fbpx

3 Tips Asas Memilih Makanan Kucing

Tips Asas Memilih Makanan Kucing
Share on facebook
Share on google

3 Tips Asas Memilih Makanan Kucing.

Cuba anda teka, berapakah jangka hayat seekor kucing?
2 tahun, 3 tahun atau 5 tahun?

Mengikut kajian, kucing indoor boleh hidup selama belasan tahun umur manusia.

WOW!
Seekor kucing sahaja akan menjadi peneman seumur hidup anda.

Sudah tentu pemakanan mereka memainkan peranan yang besar di dalam meneruskan kelansungan hidup dan kesihatan berterusan dan terbaik.

“You Are What You Eat”

Makan memang sedap, kadangkala sampai berlebihan jika mengikut nafsu dan tidak dikawal.
Ditambah pula dengan pelbagai pilihan makanan yang mengiurkan dan sungguh menyelerakan tersedia.

Saya pasti pepatah di atas biasa anda lihat dan dengar.
Telah menjadi moto pemakanan di mana sahaja.

Namun, bukan terhad kepada manusia sahaja.
Pepatah ini juga terpakai ke atas kucing.
Lebih-lebih lagi apabila kucing hidup bersama di dalam rumah.

Oleh itu, tanggungjawab pemakanan jatuh kepada anda.

Seperti manusia, kesihatan kucing indoor juga bergantung kepada nutrisi hariannya.

Memberi makanan yang tidak seimbang dan tidak bersesuaian dengan kucing ibaratnya memberi manusia makan makanan ringan setiap hari.

Kombinasi yang tidak bagus juga buat haiwan.
Jika ia terus diberi secara berterusan, pelbagai komplikasi yang boleh berlaku.

Antara komplikasi yang kerap dialami kesan daripada pemakanan yang tidak sihat ini adalah masalah batu karang dan masalah buah pinggang.

Yang akhirnya memerlukan kos perubatan yang tinggi.

Sekiranya rawatan tidak diberikan segera, kucing akan mengalami kesakitan yang teramat dan boleh menyebabkan mati.

Pemakanan Sihat, Kucing Sihat

Apa yang saya kongsikan adalah bagi membantu anda memilih dan menyediakan makanan terbaik daripada pilihan yang terdapat pasaran buat kucing kesayangan.

Semestinya diet yang terbaik buat kucing anda adalah seperti yang anda makana setiap hari.
Sebagai contoh ayam, ikan dan daging segar yang dimasak di rumah.

Berikut adalah 3 tips asas memilih makanan kucing buat kucing anda.

3 Tips Asas Memilih Makanan Kucing

Tips asas memilih makanan kucing

 

1. Bahan Pertama Mestilah Daging atau Ikan

Sekurang-kurangnya bahan pertama mestilah daging atau ikan.
Sekiranya 5 kandungan pertama adalah senarai daging atau ikan, pastinya lebih baik.

Bahan pertama di mana?
Di bahagian senarai bahan/kandungan/ingredients.

Mengapa mesti yang pertama adalah daging atau ikan?
Seperti yang diketahui, kucing pemakan daging.
Makanan utama adalah protein.

Cara senarai kandungan ini disusun adalah bermula dengan yang penggunaan bahan asas paling banyak dan diakhiri dengan yang paling sedikit.

Bahan pertama yang disenaraikan mempunyai kandungan paling tinggi.
Dan diikuti dengan kandungan kedua tertinggi dan seterusnya.

Yang paling akhir dalam senarai pula adalah yang paling sedikit kandungannya.

Kebanyakan makanan kering mempunyai senarai kandungan yang panjang bukan.
Untuk entri ini kita akan melihat pada kandungan pertama dahulu.

Ada 2 ciri pada kandungan pertama yang kita mahukan.

Pertama, ianya mestilah daging atau ikan.
Kedua, jenis daging atau ikan yang digunakan dinyatakan dengan jelas.

Sebagai contoh daging lembu, daging kambing, daging itik, daging ayam, ikan salmon dan sebagainya.

Ini adalah syarat yang penting dalam memilih makanan yang baik untuk kucing kesayangan anda.
Tidak kira untuk makanan basah atau makanan kering.
Jika tiada daging termasuk dalam senarai 5 bahan yang pertama, saya sarankan cari jenama makanan yang lain.

2. Tiada Pewarna Makanan (food coloring)

Tips yang kedua pula adalah tidak mengandungi pewarna makanan.
Sekali lagi anda perlu merujuk kepada senarai bahan kandungan.

Panjang betul ya jika mahu dilihat terutamanya untuk kibbles.
Tetapi, ada cara mudah untuk mengenalpasti.

Lihat pada warna kibbles.

Secara umumnya:
Kibbles yang berwarna-warni menandakan makanan tersebut mengandungi pewarna makanan.

Kibbles yang lebih baik mempunyai satu warna.
Dan warnanya adalah coklat gelap.

Tahukah anda:
Pelaburan sedikit masa anda menelti senarai bahan kandungan ini mungkin dapat menjimatkan ratusan wang ringgit anda daripada terpaksa menanggung kos perubatan kelak.

Pewarna makanan ini bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan manusia, malah untuk kucing juga.
Lebih-lebih lagi, makanan ini akan dimakan setiap hari.

Untuk makanan basah juga perlu diperiksa.
Senarai bahannya lebih sedikit memudahkan anda meneliti setiap satu daripadanya.

3. Melihat Tarikh Luput

Dengan memeriksa tarikh luput, anda dapat mengetahui tahap kesegaran makanan tersebut.
Cuba dapatkan makanan yang masih jauh daripada tarikh luputnya.

You Are What You Eat

Begitu juga dengan kucing peliharaan anda.
Luangkan sedikit masa melihat beberapa pilihan makanan kucing yang ada.

Mungkin akan mengambil sedikit masa pada permulaannya.
Tetapi, anda akan lebih yakin dengan pilihan anda.

Tips asas memilih makanan kucing di atas diharap dapat membantu anda membuat pilihan sewajarnya.
Dan memberi yang terbaik buat kucing anda.

Ingin tahu lebih terperinci dalam memilih makanan kucing terbaik?
Reviews.com
mungkin dapat memberikan maklumat lanjut yang anda perlukan itu.

 

 

Share on facebook
Share on google

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

AzhaniAzhar

hi, assalamualaikum

For any enquiries, kindly email to hi@azhaniazhar.com
or contact us at +60111-3016756