Kesihatan, Penjagaan Kucing

Apakah Tanda Kucing Tertekan yang Biasa Dialami?

10 TANDA KUCING TERTEKAN YANG BIASA DIALAMI.

“Mana Citam?”
“Tidur.”
“Tidur lagi?”

“Kenapa Lala kurus ni?”
“Miaww~”

“Stress la mamy, kamu ni suka kencing atas karpet kenapa!”

Ini antara dialog yang biasa bagi pemilik kucing.

Paling kurang pernah berlaku sepanjang tempoh memelihara kucing.

Apa yang bagusnya dalam situasi di atas?
Mereka seakan perasan ada perubahan pada kucing.

Tetapi, dalam banyak situasi mungkin tidak diambil kisah kerana perbezaannya sedikit dan tidak memberi kesan negatif yang besar ke atas aliran aktivit seharian.

Atau mungkin tidak perasan langsung seolah-olah semuanya baik sahaja.

Sehinggalah…

Masalah besar mula timbul.

Kucing tidak lagi seceria dahulu.
Atau karpet dan sofa seringkali menjadi mangsa air kencing kucing.
Atau pasu, mangkuk pecah.

Kadangkala perangai negatif tersebut tidak terjadi terus pada waktu permulaan.
Tetapi, stress yang berkumpul dari masa ke semasa akibat diendahkan terus menerus.

Sekurng-kurangnya pemerhatian pada kucing-kucing saya.

Mereka juga ada sedikit toleransi pada awalnya.

Entri kali ini akan berkongsi mengenai tanda kucing tertekan yang biasa dialami.

Supaya masalah yang berkaitan boleh dikesan dan ditangani lebih awal dan dengan sebaiknya.

 

10 Tanda Kucing Tertekan yang Biasa Dialami

Tanda Kucing Tertekan

1. Berak & Kencing di Luar Kotak Pasir

Dalam banyak-banyak tanda kucing tertekan, yang ini paling basic dan mudah dikenal pasti.

Kucing yang berak & kencing di luar kotak pasir walaupun kotak pasir disediakan dan sudah biasa menggunakannya.

Satu,
Sebab memang kita akan nampak najis yang bertebaran di tempat yang tidak sepatutnya.

Dua,
Kucing indoor yang sudah toilet train susah nak sembunyian najis mereka dari kita.
Sebab memang baunya akan semerbak keluar bukan.

Boleh jadi stress masih rendah atau sudah mencanak naik.

Kucing pun ada stress tinggi dan rendah?
Ya.

Kebiasaannya, jika kucing hanya menunjukkan masalah ini sahaja, tekanan masih rendah dan mudah diselesaikan dengan membuat beberapa perubahan ke atas kotak pasir atau litter box.

Boleh dikatakan ini adalah tanda awal kucing tertekan.
Mungkin kucing cuba beritahu kotak pasir kotor, saiz sangat kecil dan tidak selesa, atau tidak suka menggunakan pasir tersebut.

Tanda tekanan sudah hampir ke puncak pula apabila disertai dengan tanda-tanda yang lain.

Tetapi, satu masalah yang membuatkan pemilik terlepas pandang bahawa kucing sedang tertekan kerana pemilik juga tertekan dengan kerja pembersihan yang terpaksa dilakukan.

Ianya berbau dan mungkin menjengkelkan untuk dibersihkan.
Tetapi, cuba bertenang dan ambil perhatian.

Kucing yang kencing dan berak di luar kotak kotak pasir cuba memberitahu sesuatu kepada anda.

 

2. Cirit-birit, Sembelit, atau Masalah Percernaan yang Lain

Kucing mungkin tidak sempat untuk ke tandas mereka kerana cirit-birit, sembelit.
Atau kucing mungkin mengalami kesakitan pada salauran percernaan sehingga tidak sempat ke tandas.

Bau najis juga mungkin berganda lebih busuk dari biasa.

Samada berpunca dari pemakanan yang tidak sesuai.

Atau disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius seperti Feline Interstitial Cystitis, atau Kidney Stones (batu karang)

Dalam situasi ini, dapatkan nasihat daripada doktor veterinar dengan segera. 

 

3. Grooming Berlebihan

Kucing memang suka grooming, menjilat, dan membersihkan bulunya.

Tetapi, grooming dengan berlebihan sehingga bulu botak dan menyebabkan luka pada kulitnya, merupakan tanda yang jelas kucing sedang stress.

Kenapa kucing akan menjilat bulunya semasa stress?
Ianya merupakan salah satu stress releiver untuk kucing.
Untuk menennangkan dirinya sendiri.

Oleh itu, lebih kerap dan lebih banyak kucing lakukannya, mungkin lebih tinggi stress yang cuba dilepaskan.

Sekiranya dibiarkan kucing dan luka lebih lama dalam keadaan tersebut, ianya akan bertambah teruk.
Dan boleh menyebabkan infeksi.

Jalan terbaik adalah cari punca yang menyebakan kucing tertekan secepat mungkin dan atasinya dengan segera.

 

4. Menggaru Badan Berlebihan

Seperti grooming dan menjilat bulu secara berlebihan, kucing yang menggaru badan secara berlebihan juga salah satu tanda masalah tingkah laku atau masalah kesihatan.

 

5. Mengasingkan Diri

Tanda lain kucing stress apabila kucing mengasingkan diri dari kucing lain atau dari manusia.

Kucing kan memang suka menyorok?
Kucing memang suka menyorok, berehat dan tidur di tempat kegemaran mereka.

Dalam masa yang sama juga,
waktu bermain, mereka akan keluar bermain,
waktu makan, mereka akan keluar makan.

Akan nampak kelibat mereka pada waktu-waktunya.
Walaupun kucing kita itu tidak terlalu sosial.

Bezanya dengan kucing yang tertekan, setiap masa akan menyendiri.

Kucing akan menyorok kerana mereka takutkan sesuatu atau sakit.

Tetapi, kucing yang suka dan terlalu kerap menyendiri, itu sesuatu yang sangat pelik.
Terutama sekali kucing tersebut adalah kucing yang aktif sebelum ini.

Sebaik mungkin menjauhkan diri.

Bawa keluar, masuk semula.
Kita menyebok di situ, dia cari tempat lain.

Mungkin kucing sakit.
Oleh itu, cuba dapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.

Selain itu, kucing juga mungkin menjahkan diri dari individu tertentu atau kawasan tertentu.
Mungkin kerana terdapat sesuatu di dalamnya yang menyebabkan kucing tertekan.

 

6. Kurang Selera Makan

Apa tanda lain kucing tertekan?
Kurang selera makan.

Kucing tidak berdiet atau berpuasa seperti kita.
Kucing yang tidak mahu makan menunjukkan kucing tidak selesa pada sesuatu perkara.
Samada kerana sakit atau tekanan yang datang dari persekitaran.

Tentulah perkara pertama adalah untuk memastikan mereka sihat dan makan dengan baik.

 

7. Mengiaw tanpa Henti

Pada poin sebelum ini, tanda kucing tertekan adalah kucing mengasingkan diri.

Tetapi, ada juga kucing yang akan mengiaw tanpa henti tanda stress.
Darihadapan ke belakang, kucing ekori dan tidak berhenti mengiaw.

Tidak dinafikan, suara kucing itu unik dan kadangkala menenangkan.
Samada kerana ingin mendapat perhatian, meminta makan, minta dibelai, bermain dan sebagainya.
Sungguh comel dan unik.

Namun begitu, sekiranya kucing mengiaw tanpa henti, mengiaw dengan panjang, atau mengiaw dengan kerap, ambil perhatian pada perubahan yang lain dari kebiasaan ini.

 

8. Lebih Banyak Tidur dari Biasa

Tanda kucing tertekan ini juga banyak bergantung pada pemerhatian kita.

Ibarat kita mempunyai seseorang istimewa yang rapat.
Tahu perangainya bagaimana, perkara yang tidak disukai, perkara yang disukai, personalitinya dan sebagainya.

Begitu juga dengan kucing.
Bagaimana mahu tahu perbezaan antara normal dan tidak normal, kenalah tahu normalnya bagaimana.

Kerana ada kucing memang tidurnya lebih lama dari kucing lain.
Mungkin kucing kita tidak tidur selama itu.
Bergantung kepada kebiasaannya.
Sudah ada jadual.

Atau kucing kita jenisnya aktif.
Tetapi, banyak pula tidurnya sekarang.

Dengan mengetahui kebiasaannya, baru kita boleh tahu lebih lama itu bagaimana untuk kucing kita.

Kucing yang tidak memberikan reaksi apabila dipanggil,
atau tidak lagi berminat pada alat permainannya,
atau tidak lagi berminat pada makanannya,
juga termasuk dalam perkara yang perlu diambil perhatian.

 

9. Agresif terhadap Haiwan Lain

Terutama sekali bagi yang memelihara beberapa ekor kucing.

Mungkin stress mungkin sakit.

Sudah sakit, diganggu pula waktu berehat.
Sesetengah kucing akan menjadi agresif.

Bukan agresif seperti bermain dengan kasar.
Tetapi, bergaduh.

Dapat juga diperhatikan dengan kekerapan yang lebih tinggi berlaku tindakbalas agresif.
Walaupun hanya sedikit stimulus yang diberikan.

 

10. Agresif terhadap Manusia

Kucing yang tertekan juga boleh menjadi agresif kepada manusia, termasuk anda.

Kadangkala, kita semasa stress boleh mencederakan (secara fizikalatau emosi) tanpa kita sedar semasa dalam keadaan stress.

Seolah-olah tidak mengenali lagi yang mana kawan atau lawan.

Begitulah umpamanya dengan kucing dalam keadaan stress atau sakit.

Mungkin didorong oleh sistem pertahanan diri secara automatik untuk melawan apabila merasa takut dan terancam.

Bezanya dengan manusia adalah kita boleh bercakap dan beritahu.
Kucing pula memberitahu menggunkan bahasa badan.

 

Berikan Perhatian

Kucing yang tertekan mempunyai dua kemungkinan samada dari persekitaran atau kerana sakit.

Ia juga memerlukan pemerhatian anda sebagai penjaga untuk mengawasi tanda-tanda ini supaya langkah-langkah pencegahan dan rawatan boleh diambil dengan cepat dan terbaik.

 

2 thoughts on “Apakah Tanda Kucing Tertekan yang Biasa Dialami?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *