHU
Kawal alahan kucing?
Kawal alahan debu dan habuk?
Kawal masalah resdung?

Nak kawal penyakit asma?

Merupakan Second-smoker?

Ikuti Tips Memilih Penapis Udara Terbaik di bawah.

TIPS MEMILIH PENAPIS UDARA TERBAIK

1. Penapis HEPA

** HEPA = High-efficiency Particulate Air

Penapis udara yang bagus perlu ada Penapis HEPA.

Mesti ada Penapis HEPA.

Dah jatuh wajib untuk ada Penapis HEPA.
Kalau tak ada, tidak sesuai penapis udara tersebut untuk situasi kesihatan sepeti di atas.

Terutama yang ada bela kucing dalam rumah, yang ada alahan, yang ada asma, yang ada masalah pernafasan, batuk-batuk selsema kerap, lebih-lebih lagi yang ada ahli keluarga merokok dalam rumah.

Penapis udara HEPA berperanan menapis debu-debu yang sangat halus penyebab alahan.
Sebenarnya aahan dan asma terjadi akibat habuk, debunga yang sangat halus ini.

Sangat-sangat halus.
Hampir tidak dapat ditangkap oleh pandangan mata.
Tetapi, bila disuluh cahaya nampak debu-debu ini menari-nari di udara.

Walaupun tidak nampak, atau merasakan rumah sudah bersih, mengapa anak-anak masih mengalami alahan dan serangan asma semasa di rumah?

Renung-renungkan

Mana nak tahu ada penapis HEPA?
Ada pada gambar atau bahagian spesifikasi.

Atau,

Buka sahaja mulut dan tanya pada pekerja di situ.
Ada Penapis HEPA atau tidak.
Senang.

Penapis HEPA pula, macam mana nak tahu bagus ke tak bagus?
Lebih tebal, lebih bagus.
Lebih banyak “zigzag pattern” lebih bagus.

Penapis HEPA biasanya disusun secara zigzag, bagi penapis udara kegunaan dalam rumah.
Zigzag seperti kipas kertas.

Penapis HEPA

Kipas kertas kan kita lipas secara zigzag.
Siapa yang rajin buat dulu?
Kita geng.

Kenapa zigzag?
Supaya penapis paling penting ada ini, luas permukaannya.

Kita mahukan penapis HEPA ini besar, luas.
Jadi, caranya melalui bentuk zigzag.

Bila disusun zigzag, keluasan penapis adalah berganda lebih besar berbanding satu lapisan lurus ke bawah.

Supaya lebih banyak debu-debu halus yang boleh ditangkap.

Tak sama penapis HEPA dengan penapis biasa.
Tugasnya nak memerangkap debu, dan habuk yang sangat-sangat halus dari udara.

Yang kebiaasaanya tidak dapat ditangkap oleh mata kasar apabila tersebar.
Seperti debunga, asap rokok, kulapuk, debu, dan pet dander.

Semuanya bersaiz halus.

Secara ringkasnya pet dander yang menyebabkan utama alahan kucing bagi yang membela kucing.
Ia terdiri daripapda sisik/kulit mati kucing yang terdedah pada air liur kucing.

Kulit mati + air liur kucing + bebas ke udara + masuk dalam hidung = ALAHAN.

Kebiasaanya, debu jenis inilah penyebab serangan asma dan alahan.
Walaupun tak nampak, namun merupakan pesalah utama.

 

2. Prefilter

Prefilter adalah penapis peringkat pertama.
Untuk tapis habuk, dan bulu kasar.

Kalau boleh cuba dapatkan yang ada 2 prefilter.
Namanya mungkin Prefilter + Fine Dust Filter.

 

pre filter

 

fine dust filter

Yang paling awal ada liang-liang yang lebih besar.
Manakala prefilter kedua lubang yang lebih halus berbanding pertama.

Kenapa kena ada Prefilter di dalam penapis udara?

Tak cukupkah dengan penapis HEPA sahaja?

Ya, pada pandangan saya perlu ada prefilter.

Ibarat pemain bola.
Ada posisi masing-masing.
Ada tugas masing-masing.

