Sekiranya anda menggunakan atau sedang mencari penapis udara yang terbaik untuk anda, pasti akan berjumpa dengan activated carbon filter.

Di Malaysia juga, terdapat pelbagai penapis udara yang ditawarkan dan anda mungkin tertanya-tanya bagaimana activated carbon filter berfungsi.

Atau mungkin anda munsykil apakah kelebihan menggunaka activated carbon filter ini.

Rupa activated carbon secara individu ini kecil sahaja.

Seperti yang selalu saya katakan, rupanya seperti chocolate rice, tetapi versi tembam.

Tetapi, rasanya jauh berbeza.

Jangan dimakan pula, bukan untuk dimakan.

Namun begitu, jangan tertipu dengan saiznya yang kecil.

Tetapi, activated carbon filter adalah sejenis penapis yang penting dan berkuasa dalam mengatasi masalah rasa dan bau busuk, kepam, meloyakan dan sebagainya.

Mudah cerita, untuk hilangkan bau yang tidak enak dari udara.

Malah, ada bau yang membahayakan kesihatan seperti bau rokok, bau cat, bau gas memasak.

Bau-bau ini akan buat kita pening kepala.

Apa yang akan berlaku adalah, activated carbon ini akan menangkap dan memerangkap bau dari udara yang lalu di dalamnya.

Oleh itu yang keluar untuk anda adalah udara yang segar.

~ ~ ~ aaaAHH

 

Apa itu Activated Carbon Filter?

Saiz sahaja kelihatan kecil, tetapi sebenarnya besar di dalam.

Jenis pellet yang biasa digunakan di dalam penpais udara hanya sepanjang 1-2 milimeter.

Kelebihan activated carbon berbanding karbon/arang biasa adalah ia sudah di”activate”.

Naik taraf power dengan menjadikan liang-liang lebih banyak di dalamnya.

Liang lebih banyak = lebih besar luas permukaan.

Lebih besar luas permukaan = lebih banyak bau yang boleh dihilangkan.

Cuba bayangkan span yang berliang.

Di dalam activated carbon keadaannya lebih kurang begitu tetapi lebih kecil dan lebih banyak.

Liang-liang ini akan menjadi perangkap bau-bau tersebut.

Tidak seperti span yang menyerap, tetapi lebih kepada memerangkap bau tersebut.

Lebih banyak liang, lebih banyak boleh perangkap dan hilangkan bau dari udara.

Apabila perangkap sudah penuh, waktu itu activated carbon tidak lagi berfungsi dan perlu ditukar baru.

 

Hilangkan Bau dengan Activated Carbon Filter

Ada pelbagai kelebihan.

Keistimewaan activated carbon filter adalah bagi menghilangkan bau yang tidak enak malah bau yang membahayakan kesihatan dari udara.

Di dalam sistem penapis udara, memang cukup popular penggunaan activated carbon filter pasangannya penapis HEPA.

Mereka akan compliment each other.

Penapis HEPA untuk perangkap debu habuk, activated carbon filter untuk perangkap bau-bau, gas-gas serta VOCs.

Jadi, gabungkan kedua-duanya, anda ada perlindungan dari

Debu

Serpihan-sepihan halus

Spora dari kulat

Debunga

Asap

Bulu haiwan dan pet dander

Bahan-bahan kimia umum di dalam rumah seperti pencuci lantai, cat

Benzene dan VOCs yang lain

Untuk yang ada bau haiwan peliharaan di udara serta perokok di dalam rumah, penapis udara yang ada activated carbon filter adalah satu kemestian.

Yang ada alahan pula memperoleh kebaikan daripadanya terutama alahan yang datang berpunca dari asap rokok, dan bau bahan kimia yang lain di dalam rumah.

Activated carbon filter tidak boleh dibasuh dengan air seperti mencuci prefilter kerana ia juga berkesan di dalam air.

Penapis air juga menggunakan activated carbon di dalam salah satu penapisnya.

Oleh itu, ia hanya boleh ditukar baru.

 

Bagaiamana Activated Carbon Filter Berfungsi?

Activated Carbon Filter di dalam penapis udara biasanya diletakkan di dalam paket/rangka.

Mungkin seperti sarang lebah.

Ada ruang masing-masing, kemudian penuhkan setiap satunya dengan carbon.

Kemudian diletakkan di dalam penapis udara seperti kedudukan penapis HEPA dan prefilters.

Kelebihan menggunakan di dalam penapis udara berbanding di luar penapis udara adalah udara akan ditarik masuk dan ditapis.

Ianya lebih effektik untuk sesuatu ruang tersebut.

Apabila melalui penapis karbon, bau-bau akan terperangkap.

Jadi, anda akan perasan tiada lagi bau masakan, ataua bau haiwan peliharaan, atau bau asap dari ruamg udara.

Udara lebih nyaman dan bersih.

 

Adakah Semua Activated Carbon Filter itu Sama?

Activated Carbon Filter terbukti dapat menapis lebih banyak bahan pencemar dari udara berbanding arang biasa.

Namun begitu, antara satu activated carbon filter dengan yang lain mungkin berbeza bergantung kepada jenis rawatan yang dilakukan terhadap carbon tersebut dan activated carbon yang terhasil.

Lebih banyak activated carbon, lebih effisyen, lebih banyak dan lebih cepat bahan pencemar diperangkap.

Selain itu, berapa banyak ia digunakn juga memainkan peranan.

Lebih banyak digunakan, lebih lama ia berfungsi, kurang perlu ditukar serta memberikan udara segar lebih lama.

 

Berapa Lama Tempoh Penggunaan Activated Carbon Filter?

Berapa lama ia boleh digunakan sebelum perlu ditukar bergantung kepada individu.

Beberapa faktor mempengaruhi

Berapa banyak ia digunakan

Berapa besar saiz permukaan activated carbon tersebut

Berapa “kotor” atau berapa banyak bahan lencemar yang terdapat di dalam bilik tersebut?

Oleh itu lebih banyak activated carbon digunakan, lebih bagus dan tahan lebih lama.

Lebih tebal juga adalah lebih bagus kerana liang-liang lebih banyak, panjang dan lebih luas.

Oleh itu memberi lebih kelebihan untuk memerankap bau apabila bau melalui liang-liang tersebut lebih lama.

Ada yang perlu ditukar setiap 3 bulan, dan ada juga yang bertahan lebih lama.

Activated arbon Filter adalah penapis yang juga untuk digunakan di dalam penapis udara

Digunakan bersama penapis lain seperti penapis HEPA dan pre-filters, ianya memberikan anda perlindungan yang lebih baik dari serangan alahan, asma dan masalah pernafasan yang lain.