FAQ Penapis Udara

 

1. Apa itu Penapis Udara?

2. Bagaimana Penapis Udara berfungsi?

3. Mengapa Saya Perlukan Penapis Udara?

4. Bagaimana Saya Mengetahui Saya Mempunyai Masalah Pencemaran Udara di dalam Rumah?

5. Bagaimana Memilih Penapis Udara yang sesuai?

6. Apa perbezaan penapis yang digunakan?

7. Apakah Penapis Udara terbaik untuk penghidap alahan dan asma?

8. Apakah Penapis Udara terbaik untuk pet dander/bulu haiwan?

9. Di mana saya perlu letakkan Penapis Udara saya?

10. Bagaimanakah penyelenggaraan Penapis Udara?

11. Apa yang akan berlaku sekiranya penapis tidak ditukar apabila tiba masanya?

12. Apa itu CADR?

13. Apa itu micron?

14. Adakah Penapis Udara mengeluarkan bunyi yang kuat/bising?

15. Bagaimana dengan penggunaan elektrik?

16. Berapa Lama Saya Perlu Hidupkan Penapis Udara Saya?

17. Adakah Penapis Udara akan Merawat Asma atau Alahan saya?

 

 

SOALAN 1
Apa itu Penapis Udara?

JAWAPAN
Sebuah penapis udara merupakan satu alat yang menapis dan mengeluarkan kontaminasi-kontaminasi dari udara, dan meningkatakn kualiti udara dalaman.

Sesuai digunakan di dalam rumah mahupun di pejabat, penggunaan penapis udara telah terbukti dapat membantu mereka yang menderita masalah alahan, asma, alahan bahan kimia dan juga yang menderita masalah pernafasan yang lain.

[TOP]

 

SOALAN 2
Bagaimana penapis udara berfungsi?

JAWAPAN
Penapis udara berfungsi dengan menyedut udara sekeliling dan seterusnya udara melalui rangkaian penapis yang terdapat di dalam penapis udara.

Debu-debu halus, elemen-elemen penyebab alahan dan bahan pencemar lain yang terdapat di dalam udara sekeliling akan ditapis dan terperangkap pada jaringan penapis tersebut.

Hasilnya, udara yang bersih dan segar dikembalikan ke udara.

Proses ini akan berterusan selama penapis udara tersebut dihidupkan.

[TOP]

 

SOALAN 3
Mengapa saya perlukan Penapis Udara?

JAWAPAN
Penapis udara akan membantu meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.

Kebanyakan masa kita hanya mengambil berat tentang kualiti udara di luar rumah; berhabuk, berdebu, busuk, menyebabkan tidak selesa hidung dan tekak.

Namun begitu, US Enviromental Protection Agency (EPA) telah mendedahkan bahawa pencemaran udara di dalam rumah boleh mencapai setinggi dua hingga lima kali ganda tercemar dari udara di luar.

Tidak hairanlah kes-kes yang berkaitan dengan masalah pernafasan seperti alahan, asma dan sebagainya semakin menaingkat.

Dan ianya memberi kesan yang lebih teruk pada bayi, kanak-kanak dan warga emas.

Tahukah anda bahawa penapis udara boleh dan akan menapis bahan-bahan tercemar punca masalah pernafasan tersebut dari udara?

Oleh itu, penggunaan Penapis Udara dapat memberi perlindungan dan memberikan kelegaan yang jauh berbeza kepada mereka yang menderita masalah pernafasan tersebut.

Kemungkinan untuk orang yang belum mengalami masalah tersebut juga berkurangan kerana udara yang disedut jauh lebih bersih dan sihat.

Baca: Kenapa Anda Perlukan Penapis Udara

[TOP]

 

SOALAN 4
Bagaimana saya mengetahui saya mempunyai masalah pencemaran udara di dalam rumah?

JAWAPAN
Perkara utama yang perlu dilakukan adalah menilai kesihatan anda apabila persekitaran berubah.

Masalah yang biasa berlaku termasuklah bersin tak henti, kerap batuk, kerap selsema, kerap sesak nafas, selalu mengakibatkan demam, dan lebih teruk terpaksa masuk ke wad atau mungkin ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila keadaan terlalu teruk.

Adakah situasi-situasi di atas kerap berlaku apabila berpindah rumah baru, melakukan pengubahsuaian di dalam rumah, menggunakan bahan pencuci, atau selepas melakukan pest control di dalam rumah?

Jika jawapan anda ya, ianya mungkin berpunca dari udara yang telah tercemar.

