Selsema Kucing: Rawatan & Penjagaan di Rumah

selsema kucing
Facebook
Google+
Hilangkan Bau Busuk Kucing 3

[Updated 18/12/18]

“Hachi~

Hachi~~

Opocot.

Tersembur sekali dengan hingus bila kucing bersin.

Oh no no no, no no no, NO.

Ini petanda tidak bagus.

Kalau kucing ada selsema, memang merisaukan.

Muka monyok, nampak layu.

Yang teruk lagi, jadi tak aktif.

Tidur sahaja.

Kadang kala menyorok pula tu.

Nak mencari pula satu hal sebab kita risaukan mereka.

Antara simptom lain yang biasa terjadi termasuklah:

Mata berair.

Hidung berair.

Lagi kesian kalau hidung tersumbat.

Tercungap-cungap nak ambil nafas.

Terpaksa bernafas guna mulut.

Musim-musim hujan begini selalunya kucing dijangkiti demam selsema.

Jadi, bagaimana merawat selsema kucing sehingga sembuh?

 

Selsema Kucing: Rawatan dan Penjagaan di Rumah

1. Simpan dalam Rumah

Kebanyakan masa, kucing mendapat jangkitan demam dan selsema apabila berjangkit dengan kucing di luar ataupun terdedah hujan dan panas.

Selsema kucing mudah berjangkit dari satu kucing kepada kucing lain.

Samada melalui sentuhan, makan minum di dalam bekas yang sama, ataupun berjangkit dari bersin kucing lain.

Memelihara kucing di dalam rumah sahaja dapat mengurangkan risiko jangkitan selsema ini.

Kucing yang selsema lebih lah penting untuk berada di dalam rumah supaya kesihatan, makan minum dan keperluan lain dapat dipantau sehingga sembuh.

.

 

2. Mendapatkan Rawatan di Klinik Veterinar

Berjumpa dengan doktor adalah pilihan yang bagus di dalam hal ini.

Doktor veterinar yang bagus akan dapat memberikan diagnosis yang tepat berkenaan tahap kesihatan kucing anda.

Sebagai contoh, selsema boleh jadi simptom kepada masalah kesihatan lain seperti FIP, influenza dan sebagainya.

Sekiranya punca yang betul diketahui, mudahlah untuk sesuaikan dengan rawatan, ubat-ubatan dan antibiotik yang lebih tepat.

Selsema ringan yang biasa, mahupun disebabkan bakteria atau jangkitan kuman, ubat-ubatan serta antibiotik yang diperlukan mungkin sedikit berbeza.

Dos antibiotik pula akan diberikan mengikut keperluan kucing dari segi tahap keseriusan dan jenis jangkitan demam selsema tersebut.

Seperti juga ubat dan antibiotik manusia ada dos mengikut berat, jantina dan tahap kesihatan, begitu juga dengan kucing.

Selain itu, mereka boleh melihat isu-isu lain seperti jangkitan telinga, luka-luka, yang anda dan saya, mungkin terlepas pandang.

.

 

3. Air Kelapa

Air kelapa boleh juga diberikan sebagai alternatif merawat selsema kucing.

air kepala segar

Gunakanlah air kelapa segar, original tanpa gula.

Di Malaysia sungguh beruntung kerana air kelapa ini sungguh mudah didapati.

Boleh beri air kelapa kepada kucing dalam 1-2 syringe.

Dan ulang setiap 3-4 jam.

Masalah kucing selsema dan demam ringan boleh diatasi dengan memberi minum air kelapa segar.

Usah beri terlalu banyak kepada kucing.

Sedikit sahaja pada satu-satu masa.

Padan dengan saiz badan dan sistem pencernaan kucing yang jauh lebih kecil dari kita.

Di dalam masa yang sama, air kelapa tidak sesuai diberikan  kepada kucing yang mempunyai masalah buah pinggang atau masalah batu karang.

Kerana ianya boleh memburukkan keadaan.

.

 

4. Pokok Galak Kucing

Selain air kepala segar, pokok galak kucing juga adalah satu alternatif lain untuk merawat selsema kucing secara tradisional.

Kadangkala, penawar terbaik adalah dari alam semulajadi.

Berita bagusnya, pokok ini mudah didapati kerana ianya tumbuh meliar.

Terutama di kawasan lembap.

Mungkin kita sahaja tidak perasan.

Mungkin sahaja ada di kawasan rumput belakang rumah anda.

Ambil satu atau dua tangkai beserta akarnya.

Bersihkan akar dan sahaja beri kucing makan.

Yang mahu diberikan adalah bahagian akarnya.

Sebahagian kucing akan terus menerkam akar ini.

Mungkin kerana secara genetiknya mereka tahu itu baik untuk mereka.

Jadi, kerja anda lebih mudah.

Selain memberi kucing makan secara terus, ada juga yang jadikannya sebagai air rebusan untuk diberi kucing minum.

Mungkin juga lebih mudah untuk digunakan pada masa lain.

Caranya:

Satu batang pokok galak kucing, ambil bahagian akar.

Bersihkan terlebih dahulu akarnya.

Kemudian, rebus akar tersebut sehingga mendidih.

Sejukkan dan beri kucing minum.

Sedikit sahaja yang perlu diberi minum.

Sekitara 0.5 ml hingga 1 ml sahaja ya.

Selebihnya boleh simpan untuk kegunaan di masa hadapan.

Apa-apa pun, mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu.

Ulang sekali sehari untuk membantu merawat selsema kucing.

Kucing yang sihat cukup sekadar bagi sekali seminggu.

.

 

5. Asingkan Kucing

Sekiranya anda mempunyai beberapa ekor kucing di dalam rumah, sebaiknya asingkan antara kucing sakit dan sihat.

Pengasingan termasuklah ruang tidur yang berasingan, bekas makanan, serta bekas minuman yang berasingan.

Bagi mengurangkan risiko berjangkit pada kucing-kucing anda yang lain.

Lebih mudah untuk menjaga seekor kucing sakit sahaja daripada menjaga banyak kucing yang sakit.

Daripada pemberian ubat, keperluan makanan, keperluan penjagaan peribadi, kepada jumlah ubat-ubatan yang diperlukan.

Dan ianya lebih penting sekiranya kucing telah dijangkiti FIP, parvo atau sporo.

Kerana keperluan perubatan diperlukan adalah lebih banyak.

.

 

6. Pantau Makan Minum Kucing

Kucing yang selsema, mungkin mereka tidak mahu makan.

Kenapa?

Tiada selera makan.

Kerana hidung sudah tersumbat.

Apabila hidung tersumbat, deria bau terganggu.

Oleh itu, makanan yang biasa tersebut tiada bau yang membangkitkan selera.

Bila tiada bau, selera makan tiada.

Mahupun selera minum.

Jika dibiarkan kucing tidak makan dan minum untuk jangka masa yang lama, ia boleh membahayakan kesihatan kucing.

Sistem dalamannya akan terganggu dan kucing boleh mati akibat tiada tenaga (kelaparan) dan dehydrated.

Sebab itu kena pantau makan minum kucing dengan lebih tajam pada waktu ini.

Dan pastikan juga anda melihat kucing anda makan setiap kali tiba waktu makan.

Sekiranya kucing tidak berselera dengan kibbles, cuba tarik perhatian kucing untuk makan dengan menggunakan wetfood yang mempunyai bau yang lebih menarik.

Lebih lembut untuk dikunyah.

Juga mempunyai kandungan air yang lebih tinggi.

Di dalam masa yang sama, dapat memastikan kucing mendapat air yang mencukupi.

Anda juga boleh membuat “bubur kucing” dengan menggunakan kibbles sedia ada.

Caranya dengan merendam kibbles di dalam air sehingga lembut atau kembang.

Anda juga boleh mencampurkan wetfood ke dalamnya.

Mungkin kucing anda akan lebih tertarik untuk makan bubur kibbles itu.

Yang penting, perlu pastikan kucing makan, minum dan kekal bertenaga untuk melawan demam dan selsema.

.

 

7. Multivitamin/Immune Booster

Multivitamin atau immune booster yang saya cadangkan adalah Transfer Factor.

Kelebihan Transfer Factor untuk kucing termasuklah:

Menguatkan semula tahap kesihatan sistem imun badan kucing kepada paras normal.

Mengurangkan risiko penyakit berjangkit berlaku.

Sesuai pada kucing yang kerap jatuh sakit.

Mengurangkan kurap dan fungus di badan kucing.

Juga berkesan untuk kucing yang menghidap Parvo & SPORO.

.

Cara pemberian juga mudah.

Transfer Factor ini berbentuk kapsul dan mempunyai serbuk di dalamnya.

Tidak sepereti ubat biji yang mungkin terpaksa bersilat dahulu dengan kucing untuk memberinya makan, kucing hanya perlu menjilat serbuk di dalam kapsul tersebut.

Buka kapsul dan beri kucing jilat.

Atau boleh taburkan atas wetfood kucing.

Jika kucing langsung tidak berselera untuk makan, boleh tambah sedikit dengan air tapis/air mineral dan beri kucing makan menggunakan picagari.

.

Kebanyakan kucing sukakan Transfor Factor ini dan akan cuba meminta lagi.

Mungkin bukan pada kali pertama.

Tetapi, kali ketiga atau keempat, kucing yang akan mengejar anda untuk meminta Transfer Factor itu.

Masa inilah boleh rasa seperti artis dikejar peminat.

Eh.

.

Untuk kucing selsema, boleh diberi 1 kapsul setiap hari selama 5-7 hari atau sehingga sembuh.

Bagi kucing yang demam/selsema ringan, 1-2 kapsul juga mungkin sudah memadai.

Untuk penjagaan kesihatan harian, boleh diberikan seminggu sekali.

Bukan kucing yang sakit sahaja yang boleh menggunakan Transfer Factor ini.

Kucing yang sihat juga boleh mengambil Transfor Factor untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Transfer Factor untuk kucing

.

 

8. Bersihkan Kucing

Bukan bermaksud mandikan ya.

Kucing yang sedang sakit tidak digalakkan untuk mandi.

Jika mandi, suhu kucing boleh turun dengan mendadak.

Tidak elok untuk kucing.

Tambah-tambah pula dalam keadaan yang kurang sihat.

Pada waktu sakit, kucing mungkin akan berhenti membersihkan dan menjilat badannya.

Oleh itu, kerja anda dan saya untuk membersihkan bulu, telinga, mata, hidung, dan bahagian badan yang lain.

Mudah sahaja, dengan menggunakan wet wipes yang neutral atau gunakan kain dan air suam untuk mengelap bersih badan mereka.

Berikan lebih tumpuan pada bahagian mata dan hidung.

Dan bersihkan tahi mata, hingus yang meleleh, serta kesan tinggalan hingus di hidung.

.

 

9. Jaga Kebersihan Kawasan

Kebersihan kawasan sekitar kucing perlu diambil berat untuk memastikan kucing dapat sembuh dengan sepenuhnya.

Kita tidak mahu kucing kembali berjangkit dengan kumannya sendiri apabila sdah mula mahu sembuh.

Kebersihan termasuklah kawasan sekitar sangkar, bekas makanan, bekas minuman dan alasnya.

Bersihkan sangkar dan kawasan dengan clorox.

Begitu juga bekas makanan dan minuman, pastikan dicuci dan dibersihkan setiap hari

Gunakan alas yang mudah ditukar setiap hari.

Anda juga boleh menggunakan disinfectant spray untuk membasmi kuman daripada merebak.

Ianya juga mudah digunakan.

Hanya perlu spray sahaja.

Selain itu, kebersihan tangan juga penting selepas anda bergaul dengan kucing yang demam dan selsema.

Cuci bersih tangan sebelum menguruskan kucing lain yang sihat untuk mengurangkan risiko jangkitan.

.

Selsema Kucing: Penyembuhan Segera adalah Keutamaan

Dalam keadaan kucing yang selsema, kita mahukan kucing anda sihat dalam masa yang terdekat.

Oleh itu, pantau kucing anda dari segi perangai, kebersihan, dan pemakanan kucing anda bagi memastikan kucing anda mendapat peluang terbaik untuk sembuh semula.

.

Artikel ini tidak berniat untuk menggantikan pandangan doktor veterinar.

Sila dapatkan nasihat doktor veterinar untuk diagnosis tepat.

.

Some of the links above are affiliate links which means that if you click on them and make a purchase, we may receive a small commission at no additional cost to you. You are not obligated in any way to make your purchase by using these links but please know that when you do, it supports the work of this blog and for that, we thank you.  🙂

Facebook
Google+

This Post Has 5 Comments

  1. Bagusnya ada tips macam ni untuk pencinta haiwan. Kena ambik kisah juga kesihatan mereka kan

    1. terima kasih..
      ya betul, selain keperluan asas makan minum,
      kesihatan kucing juga perlu diberi perhatian..

  2. Picagari yg diguna utk cuka apel tu. Bole dipakai berkali kali ka picagarinya tu?

  3. Pernah ada pengalaman membela kucing. Memang cukup risau apabila kucing jatuh sakit. Cara rawatan haiwan tidak sama dengan manusia.

Leave a Reply