Penyerang, bahagian tengah, pertahanan, dan penjaga gol.

Kenpa tidak setiap orang jaga semua bahagian?
Tidak masuk akal bukan.
Resepi kekalahan namanya.

Setiap posisi ada peranan masing-masing.
Setiap pemain sudah tahu tugas masing-masing.

Barulah boleh menang dan menangkis serangan pihak lawan bila bekerja sama.

Kalau setiap orang nak buat semua pekara.

Susah la.
Mudah penat.
Mudah cedera.

Prefilter perlu ada sebelum penapis HEPA sebagai pertahanan awal.
Menangkis dan memerangkap debu-debu kasar di hadapan.

Bukan tak boleh.

Kalau penappis HEPA tangkap semua, cedera lah dia cepat.
Jangka hayat penapis sekejap sahaja.

Bila sudah cedera perlu diganti segera.
Kalau tak ganti, sakitlah semula satu rumah.

Dan penapis HEPA antara yang paling tinggi sekali kosnya untuk diganti.

Sebab itu jangka hayatnya 1 tahun, ada yang 2 tahun.
Lama.

Jadi, prefilter ini juga fungsinya nak menjaga jangka hayat penapis HEPA.

Berbanding penapis yang biasa, kosnya jauh lebih rendah untuk diganti.
Walaupun berkali-kali diganti, kosnya adalah lebih rendah daripada sebuah penapis HEPA.

Kerana itu, penting untuk ada Prefilter.

 

3. Servis

Bila menggunakan sesuatu alat untuk jangka masa yang lama dan berterusan, tidak akan lari daripada melakukan servis berkala.

Dalam memilih penapis udara terbaik, servis berkala perlu diambil kira.

Servis sangat penting.
Untuk memastikan penapis udara menapis udara pada tahap terbaik dan effisyen.

Cuba bayangkan bila hidung tersumbat.
Nak sedut udara pun susah.

Sama kes macam penapis udara.

Bila penapis dah penuh dengan habuk, udara susah nak disedut, macam mana udara nak dibersihkan.
Masuk pun tak mahu.

Jadi, udara kotor dan penuh dengan bahan penyebab allergi, alahan dan asma terus berada di udara.

Berterusan sakit.
Beratus kali masuk wad setahun.
Berpuluh ribu ringgit habis untuk rawatan.

Buang duit anda sahaja jika penapis udara tidak menjaga kesihatan anak-anak.
Sebab tidak diambil berata pada bahagian servis berkala.

Oleh itu, semasa memilih penapis udara, ambil tahu isu servis.
Tidak kira penapis udara yan perlu diservis sendiri ataupun ada pihak yang datang untuk servis.

Setiap berapa bulan sekali perlu dicuci?
Sebulan sekali, dua bulan sekali, tiga bulan sekali?

Berapa bulan sekali perlu diganti?
Mungkin 4 bulan sekali, 6 bulan sekali, atau setahun sekali.

Perlu buat sendiri atau ada orang datang servis?
Adakah anda mempunyai masa?

Di mana nak dapatkan penapis yang baru?
Mudah atau sebaliknya?

Boleh dapatkan di cawangan-cawangan atau perlu berhubung terus dengan kilang?

Bagaimana nak bersihkan?
Cuci dengan air, dengan sabun atau pencuci khas?

Adakah mudah nak dibuka dan dipasang semula?
Mahu dibersihkan menggunakan air atau tepuk-tepuk sahaja?

Setiap lapisan penapis mungkin ada cara pembersihan berbeza.
Jadi, ambil tahu untuk setiap jenis penapis.

Dan semestinya untuk penghidap alahan, asma, resdung, masalah pernafasan, orang sakit, ada perokok di dalam rumah, untuk rumah yang mudah masuk habuk, bersihkan penapis dengan lebih kerap adalah lebih bagus.

2 atau 3 bulan sekali perlu diservis/dicuci.
Untuk prefilter, bagus juga untuk bersihkan sebulan sekali.

Jangan biarkan terlalu lama tanpa diservis/dicuci.
Silap haribulan penapis udara pun ada masalah hidung tersumbat.

Kereta lambat diservis lebih cepat rosak bukan.

Tips untuk penapis gantian:
Jika anda akan lakukan servis sendiri, adalah bagus untuk dapatkan sekali 1 set penapis yang baru supaya tidak terputus udara bersih anda.

Oleh itu, pertimbangkan juga semua ini semasa memilih penapis udara.

Untuk kemudahan anda serta menagambil kira kos-kos berkaitan.

Keabanyakan masa kita sibuk, tidak punyai masa nak membersihkan sendiri.
Atau leceh nak mencari penapis ganti.

Usah risau, ada juga penapis udara di pasaran menyediakan servis yang lengkap bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan harian.

Seperti kereta.
Perlu diservis ikut jadual yang ditetapkan.

Ada yang hantar ke bengkel untuk diservis.
Ada yang buat sendiri.

Mengikut cara yang sepatutnya.

Servis penghawa dingin begini.
Servis enjin begitu.

Tidak sama

Semuanya bagi pastikan kereta tidak rosak semasa dalam perjalanan urusan yang penting.
Atau rosak tiba-tiba di tengah jalan yang panas.

 

4. CADR ratings

** CADR = Clean Air Delivery Rate

Ikut Bahasa Malaysia?
Berdasarkan Googke Translate ‘Kadar Penghantaran Udara Bersih’

…..

Apa pulak dah CADR ni?

Secara ringkasnya, berapa banyak udara yang ‘dihirup’ dan dihembus keluar penapis udara dalam masa 1 jam.

Tak faham?
Saya pun.

..

..

..

Lebih senang saya cerita dalam bentuk perumpamaan.

Kalau saya tanya anda berapa km boleh pergi dalam masa satu jam bila naik kereta?
1 jam = boleh pergi sampai mana?

Anda nak jawab berapa/sampai mana?

Mungkin ada yang tanya saya,
Naik kereta apa?
Berapa laju bawa kereta?
Lalu jalanraya ke jalan kampung?

Secara logiknya, yang bawa 110 km/jam akan pergi lebih jauh dalam masa 1 jam berbanding yang bawa 80 km/jam.

110 km/jam lebih laju dari 80km/jam.
Boleh pergi lagi jauh untuk 1 jam.

Lebih laju, lebih jauh, lebih besar jarak yang boleh pergi.

CADR ni juga dalam bentuk nombor.
Nombor CADR beritahu berapa cepat dia boleh bersihkan punca alahan dari udara.

Debu, debunga, dan asap rokok yang masuk ke dalam rumah.

Kalau tadi kereta 110 km/jam lebih laju dan lebih jauh boleh pergi.

CADR lebih tinggi juga bermaksud lebih laju ia bersihkan udara.
Lebih pantas ia bersihkan udara.
Lebih pantas anak anda sihat.

Masuk je udara berhabuk, berapa laju dia boleh tangkap udara tersebut dan keluarkan udara bersih.
Bila laju, lagi banyak udara dapat dibersihkan.

Lebih cepat dapat udara bersih, lebih bagus untuk kesihatan.
Dan kekalkan udara bersih.

Itu yang kita mahukan.

Tak mahu?

“Oh, tak apalah lambat pun. Saya tak kisah anak saya sakit lama sikit.”

“Saya suka anak masuk wad hospital lama-lama. Banyak kali pun tak apa.”

“Saya suka shoping di hospital.”

“Baby saya batuk banyak kali pun tak apa kat rumah.”

Siapa yang nak macam itu?
Saya pasti ibu yang bijak tidakmahu keadaan sakit anak-anak berterusan.

Jadi, nombor CADR lebih tinggi adalah lebih bagus.
Maksudnya lagi laju bersihkan udara.

“Bagus,bagus. Berapa yang bagusnya?”

Nombor yang bagus adalah 350 dan ke atas.

Bawah dari 100, saya sarankan, jangan peduli langsung untuk beli penapis udara tersebut untuk kegunaan dalam rumah.

Untuk atasi isu alahan dan asm ini.

Biasanya ada 3 kategori CADR: Habuk, debunga, asap rokok.
Ketiga-tiga perlu ada CADR yang tinggi.
Tak boleh satu tinggi, satu rendah, dengan beza yang terlalu besar.

 

5. Coverage/Saiz Kawasan

Memilih penapis udara terbaik juga perlu lihat pada keluasan yang akan diliputi oleh penapis udara tersebut.

Ibarat membeli baju.
Kita mahukan yang sesuai dengan saiz badan kita.

Terlalu kecil, tidak boleh nak dipakai.
Tidak selesa untuk dipakai.

Teralu besar, jadi menggelebeh.

Kita nak yang sedang-sedang sahaja dengan badan kita.

Cara memilih peapis udara juga seperti kita memilih saiz baju yang sesuai
Terlalu kecil, langsung tidak membantu.
Kerana kapasiti tidak cukup besar untuk meliputi seluruh kawasan.

Terlalu besar untuk ruang tersebut akan menyebabkan kita kos elektrik dan alat ganti yang lebih tinggi.

Baju ukurnya dengan badan.
Baju ukurannya XS, L, 3L dan sebagainya.

Penapis udara ukurnya dengan saiz bilik.

Nak tahu saiz bilik bagaimana?
Kira berdasarkan panjang dan lebar.
Kita dapat ukran dalam meter persegi (m2) atau kaki persegi (ft2)

Saiz bilik = panjang x lebar

 

Jik bilik kita 300 m2, dapatkan penapis udara dengan liputan 350 m2.
Ambil yang sedikit besar dari saiz bilik kita.

Kerana bilik kita bukan kosong.
Ada perabot dan barangan.
Ada halangan untuk udara bergerak.

Ini penting lebih-lebih lagi kepada penghidap asma, alahan, ada masalah sinus, ada pelihara kucing ataupun ada perokok.

Kita nak cuba pelihara mereka di segenap sudut di dalam rumah.

 

6. Jaminan/Warranty

Penapis udara juga merupakan alat elektrik seperti televisyen, mesin basuh kain, mesin pengering, atau telefon pintar.

Oleh itu, tidak terlepas dari keperluan diliputi jaminan/warranty.
Sekecil-kecil telefon pintar juga kita mahukan warranty, mengapa tidak penapis udara?

Sekiranya anda membeli penapis udara mura jaminan yang ringkas, anda mungkin dipaksa/terpaksa menukar penapis udara tersebut lebih awal.

Atau terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk kos baik pulih walaupun baru sahaja digunakan.

Pilih pengeluar yang dipercayai yang menawarkan jaminan lengkap.

Dari A hingga Z.

Antara ciri jaminan terbaik adalah syarikat yang menawarkan jaminan lima tahun di kipas utama dan bahagian motor.

Jika ada yang menawarkan jaminan lengkap adalah lebih kelebihan buat kita sebagai pengguna.
Sebarang kerosakan akan diuruskan oleh pengeluar.

Mesin penapis udara yang boleh dipercayai tidak sepatutnya mempunyai masalah dengan komponen selagi penapis sedang dibersihkan atau diganti secara berkala.

Kerana itu, berbalik kepada point nombor 3.
Iaitu servis berkala.

 

Memilih Penapis Udara Terbaik

Mungkin ciri-ciri lain yang mungkin anda mahukan dari penapis udara.

Berapa kelajuan kipas.
Penunjuk kualiti udara berwarna.
Dan sebagainya.

Itu juga bagus.

Tetapi, yang saya senaraikan di atas adalah tips-tips utama dalam memilih penapis udara.

Jika tiada semua yang diatas bagaimana?
Bergantung kepada anda.

Tepuk dada, tanya diri anda, apakah yang anda mahukan.
Sayang anak, sayang keluarga, cuba dapatkan yang terbaik.

Kerana masa dengan anak-anak, suami, isteri mungkin tidak kekal lama sekiranya diabaikan isu kebersihan udara di dalam rumah.

Saya ada masalah alahan.
Adik kecil saya juga ada alahan.

Kami bela kucing.

Sebelum bela kucing alami alahan.

Duduk di sebelah jalan besar pula.
Kereta lalu lalang.

Debu.

Oleh itu, pilihlah penapis udara yang dapat memenuhi keperluan anda.