dapatkan yang terbaik dari penapis udara

Bagaimana Dapatkan yang Terbaik dari Penapis Udara Anda

Apa saja yang kita dapatkan, saya pasti anda mahukan yang terbaik.

Terutama sekali yang memberi kebaikan kepada anak-anak  atau ahli keluarga tersayang.

Menggunakan penapis udara di dalam rumah akan memberi perbezaan yang luar biasa.

Sekiranya tidak, mungkin perbezaan besar boleh dirasaia terutama bagi mengawal serangan asma, alahan serta masalah pernafasan yang lain.

Mungkin serangan asma telah jauh berkurang dengan penggunaan penapis udara yang bagus.

Jarang batuk-batuk dan selsema.

Sakit kepala dengan kerenah anak-anak yang tidak dapat tidur malam akibat sesak nafas, kini sudah hilang.

Wad hospital bukan lagi rumah kedua, apatah lagi rawatan-rawatan yang diterima mungkin meruntun jiwa dengan jarum dan tiub yang melingkari.

Itulah yang kita mahukan dari menggunakan penapis udara.

Bukan sahaja membantu membersihkan udara dari bulu haiwan, pet dander, hama, debu, habuk, debunga penyebab serangan asma, alahan, batuk dan selsema.

Terutama buat kanak-kanak dan orang sakit.

Sehingga ada yang komen tidak pandai jaga anak.

Di samping itu, penggungaan penapis udara membantu masalah bau di dalam rumah.

Bau kepam, bau haiwan, malah bau masakan di dapur juga yang sering dihadapi.

Sering saja dikomen bau melekat di baju dan sebagainya.

Namun, yang paling penting adalah kesihatan, keceriaan, keamanan, dan semangat yang hadir bila semuanya dalam keadaan sihat.

Jauh perbezaannya dan banyak manfaat kesihatan dan menyelesaikan tekanan yang dirasai kesan masalah alahan yang berpanjangan dan sebagainya.

Jadi, kita mahukan yang terbaik semasa menggunakan penapis udara tersebut.

Berikut adalah tips bagaimana dapatkan yang terbaik daripada penapis udara anda.

 

Bagaimana Dapatkan yang Terbaik dari Penapis Udara Anda

1. Pilih Lokasi paling Sesuai

Lokasi yang sesuai adalah kunci penting bagi anda mendapatkan kebaikan yang optimum dari penapis udara.

Di manakah kawasan hot spot anda?

Kawasan yang anda akan dapat paling banyak manfaat dalam zon udara bersih.

Supaya lebih terkawal dan berkurang serangan batuk dan selsema, serangan asma mahupun alahan.

Ruang yang mana selalu dihabiskan banyak masa.
Anak-anak selalu habiskan masa.
Atau ruang yang haiwan peliharaan anda gemar habiskan masa.

Bilik tidur.
Ruang tamu.
Bilik khas haiwan peliharaan.
Bilik permainan anak-anak.

Atau apa sahaja bilik yang penting.

Mungkin sahaja pejabat rumah anda sendiri.

Anda lebih tahu di mana perlu diletakkan.

 

2. Halakan pada Arah yang Betul

 

Seperti manusia, penapis udara juga perlukan ruang untuk bernafas.

Penapis udara ada saluran udara masuk, dan saluran udara keluar.

Kebiasaannya udara kotor akan disedut masuk di baagian hadapan, dan dikeluarkan udara bersih ke atas.

Oleh itu, perlu ruang yang bagus supaya udara keluar dan masuk dengan baik tanpa halangan.

Halakan bahagian hadapan penapis udara pada kawasan yang anda mahu, perlukan udara bersih.

Halangan bagaimana?
Rak dan kabinet di bahagian atas penapis udara.
Sofa di hadapan.

Halangan ini akan mengganggu aliran udara disedut.

Terbaik adalah berikan penapis udara anda “melihat” ruang yang akan dibersihkan kerana kebanyakan penapis udara menyedut udara pada bahagian hadapan.

 

3. Jangan Matikan Penapis Udara

Kenapa tak boleh?

Kerana kita mahukan udara bersih sepanjang masa.

Debu, habuk, bulu haiwan dan sebagainya akan menerjah ruang udara rumah sepanjang masa.

Apabila mahukan terbaik dari penapis udara, biarakan udara berkhidmat untuk anda sekeluarga 24 jam sehari.

Lebih penting terutamanya bagi yang menghidap masalah alahan, asma, batuk, selsema dan mereka yang ada masalah pernafasan lain.

Kebanyakan masa, serangan kesihatan tersebt berpunca daripada allergen yang terdapat di dalam udara.

Begitu juga bagi rumah yang ada perokok.

Bagaimana pula dengan bil elektrik?

Baca: Cara Kira Bil elektrik Penapis Udara

Penapis udara yang bagus adalah effisyen.
Oleh itu, jimat elektrik.

Nak tahu bagaimana?
Salah satunya boleh lihat pengiktirafan Energy Star.

Bererti penapis udara tersebut effisyen dan jimat elektrik dan sesuai untuk dibuka sepanjang masa.

Seperti membersihkan rumah.

Adalah lebih mudah menjaga kebersihan rumah apabila dilakukan secara konsisten berbanding perlu membersihkan semuanya sekaligus.

Namun begitu, dinasihatkan untuk menutup penapis udara mahupun alatan elektrik yang lain apabila keluar bercuti dalam tempoh masa yang lama.

Penapis Udara Coway Lombok 2 telah mendapat pengiktirafan Energy Star.

Bekerja dengan effisyen untuk anda sekeluarga serta jimat elektrik.
24 jam sehari, 7 hari seminggu.

 

4. Tutup Pintu dan Tingkap

Walaupun tugas penapis udara adalah untuk membersihkan udara, tidak bermaksud ia boleh membersihkan seluruh udara di luar rumah.

Ia seperti mengatakan sebatang pokok cukup untuk memberikan kesegaran bagi seluruh taman perumahan.

Bumi juga memerlukan berbillion tumbuhan untuk melakukan perkara ini.

Sama seperti pendingin hawa perlu menutup pintu dan tingkap untuk ia melakukan tugasnya sepanjang penggunaan, begitu juga penapis udara.

Ingin dapatkan terbaik dari penapis udara anda?
Digalakkan untuk gunakan di dalam ruang tertutup.

 

5. Selenggara Penapis Udara mengikut Jadual

Selenggara termasuklah membersihkan/servis penapis dan menukar penapis berjadual.

Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, tinggal di kawasan mudah debu dan habuk masuk serta mempunyai haiwan peliharaan, servis yang lebih kerap adalah digalakkan.

Bagi memastikan penapis udara menapis dan memberikan udara bersih kepada anda dengan effisyen.

Jika tidak, penapis udara seakan mengalami hidung tersumbat.

Sehingga dara tidak dapat disedut dan ditapis dengan baik.

Partikal-partikal pencemar yang semakin hari semakin banyak dikutip oleh penapis udara.

Menjadikan penapis di dalamnya dipenuhi dengan habuk debu dan sebagainya.

Kecekapan penapis akan semakin berkurangan.

Ia ada wear and tare sendiri.

Ada maintenance sendiri.

Ibarat menggunakan kereta, perlu menukar break pad, minyak hitam, tayar dan sebagainya apabila tiba masanya.

Setiap penapis adalah elemen penting dan perlu dijaga.

Kerana penapis itulah yang akan memastikan bekalan udara bersih anda setiap masa.

Oleh itu, sebelum mendapatkan penapis udara, ambil tahu juga berapa kerap perlu diservis dan diganti setiap penapis tersebut, bagaimana dan di mana mahu mendapatkannya, serta modal yang diperlukan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Tidak seperti penapis udara lain, penapis udara Coway menyediakan servis paling kerap 2 bulan sekali secara PERCUMA bagi mengekalkan udara bersih sepanjang masa dan membantu memelihara kesihatan anda dan anak-anak tercinta.

6. Dapatkan Penapis Udara yang Paling Sesuai dengan Anda

Jika anda sedang mencari penapis udara dan sedang merancang untuk mendapatkan penapis udara, pertimbangkan pilihan yang ada dan sesuai untuk anda.

Nak pilih, lihat masalah apa yang anda nak atasi.

Kemudian, lihat kriteria yang sesuai dengan situasi anda.

Adakah hanya untuk menjaga kebersihan udara rumah yang baik.

Atau untuk mengawal asma, alahan, batuk, selsema atau masalah pernafasan yang lain.

Adakah masalah bau yang anda hadapi.

Bulu kucing merata-rata?

Asap rokok?

 

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA.

Saya bantu anda pilih penapis udara yang sesuai untuk anda.
<Klik Sini>

 

7. Bantu Penapis Udara Berfungsi dengan Effektif

Selain tips-tips bagaimana dapatkan yang terbaik dari penapis udara anda seperti dikongsikan di atas, anda juga boleh dapatkan yang terbaik dari penapis udara dengan:

  • Mengelakkan meletakkan penapis udara di dalam kawasan yang terlalu panas atau terlalu sejuk
  • Pemilihan lantai yang keras berbanding permaidani adalah digalakkan untuk mengurangkan kawasan pembiakan kuman dan bakteria. Selain itu, ia lebih mudah dibersihkan.
  • Jika ada haiwan peliharaan, letak di kawasan luar rumah (seperti sangkar di luar rumah) atau hadkan pada satu kawasan sahaja. Oleh itu, penyebab alahan yang dibebaskan oleh haiwan peliharaan mahupun bulu-bulu haiwan tersebut berada dalam satu kawasan dan lebih mudah untuk dikendalikan. Tidak bersepah di semua kawasan.

 

You may also like...

Popular Posts

1 Comment

  1. […] Saya juga menggalakkan begitu bagi mendapatkan yang terbaik daripada penapis udara anda. […]

Leave a Reply

Top