Samada disebabkan habuk dan debu ataupun berpunca dari bahan kimia yang terbebas ke udara.

Menyedut bahan kimia yang tinggi atau dalam tempoh masa yang lama juga boleh membahayakan kesihatan.

Sedarkah anda, nyawa anak-anak anda dalam bahaya?

Kanak-kanak yang terdedah pada asap rokok, menjadi second-hand atau third-hand smoker yang kesannya berganda lebih merbahaya dari perokok itu sendiri.

Semua gejala mungkin juga berpunca dari haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, burung, hamster dan sebagainya.

Membela haiwan peliharaan dapat memberi banyak kelebihan dari segi keceriaan, mengajar tanggungjawab serta dapat mengajar erti kasih sayang.

Namun, bulu haiwan peliharaan dapat membawa kepada masalah alahan dan asma serta bulu yang bertebaran di sana-sini.

Oleh itu, kawalan menggunaan penapis udara adalah digalakkan. 

Selain itu, tinggal berhampiran jalan utama atau berhampiran kawasan pembinaan, akan meningkatkan semua habuk dan debu mudah manerjah masuk ke dalam rumah.

Menyebabkan segala debu dan habuk menjadi makanan hidung dan rongga pernafasan anda sekeluarga.

Semua faktor ini boleh menjadi penyebab utama pencemaran udara di dalam rumah.

Apa yang menyebabkan situasi ini menjadi lebih teruk adalah kitaran udara yang lemah di dalam rumah.

Tiada aliran keluar masuk yang lancar.

Yang ada hanya jalan masuk.

Tiada jalan keluar.

Situasi ini dapat dikenalpasti apabila kawasan tersebut berbau kepam, udara busuk masam, atau terjadinya kulat/fungus/kulapuk di dinding-dinding.

Situasi di atas adalah tanda-tanda-tanda jelas udara di dalam rumah telah tercemar.

[TOP]

 

SOALAN 5
Bagaimana memilih penapis udara yang sesuai?

JAWAPAN
Sebelum itu, saya ada satu soalan untuk anda.

Apakah masalah yang anda ingin selesaikan?

Alahan, asma, bau kepam/bau busuk/bau masakan, bulu haiwan, habuk dan debu atau masalah asap rokok?

Jika anda anda Asma dan alahan (kebiasaannya mempengaruhi waktu pagi dan malam, bersin, hidung tersumbat, sesak nafas dan sebagainya), anda perlukan penapis udara yang mempunyai penapis HEPA.

Terutama sekali untuk diletakkan di dalam bilik tidur.

Jika ada perokok di dalam rumah, anda perlukan penapis udara yang disertai activated carbon filter.

Activated carbon filter juga berkesan bagi menghilangkan bau masakan dan bau busuk haiwan peliharan dari udara rumah.

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan di dalam rumah, anda juga perlukan penapis udara yang mempunyai penapis HEPA bagi memerangkap bulu-bulu halus dan serpihan-serpihan kulit halus mereka dari udara.

Jika anda tidak mempunyai sebab yang spesifik, tetapi hanya mahu meningkatkan kualiti udara di dalam rumah dan menjaga kesihatan anda seisi keluarga, mana-mana penapis udara akan berguna untuk anda.

[TOP]

SOALAN 6
Apa perbezaan penapis yang digunakan?

JAWAPAN
Bagi membersihkan, sudah semestinya mesin tersebut menggunakan beberapa rangkaian penapis.

Ini antara penapis udara yang digunakan di dalam Penapis Udara Coway.

Penapis HEPA:
High Efficiency Particulate Air (HEPA) Filter dapat menapis dan mengeluarkan sehingga 99.97%  partikal-partikal yang sangat halus, sehalus 0.3 micron. 

Keistimewaan yang terdapat pada penapis HEPA ini menjadikannya penapis yang popular dan pilihan terbaik bagi menapis punca alahan dan asma, seperti bulu dan “kelemumur” haiwan, habuk hama, hama, serta debunga, dari ruang udara anda.

Activated Carbon Filter:

Penapis ini menapis dan memerangkap bau dan bahan kimia dari ruang udara anda.

Bau ini termasuklah asap rokok, bau dapur/bau masakan, formaldehyde, bau haiwan peliharaan, serta volatile organic compounds (VOCs; bau cat/peralatan melukis, gam permaidani dll).

Baca: Hilangkan Bau Busuk dengan Activated Carbon Filter

Pre-Filters:

Pre-filters adalah amat digalakkan dan memberi banyak kelebihan samada kepada penapis udara mahupun kepada anda.

Prefilter pertahanan pertama. Oleh itu, ia memelihara penapis-penapis lain seperti penapis HEPA, carbon filter dan sebagainya.

Bagaimana? Dengan memerangkap bulu-bulu dan habuk yang bersaiz lebih besar sebelum mereka menuju kepada penapis utama.

Menjadikan penapis lain tahan lebih lama dan berfungsi dengan baik dan effisyen memerangkap kontaminasi dari udara.

Kesannya penapis udara berfungsi untuk tempoh yang lebih panjang dan anda jimat apabila tidak perlu menukar atau menyelenggara dengan kerap.

RBD Plasma Filter:

Merupakan salah satu keistimewaan bagi Penapis Udara Coway Lombok 2.

Berbeza daripada penapis udara lain, Coway Lombk 2 disertakan dengan RBD Plasma Filter bagi perlindungan dari kuman, bakteria dan virus di udara.

[TOP]

 

SOALAN 7
Apakah Penapis Udara terbaik untuk penghidap alahan dan asma?

JAWAPAN
Pengudaran udara yang baik, udara yang sihat amat penting di dalam rumah yang mempunyai penghidap alahan dan asma.

Jika tidak dijaga, penyebab/pencetus serangan asma ini akan sedaya upaya berkeliaran masuk dengan senang hati ke dalam rumah walaupun pelbagai usaha cuba dilakukan untuk menangkis serangan tersebut.

Oleh itu, penapis udara yang dilengkapi dengan penapis HEPA adalah pilihan terbaik untuk masalah tersebut kerana ia boleh menapis dan memerangkap sehingga 99.97% allergen, pencetus alahan dan asma dari udara, sehingga allergen sekecil 0.3 micron, lebih kurang 100 kali ganda lebih kecil dari diameter rambut manusia.

Mungkin boleh ditangkap oleh pandangan mata kasar, mungkin tidak. Namun, tiba-tiba sahaja sudah terkena serangan asma dan alahan.

Tiba-tiba sudah tersekat-sekat nafas dan muka menjadi pucat kebiruan.

Bagi yang mengalaminya sendiri, penat sebenarnya.

Lebih-lebih lagi kanak-kanak atau warga emas.

Kasihan melihat situasi yang dialami.
Kehidupan seharian, pelajaran boleh terganggu akibat berlaku berulang kali.

Penapis Udara Coway Storm dan Lombok 2 adalah pilihan yang hebat untuk penghidap alahan dan asma.

Kedua-dua jenis penapis udara dilengkapi dengan beberapa peringkat tapisan, yang disertai penapis-penapis utama iaitu Pre-filter, Penapis HEPA, dan Carbon Filter, untuk hasil yang optimum.

[TOP]

 

SOALAN 8
Apakah Penapis Udara terbaik untuk pet dander/serpihan-serpihan kulit serta bulu haiwan?

JAWAPAN
Menghilangkan pet dander dan bulu haiwan dari udara boleh menyebabkan stress dan kegilaan.

Mana tidaknya, bulu penuh di sana-sini.

Tetapi, yang lebih merisaukan adalah kehadiran pet dander.

Kerana ianya salah satu pencetus alahan dan asma.

Pet dander adalah cebisan-cebisan/serpihan-serpihan kulit bersaiz mikroskopik, kecil dan halus, datang dari haiwan yang berbulu seperti anjing, kucing,burung dan hamster.

Pet dander mungkin melekat bersama bulu kucing atau bergerak bebas sendiri di udara. Mudah melekat pada sofa, permaidani, langsir dan sebagainya.

Apabila anda menepuk, mengibas, mahupun pergerakan yang biasa, pet dander ini dengan mudah boleh kembali ke udara semula.

Oleh itu, Penapis Udara Coway Storm atau Lombok 2 adalah pilihan yang bagus bagi menapis dan menyingkirkan pet dander, bulu haiwan, dan bau dari udara.

Kedua-duanya dilengkapi penapis HEPA dan Carbon filter yang diperlukan bagi memerangkap pet dander dan bulu haiwan serta memerangkap bau.

[TOP]

 

SOALAN 9
Di mana saya perlu meletakkan penapis udara saya?

JAWAPAN
Kebanyakan penapis udara dibina untuk membersihkan satu bilik/ruang pada satu masa.

Oleh itu, lokasi yang terbaik untuk meletakkan penapis udara adalah di dalam bilik paling banyak anda habiskan masa di dalamnya.

Mungkin kawasan tersebut adalah bilik tidur.

Mungkin di pejabat di rumah anda.

Atau ruang tamu rumah anda, selalu menghabiskan masa bersama ahli keluarga.

Jika anda mempunyai alahan terhadap pet dander dan bulu haiwan peliharaan, gunakan penapis udara di kawasan yang paling kerap haiwan anda menghabiskan masa supaya udara di dalam ruang tersebut bersih dan terkawal.

Tambahan pula, anak-anak kecil anda mungkin banyak menghabiskan masa di bilik/ruang permainan mereka.

Ianya memberi manfaat kepada anda untuk memberikan udara bersih di dalam ruang-ruang ini juga.

[TOP]

 

SOALAN 10
Bagaimanakah penyelenggaraan Penapis Udara?

JAWAPAN
Ia mungkin berbeza antara satu jenis penapis udara dengan yang lain kerana perbezaan penapis serta teknologi yang digunakan.

Penyelenggaraan bergantung kepada jenis penapis yang digunakan dan bergantung kepada penggunaan penapis itu sendiri.

Kebanyakan penapis udara menggunakan 2 hingga 4 penapis di dalamnya.

Kebiasaanya, penapis udara menggunakan empat penapis lebih tahan lama dan penyelenggaraan lebih mudah kerana kehadiran pre-filters.

Lebih banyak bahan-bahan yang perlu ditapis, lebih kerap perlu diselenggara.

Penapis perlu dibersihkan dengan kerap, sebulan atau dua bulan sekali terutama bagi yang memelihara haiwan peliharaan di dalam rumah, ada perokok di dalam rumah, serta bagi merekan yang mpenghidap alahan dan asma.

Kerana kita mahu pastikan penapis udara terus menapis dengan baik, lancar, dan mengekalkan udara kekal bersih dari kontaminasi yang boleh mencetus alahan dan asma.

Selain itu, penapis juga perlu ditukar mengikut jadual, setiap enam bulan,12 bulan sekali, atau lebih, bergantung kepada penapis tersebut.

Keistimewaan Penapis Udara Coway berbanding penapis udara lain di pasaran adalah Coway menyediakan perkhidmatan servis paling kerap dua bulan sekali dan penukaran filter secara berkala sehingga lima tahun pada nilai harga yang hampir sama atau lebih rendah dari penapis udara lain di pasaran.

[TOP]

SOALAN 11
Apa yang akan berlaku sekiranya penapis tidak ditukar apabila tiba masanya?

JAWAPAN
Sekiranya penapis udara tersebut kotor atau penapis lama tidak ditukar baru, kemungkinan besar udara persekitaran anda tidak ditapis dengan baik kerana 

Kesannya, kualiti udara di dalam rumah anda kembali tidak sihat dan meningkatkan roisiko serangan alahan, asma, dan masalah pernafasan yang lain.

Bagi memastikan anda mendapat yang terbaik dari penapis udara anda, dan memastikan penapis udara anda berfungsi pada tahap optimum, servis yang kerap adalah sangat penting.

Selain itu, penapis juga perlu ditukar apabila tiba masanya.

“Keistimewaan Penapis Udara Coway berbanding penapis udara lain di pasaran adalah Coway menyediakan perkhidmatan servis paling kerap dua bulan sekali dan penukaran filter secara berkala sehingga lima tahun pada nilai harga yang hampir sama atau lebih rendah dari penapis udara lain di pasaran.”

[TOP]

 

SOALAN 12
Apa itu CADR?

JAWAPAN
CADR = Clean Air Delivery Rate

CADR merupakan sebuah kriteria kualiti yang penting untuk penapis udara.

Sebagai contoh kuasa sesebuah kerta dikira berdasarkan horsepower.

Penapis udara pula menggunakan CADR sebagai salah satu kriteria kualiti yang penting.

CADR berbentuk nombor dan memberi tiga jenis nilai:
Pertama untuk debunga
Kedua untuk asap rokok
Ketiga untuk debu.

Nombor tersebut melambangkan isipadu udara bersih yang dilepaskan oleh penapis udara tersebut.

Dalam hal ini, lebih tinggi nilai CADR, lebih pantas penapis udara tersebut membersihkan udara di dalam ruang tersebut, lebih pantas udara menjadi bersih, keluarga kekal sihat setiap masa.

[TOP]

 

SOALAN 13
Apa itu micron?

JAWAPAN
Merupakan singkatan bagi micrometer.

Micron digunakan bagi menerangkan ukuran bagi partikal-partikal yang terdapat di dalam udara.

Tahukah anda bahawa partikal-partikal penyebab alahan, asma dan masalah kesihatan lain adalah sangat kecil saiznya.

Tidak ternampak oleh pandangan mata dan mudah tersebar ke dalam kawasan rumah dan dengan mudah disedut masuk ke dalam saluran pernafasan kita.

Sebagai contoh, salah satu penyebab alahan adalah hama yang saiznya boleh mencapai sekecil 0.1 hingga 0.3 micron.

Besar mana tu?

Hampir 100 ke 300 kali ganda lebih kecil daripada diameter rambut manusia.

Cuba potong rambut manusia kepada 300 bahagian.

Tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar.

 

[TOP]

 

SOALAN 14

Adakah Penapis Udara mengeluarkan bunyi yang kuat/bising?

JAWAPAN

Bunyi yang dikeluarkan penapis udara bergantung kepada jenis penapis udara itu sendiri, kelajuan kipas sedang berfungsi, serta toleransi anda terhadap bunyi.

Kebanyakan penapis udara didatangkan dengan beberapa pilihan kelajuan kipas.

Sekiranya penapis udara sedang beroperasi pada mod maksima, ia akan berbunyi lebih kuat berbanding digunakan pada kelajuan sederhana atau perlahan.

Secara umum, bunyi yang dikeluarkan pada mod maksima bersamaan dengan tahap percakapan biasa dan anda mungkin tidak akan menggunakan mod maksima sepanjang masa.

Penapis udara Coway Strom mempunyai 3 kelajuan kipas yang yang boleh dipilih.

Manakala penapis udara Coway Lombok 2 mempunyai 4 kelajuan kipas + Turbo Mode untuk pembersihan yang pantas.

[TOP]

 

SOALAN 15
Bagaimana dengan penggunaan elektrik?

JAWAPAN
Penggunaan elektrik bergantung kepada tenaga(Watt) yang digunakan oleh penapis udara tersebut.

Berbeza mengikut model dan jenis penapis udara.

Namun begitu, menggunakan penapis udara tidaklah meningkatkan bil elektik anda dengan mendadak.

penapis udara yang effisyen kebiasaannya akan menggunakan elektrik yang minima.

Oleh itu, dapatkan penapis udara yang mendapat pengiktirafan Energy Star atau ambil tahu berapa Watt yang digunakan oleh penapis udara tersebut.

Nak tahu pengiraan bil elektrik bagi Penapis Udara Coway?
<Klik Sini>

[TOP]

 

SOALAN 16
Berapa lama saya perlu hidupkan penapis udara saya?

JAWAPAN
Untuk kesan terbaik, digalakkan untumembiarkan penapis udara anda berjalan sepanjang masa.

Apabila penapis udara ditutup, udara akan kembali pada keadaan asal seperti sebelum anda menggunakan penapis udara.

Di mana udara yang dipenuhi dengan kotoran, debu dan sebagainya yang mencetuskan alahan, asma, serta batuk-batuk.

Gunakan kelebihan mod kelajuan kipas berbeza mengikut keselesaan anda.

Namun begitu, pastikn anda menggunakan kelajuan kipas paling pantas dari masa ke semasa.

Sebagai contoh, untuk memastikan udara di dalam rumah anda kekal segar ketika anda tiada di rumah, anda boleh letakkannya pada mod rendah atau sederhana.

Anda boleh jimat penggunaan elektrik dan di dalam masa yang sama mengekalkan kesegaran udara di dalam rumah anda.

Anda tetap akan pulang ke dalam rumah yang menyegarkan.

[TOP]

 

SOALAN 17
Adakah Penapis Udara akan merawat asma atau alahan saya?

JAWAPAN
Tidak.
Penapis udara tidak dapat merawat asma mahupun alahan.

Namun begitu, penapis udara membantu dengan mengurangkan zarah-zarah dan partikal-partikal penyebab alahan dan asma dari udara yang anda bernafas.

Dengan itu anda mendapati kesihatan semakin meningkat kerana risiko sudah berkurangan dengan mendadak.

Penapis udara bukanlah direka sebagai penawar kepada masalah alahan, asama ataupun masalah kesihatan yang lain.

Ia merupakan satu alat untuk anda gunakan untuk meningkatkan kualiti udara di dalam rumah atau pejabat anda, sekaligus mengekalkan kesihatan berterusan dari udara yang bersih dan segar.

[TOP]