Lokasi Terbaik untuk Penapis Udara

Location!

Location!

Location!

Mantra yang muncul di mana-mana sahaja.

Nak beli rumah, lokasi perlu strategik.

Nak meletak kenderaan juga perlu pada lokasi yang telah dikhaskan.

Untuk hiasan dalaman juga, lokasi setiap perabot dan bahan hiasan perlu diletakkan pada posisi yang tepat dan sempurna.

Penapis udara juga mahukan lokasi yang terbaik untuk berkhidmat.

Perkhidmatan terbaik perlukan lokasi terbaik.

Jadi, nak letakkan penapis udara di mana?

Sebenarnya, banyak lokasi yang boleh diletakkan untuk mendapat hasil yang terbaik.

1. Letakkan Penapis Udara Berhampiran dengan Punca Pencemaran

Punca pencemaran yang bagaimana?

Contohnya, di rumah anda ada perokok, ada haiwan peliharaan, atau kawasan yang berbau meloyakan tekak?

Di kawasan inilah yang perlu dan paling sesuai untuk diletakkan penapis udara tersebut.

Ada haiwan peliharaan, lokasi yang paling sesuai adalah di dalam bilik khas mereka. Sekiranya haiwan oeliharaan bebas bergerak di dalam rumah, letakkan di tempat yang paling kerap mereka habiskan masa.

Jika ada alahan, boleh gunakan di dalam bilik tidur supaya waktu tidur lena dan nyenyak tanpa gangguan serangan sepanjang malam sehingga ke pagi.

Meletakkan penapis udara di dapur juga akan membantu mengatasi masalah bau masakan yang erenang-renang di ruang udara sebelum ini.

Ada satu kisah yang diceritakan oleh seorang ibu yang telah menggunakan penapis udara.

Apabila diletakkan penapis udara berhampiran dengan puncanya, udara yang menyebabkan anda sakit, pening, batuk, dan sesak nafas ini akan dibersihkan dengan lebih pantas.

Sesuai juga diletakkan di ruang tamu sekiranya sekeluarga banyak menghabiskan masa di situ.

Bagaimana pula sekiranya asap rokok yang masuk adalah dari luar rumah?

Ya, betul. Bukan sekadar asap rokok, kerap kalai juga asap kenderaan dari jalan utama berhampiran masuk berpusu-pusu ke dalam rumah.

Malah, habuk dari kawasan pembinaan berhapiran juga semakin memburukkan kesihatan anak-anak.

Bagaimana?

Adalah satu idea yang bagus untuk meletakkan penapis udara berhampiran dengan kawasan masuk semua pencemaran ini.

Berhampiran pintu atau berhampiran tingkap supaya udara yang masuk akan ditapis terlebih dahulu dengan lebih pantas.

2. Jangan Halang Saya

Cuba tutup saluran hidung.

Tidak boleh bernafas lah macam itu bukan.

Begitu juga dengan penapis udara.

Aliran udara jika terhalang, udara tidak dapat disedut atau dialirkan dengan sempurna di dalam kawasan tersebut.

Bagaimana penapis udara menghasilkan aliran udara yang bagus di dalam ruang bilik?

Kebanyakan penapis udara mempunyai bahagian sedutan di bahagian hadapan dan melepaskannya ke atas.

Bahagian hadapan dan bahagian atas perlu menghadap ruangan yang terbuka, ruang yang kita ingin pastikan udara bersih itu.

Oleh itu, meletakkan di belakang perabot ataupun di bawah para adalah pilihan yang tidak bagus.

Apakah yang akan dibersihkan jika begini?

Ruang yang kecil itu sahaja.

Bukannya ruang bilik tidur/ruang tanu seperti yang anda mahukan.

Cara mudah, bahagian depan penapis udara ibarat mata.

Ia perlu “melihat” kawasan yang ingin dibersihkannya.

Bahagian atas pula ibarat menghembus nafas, perlu terbuka dan tidak terhalang.

3. Saya Suka Berseorangan

Penapis udara paling efektif apabila pintu dan tingkap ditutup.

Jadi, ia ada kawasan jajahannya sendiri yang akan dijaga dan dikawal.

Satu bilik, satu penapis udara, satu bodyguard kesihatan peribadi.

Dalam mencari lokasi terbaik untuk penapis udara, elakkan juga kawasan yang bersuhu terlalu panas ataupun sejuk sama seperti kita tidak selesa dengan suasan ekstrim begitu.

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Top