Fakta Menarik, Penjagaan Kucing

4 Tempat Terbaik Membelai Kucing Anda

4 Tempat Terbaik Membelai Kucing Anda. Nak tahu satu rahsia yang haiwan bernama kucing ini simpan turun-temurun? Sebenarnya bukan kita yang membelai kucing, tetapi kucing melantik kita menjadi tukang garu peribadinya.

Tak percaya?

Tempat yang tidak betul atau masa yang tidak sesuai mungkin membuatkan kucing anda menjauhi anda terus. Atau mungkin juga dicakar sekiranya anda tidak memahami gerak badan yang cuba disampaikan.

Sebab itulah kita dinamakan tukang garu kucing.

Betul kan.

Macam mana nak dapatkan mandat menjadi tukang garu kucing?

Nak mendapat mandat tertinggi sebagai tukang garu peribadinya, salah satu caranya kena tahu tempat-tempat yang kucing suka untuk digaru/dibelai.

Setiap kucing itu unik dan mempunyai personaliti mereka masing-masing. Setiap kucing mempunyai tempat-tempat kegemaran yang tersendiri untuk dibelai. Walaupun begitu, terdapat beberapa kawasan yang paling digemari kucing untuk dibelai.

4 Tempat Terbaik Membelai Kucing Anda

1. Bawah Dagu sehingga ke Bawah Leher

Kebanyakan kucing memang suka sangat dibelai di kawasan ini, bawah dagu sehingga  ke bawah leher. Kena pada tempat yang tepat, mereka akan mengeluarkan bunyi purring yang menenangkan. Masa ini juga lah kucing akan menjadi terlebih manja dengan anda dan mungkin juga kucing merasa sangat selesa hingga terus tertidur di pangkuan anda. 

2. Pangkal Ekor

Pangkal ekor ini adalah bahagian atas punggung yang bermulanya bahagian ekor. Kucing juga suka dibelai pada bahagian ini. Anda akan tahu kucing anda sukakannya apabila kucing memberi reaksi menaikkan punggungnya. Tidak kira samada kucing sedang berdiri atau duduk, kucing akan menaikkan punggungnya tanda menggemari belaian tersebut.

3. Pangkal Telinga

Yang ini lebh biasa dilihat semasa kucing menggeselkan kepalanya pada kita ataupun objek-objek di dalam rumah. Perlakuan ini tidak bermaksud mereka merasa gatal pada bahagian telinga, tetapi salah satu tanda meninggalkan bau mereka dan menanda kawasan. 

Ia juga bermaksud kucing anda sedang meningglkan baunya pada anda dan menanda anda sebagai miliknya. Jangan risau, anda mungkin tidak dapat membaunya, tetapi hanya dapat dibau oleh kucing anda kerana deria bau kucing berganda lebih baik berbanding deria bau manusia.

Tempat ini juga sesuai untuk anda membelai mereka dan anda juga boleh menggosok pada sedikit bahagian dalam telinga kucing dengan lembut. Jika mereka tidak sukakannya, cukup dengan hanya membelai bahagian luar sahaja.

 4. Pipi Berhampiran Misai Kucing

Ya, betul tu. Kawasan ini juga antara tempat kucing suka dan minta dibelai. Misai juga boleh bergerak-bergerak dibuatnya.

Pada permulaannya saya merasa sedikit pelik kerana kucing meminta digaru pada bahagian belakang misai ini berkali-kali. Biasanya kucing akan melakukan bahagian pipinya pada tangan atau jari saya. Tetapi yang seekor ini suka dibelai di situ sahaja lama-lama. 

Jadi, ianya bergantung kepada kegemaran kucing anda sendiri.

Cubalah sendiri beberapa kawasan di atas dan lihat reaksi mereka dan cari titik manja mereka. Anda membuatya dengan betul dan anda akan dapat kucing yang sangat manja sehinga tidak menang tangan melayan manjanya. 

TAHNIAH

Sekiranya, anda telah terpilih menjadi tukang garu peribadinya, TAHNIAH. Anda telah mendapat tempat yang istimewa di hatinya.

 

2 thoughts on “4 Tempat Terbaik Membelai Kucing Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *