Penjagaan Kucing, Pregnancy

9 Tanda-tanda Kucing Mengandung

TANDA-TANDA KUCING MENGANDUNG.

Kucing mengandung dalam lingkungan 60-67 hari.

Sepanjang tempoh ini, kucing akan mengalami perubahan fizikal dan personaliti.

Bukan sekadar perubahan fizikal sahaja.
Perangai kucing juga berubah.

Dah macam manusia mengandung pula.

Tanda-tanda Kucing Mengandung

Perubahan Fizikal

1. Kucing Berhenti Mengawan

Ini mungkin tanda paling awal anda akan perasan.

Sebelum ini anda perasan kucing akan masuk fasa galak/gatal(on heat) setiap 10 hari  2 minggu.

Macam mana tahu?

Hari-hari mengiaw supaya diberikan pasangan.

Yang jantan pula asyik bertandang ke rumah sahaja.

Yang di dalam tidak sabar-sabarnya mahu keluar.
Walaupun, selama ini tidak biasa keluar dari rumah.

Tetapi sekarang, semua aktiviti tiba-tiba terhenti.

Kemungkinan kucing sedang mengandung.

2. Muntah-muntah/Morning Sickness

OK.

Kucing juga mungkin akan mengalami morning sickness.

Ini adalah perkara biasa bagi sesetangah kucing mengandung.

Sekiranya didapati kucing muntah berterusan, kerap, dan tanpa henti, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

 

3. Puting Susu Membesar & Kemerahan

Sekitar 3 minggu mengandung, puting susu kucing akan membesar.

Dan berubah warna menjadi lebih gelap dan lebih pink/kemerah-merahan.

Kerana apa?

Supaya bayi kucing mudah nak mencari bekalan susunya.

 

4. Selera Makan Meningkat

Kucing juga akan makan lebih banyak semasa mengandung.

Terutama apabila sudah masuk minggu keempat.

Sekejap-sekejap makan.
Pusing lagi, nampak sedang makan lagi.

Perkara ini memang biasa. Bukan manusia yang mengandung sahaja bertambah selera makan.

Kerana kandungan di dalam perut sedang membesar.

Mereka ini perlukan lebih tenaga dan protein yang secukupnya.

Oleh itu, ibu kucing akan kelihatan banyak makannya kerana keperluan gizi dan tenaga yang meningkat di dalam badannya.

Yalah.

Makannya bukan untuk seekor.

Cuba berikan makanan terbaik dan berprotein tinggi seperti ayam dan ikan buat kucing anda.

 

5. Perut Menjadi Lebih Besar

Seiring dengan tumbesaran kandungan, perut kucing juga akan membesar dan terus membesar sehingga waktu kelahiran.

Selain itu,

Gaya kucing berjalan juga akan sedikit berbeza.

Berjalan lebih terkangkang berbanding biasa.

Kerana mahu seimbangkan dengan perut yang semakin membulat.

Dan posture badan yang berubah.

Gaya jalan perlulah disesuaikan. Nanti jatuh tersungkur pula.

6. Keluar Air Susu

Pada minggu kedua atau ketiga terakhir, susu sudah mula dihasilkan.

Susu akan terkeluar apabila puting susu dipicit lembut.

Ini juga menandakan waktu beranak hampir tiba.

 

Perubahan Personaliti

Tanda-tanda kucing mengandung juga boleh diperhatikan melalui perubahan personaliti kucing.

7. Kucing Menjadi Manja

Kucing akan terlebih manja waktu bunting ini.

Bukan sahaja terserlah dari gaya badan, malah reaksi muka juga sangat manja.

Manja yang bagaimana?

Pelbagai.

Mungkin minta kerap dibelai, atau nak berteman tidurnya, atau mungkin makannya menjadi cerewet kerana mahukan perhatian.

Tetapi, ada juga kucing yang lebih suka berseorangan.

8. Kerap Tidur

Selain selera makan meningkat, kucing juga menjadi kaki tidur semasa bunting.

Jika tadi,

Sekali pandang makan,

Dua kali pandang makan lagi.

Pandang lagi pun sedang makan.

Sekarang,

Berkali-kali pandang pun masih tidur.

Keadaan ini adalah normal bagi kucing yang mengandung kerana ia lebih cepat penat.

9. Nesting

Nesting ini adalah tanda kucing anda sudah hampir dengan masa untuk beranak.

Pada waktu ini, kucing akan kelihatan berpindah-pindah dan berehat pada beberapa kawasan.

Kerana sedang mencari tempat terbaik untuk melahirkan.

Kucing akan mencari tempat yang gelap, sunyi, tersorok dan jauh dari ancaman.

Bukan sahaja dari ancaman kucing, yang tersorok dari ancaman manusia juga lebih baik, terutamanya anak-anak kecil.

Kerana kucing akan rasa terganggu dan tertekan.

Dan lebih cenderung untuk memindahkan anaknya ke kawasan lain yang dirasakan lebih selamat berkali-kali.

Kuncinya:

Gelap, tersorok, sunyi, dan jauh dari ancaman.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *