Kesihatan, Penjagaan Kucing

8 Tips Memelihara Kucing Apabila Anda Allergi

8 TIPS MEMELIHARA KUCING APABILA ANDA ALLERGI. Adakah anda sukakan kucing dan mahu memelihara kucing sendiri? Mungkin anak anda atau pasangan anda menyatakan hasrat ingin memelihara kucing? Mungkin anda sedang memelihara kucing tetapi ada ahli keluarga yang allergi dengan kucing?

Kebiasaanya, manusia akan menghindarkan diri daripada perkara yang menyebabkan seseorang itu sakit. Sebagai contoh, menjauhkan diri daripada kucing apabila mempunyai allergi kepada kucing. Tetapi, ramai dari kalangan individu di luar sana bertindak kurang waras kerana semakin mendekat dengan haiwan peliharaan berbulu terutamanya kucing. Tidak dapat melarikan diri daripada kucing kerana terpikat dengan kecomelan dan rasa kasih sayang kepada haiwan ini.

Walaupun alergi kepada kucing mungkin tidak akan hilang sepenuhnya, ianya masih boleh dikawal ke paras yang minima.

8 Tips Memelihara Kucing Apabila Anda Allergi

Allergi kcing boleh berpunca daripada bulu-bulu halus yang bertebaran di udara serta yang melekat di atas tekstur-tekstur yang lembut (seperti sofa, karpet, langsir, tilam, cadar, baju, dan sebagainya). Bulu-bulu halus ini akan tersebar ke setiap kawasan yang kucing anda lawati. Kawasan yang sering dilawati kucing anda akan menyimpan lebih banyak punca allergi ini. 

1. Tiada Lagi Kucing Tidur di atas Katil

Langkah ini mungkin kelihatan berat pada mulanya sekiranya anda sudah terlanjur membenarkan kucing anda tidur bersama anda. Tetapi, berikan diri anda masa dan ruang bagi mengawal allergi anda. 

2. Jadikan Bilik Tidur Kawasan Bebas Kucing

Menutup pintu bilik tidur daripada dimasuki kucing peliharaan adalah satu langkah permulaan yang baik untuk mengurangkan bulu-bulu halus kucing punca allergi bertambah dan terperangkap.

Langkah seterusnya adalah dengan membasuh kesemua cadar, bantal, karpet, dan langsir di dalam bilik itu. Pembersihan menyeluruh amat penting dalam menangani masaah allergi yang dihadapi. Sekiranya anda boleh menggantikannya secara keseluruhan juga baik untuk anda. 

Cuba alihkan perhatian kucing anda ke satu kawasan lain yang selesa untuk mereka tidur selepas dikeluarkan dari bilik tidur anda.

3. Menyediakan Ruang Khas Buat Kucing Anda

Anda boleh memilih menyediakan ruang khas ini di dalam salah satu bilik rumah anda atau satu kawasan berpagar di luar rumah anda. Puna-punca allergi akan tertumpu pada satu kawasan sahaja. Selain memudahkan anda untuk membersihkan kawasan tersebut, anda akan lebih kurang terbersin-bersin kerana penyebaran bahan-bahan allergi ini dapat dikawal.

Sekiranya anda mempunyai kawasan outdoor berpagar untuk kucing menikmati suasana di luar, ianya membekalkan pengudaraan yang lebih baik dan bulu-bulu halus kuing ini akan dibawa keluar oleh angin. Satu tempat yang bagus untuk memberus bulu kucing anda di kawasan ini.

4. Menggunakan Penapis Udara HEPA

Oleh kerana bulu-bulu halus punca allergi ini sangat halus, penggunaan penapis udara HEPA (high efficiency particulate air) sangat berguna dalam membersihkan dan membekalkan udara bersih berterusan di dalam rumah anda. Penapis udara juga memberikan pengudaraan yang baik dan menyedut bulu-bulu dan debu-debu halus di udara. 

5. Menggunakan Hampagas HEPA

Memvakum juga mmbantu membersihkan punca-puna alergi yang melekat ada perabut, karpet, sofa, lantai dan kawasan-kawasan seumpamanya. Berikan perhatian lebih pada kawasan yang tersorok dan kecil kerana kawasan-kawasan tersebut memerangkap dengan baik sekali.

Penggunaan hampagas HEPA adalah lebih bagus digunakan terutamanya yang memelihara haiwan peliharaan berbulu. Digalakkan vakum 2 kali seminggu. Sekiranya anda boleh melakuknnya dengan lebih kerap adalah lebih bagus.

6. Membersihkan Tangan Setiap Kali Selepas Menyentuh Kucing 

Membasuh tangan dengan kerap terutamanya setiap selepas menyentuh kucing anda dapat membantu mengurangkan simptom allergi anda. Ellakkan menyentuh mata sebelum anda membasuh tangan kerana sentuhan tersebut boleh menyebabkan anda mengalami gatal mata selama berjam-jam.

Dengan memastikan tangan anda bersih dan menggunakan sabun antibakteria dapat membantu mengawal kesan allergi anda terhadap kucing.

7. Membersihkan Kucing Anda

Mandikan kuing juga satu langkah yang bagus untuk menyingkirkan serta mengawal bulu-bulu dan debu halus dari tersebar ke udara. Namu, mansikan kucing terlalu kerap tidak bagus untuk kucing. Malah, kebanyakan kuing tidak menggemarinya.

Alternatif lain yang anda boleh ambil adalah dengan mengelap badan kucing menggunakan kain lembap setiap hari. Ini akan membantu mengurangkan dan mengawal bulu-bulu halus penyebab allergi lepas ke udara dan kucing anda mungkin lebih bertoleransi dengan aktiviti ini. Selain itu, anda boleh gunakan produk-produk penjagaan bulu kucing seperti supercat jusz spray dan sebagainya.

8. Pengambilan Ubat Allergi

Anda juga boleh mendapatkan ubat anti-allergi daripada doktor anda. Penggunaan ubatan juga dapat membantu mengawal allergi anda, walaupun ia tidak menghilangkan allergi secara terus. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk prekripsi ubat anti-allergi yang sesuai buat anda.

Sekiranya anda melakukan tugas yang baik dengen mengikuti langkah-langkah di atas, anda pasti akan dapat merasakan perubahan yang bagus dan membantu mengurangkan allergi anda terhadap kucing. Mereka yang bersemangat waja dan benar-benar gilakan kucing sahaja yang sanggup untuk pergi sejauh ini, memelihara kucing walaupun mempunyai allergi. 

Kongsikan dengn rakan-rakan anda sekiranya bermanfaat.

2 thoughts on “8 Tips Memelihara Kucing Apabila Anda Allergi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *