Pasir Kucing, Penjagaan Kucing

4 Tips Penting Menukar Pasir Kucing Lama kepada Baru

4 Tips Penting Menukar Pasir Kucing Lama kepada Baru. 

Anda pulang dengan hati gembira berbunga-bunga.

Pasir kucing, baru dibeli.

Hajat di hati untuk menukar kepada pasir kucing yang lebih baik.
Khas buat kucing kesayangan.

Pulang ke rumah, anda pun masukkan pasir ke dalam kotak pasir.

Tup tup . . .

Elok tahi di sebelah luar.

Sudah.

Dalam hati sudah geram.

Pasir kucing dibeli khas.
Tapi membuangnya di luar.

Satu hal pula nak dibersihkan.

Sedang alami perkara yang SAMA?

Bawa bertenang.
Masih ada harapan.

Hari ini saya akan kongsikan tips-tips yang penting supaya anda mudah menukar pasir kucing.

Kucing gembira. Anda gembira.
Stress free.

Dan yang paling penting sekali, pasir kucing yang anda baru beli itu masih boleh digunakan.

 

Soalan penting:

Kenapa anda mahu menukar pasir kucing kepada yang baru?

 

Adakah kerana:

Masalah kesihatan?
Pasir kucing yang baru lebih jimat?
Lebih mudah diuruskan?
Stok pasir sedia ada sukar didapati?
Isu kebersihan?

Boleh teruskan niat untuk menukar pasir kucing yang baru.

Atau, kerana pasir yang baru kelihatan lebih cantik?
Berhenti dan lupakan sahaja niat anda itu.

Baiklah.

Anda sudah memilih pasir kucing yang dirasakan terbaik berdasarkan situasi anda dan juga kucing anda.

Langkah seterusnya:

Memastikan kucing menggunakan pasir yang baru dengan jayanya.

 

4 Tips Penting Menukar Pasir Kucing Lama kepada Baru

1. Jangan Tunggu Pasir Lama Habis

Pagi menggunakan pasir A.
Petang terus menukar kepada pasir B.

Terkejut kucing.

Tandas aka kawasan jajahan tiba-tiba hilang.
Atas kawasan jajahan tadi ada pula bahan asing.

“Bau” ketua jajahan sudah tiada.

Maruah dan kuasa dirobek kerana kawasan telah diceroboh.

Over pula ayat.

Tetapi, begitulah umpamanya.

 

Yang kedua pula:

Antara pasir kucing A dan B, mungkin tekstur bebeza.

Kucing haiwan yang ada kebiasaan/habit.
Mengikut kacamata kucing, situasi tersebut merupakan perubahan yang luar biasa.

Langkahan yang pertama sahaja sudah teras asing.

Terkejut sekali lagi.

 

Semua kucing seperti itukah?

Tidak.
Ada yang boleh terima.
Ada yang tidak.

 

Perubahan yang mendadak itu salah satu kucing jadi stress dan membuang di luar kawasan.

Pasir sedia ada akan digunakan dalam tips yang seterusnya untuk membantu proses penukaran yang lancar.

2. Berikan Pilihan

Pasir baru ada.
Pasir lama pun ada.

Sediakan dalam dua kotak pasir yang berasingan di tempat biasa.

Cara ini paling sesuai digunakan untuk 2 situasi.

Jenis pasir kucing yang tidak terlalu jauh beza dari segi tekstur.

Atau,

Bertukar kepada tekstur yang lebih lembut.
Sebagai contoh, jenis pellet kepada jenis butir-butir halus.

Dalam 2 situasi ini, kucing lebih mudah nak bertukar.

Kucing ini pandai.
Lama-kelamaan dia akan cuba dan gunakan juga.

Jika tak berjaya boleh ikut tips yang keempat.

3. Tukar Pasir Sedikit Demi Sedikit

Lain pula halnya apabila menukar pasir dengan tekstur lebih lembut kepada yang lebih kasar.

Sebagai contoh, pasir kucing jenis butir-butir halus kepada yang jenis pellet atau crystal.

Kerana tekstur yang jauh berbeza antara satu sama lain.

Kucing ini derianya berkali ganda sensitif dari manusia.
Perbezaan yang sedikit pun boleh diketahui.

Oleh itu, anda perlu gunakan tips yang ketiga ini iaitu menukar pasir sedikit demi sedikit.

Apa maksudnya?

OK.

Sekarang, di dalam kotak pasir masih ada pasir yang lama bukan.
Tambahkan sedikit pasir yang baru ke dalam kotak pasir tersebut dan gaul rata.

Jadi, di dalam 1 kotak pasir ada 2 jenis pasir sekaligus.

Tambah pasir baru sedikit demi sedikit setiap hari bagi menggantikan jumlah yang anda buang keluar dari kotak pasir tersebut.

Semakin hari, pasir kucing yang baru akan bertambah banyak.

Tetapi, perubahan berlaku secara perlahan-lahan.
Sehingga kucing mungkin tidak merasa langsung perbezaan.

Cara ini mungkin mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk menukar secara keseluruhan.
Bergantung kepada kucing anda.

4. Tambah Pasir Kucing Lama pada Permukaan

Cara ini lebih kurang seperti tips ketiga.

Bezanya, tips ketiga pasir kucing lama lebih banyak dari pasir kucing baru.
Tips keempat anda akan gunakan sedikit sahaja pasir yang lama.

Anda boleh menuang pasir baru seperti biasa di dalam kotak pasir.
Tambahkan pasir lama pada permukaan.

Oleh itu, ada lapisan pasir lama di atas.
Tekstur, visual dan bau pasir lama masih ada.

Saya telah mencuba dan cara ini juga berkesan.

Dan mungkin juga berkesan untuk kucing anda.

Mudah Sahaja Bukan

Tugas menukar pasir kucing dari yang lama kepada yang baru boleh dilakukan dengan mudah.

Stress boleh dielakkan untuk anda dan kucing dengan tips di atas.

Boleh kongsikan? Komen di bawah ya.

11 thoughts on “4 Tips Penting Menukar Pasir Kucing Lama kepada Baru

  1. yup..saya pun buat macam tu masa nak tukar pasir dulu.campurkan juga dengan yang lama.pernah la sekali basuh dan tukar tempat pasirnya sekali guna yang baru, agak lama juga dia nak cari bau balik..letakkan dia dalam tu, dia letak tanda dulu..kemudian dia lepas hajat kat tempat yang dia tanda tu..fuh lega

    memang kalau penuh, dia protes, melepas kat luar..elok je bersih, siap tunggu kita abis..terus melepas..hahaaa

    1. hehe.. itu tandanya kucing pun suka tandas yang bersih..

      memang lega bila kucing membuang elok dlm pasir baru..

      kena buat perlahan2 & bersabar sedikit semasa dalam proses penukaran..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *