Neutering, Penjagaan Kucing

Selepas Mandulkan Kucing: 14 Hari Pertama Do’s & Don’t

SELEPAS MANDULKAN KUCING: 14 HARI PERTAMA DO’s & DONT’s

Sudah mahu mandulkan kucing?
Tahniah.

Kerana anda cuba berikan yang terbaik buat kucing untuk jangka masa pendek dan panjang.

Ada kelebihan pada kucing, ada kelebihan pada pemilik kucing.

Kelebihan mandulkan kucing.

Apa yang penting sangat dengan penjagaan selepas mandulkan kucing ni?
Dah selesai kan semuanya di klinik?

Bunyi kelihatan mudah.
Tetapi, ianya melibatkan proses pembedahan.
Proses yang kompleks.
Ada menggunakan ubat pelali.

Tetap perlu jaga kebersihan.
Kebersihan tangan, alatan, kawasan pembedahan.
Menggunakan antiseptik.

Dan elakkan berlaku jangkitan tidak sepatutnya.

Perlu tepat kawasan yang dipotong kerana melibatkan saluran darah.
Tak nak luka yang besar.
Elak dari berlaku pendarahan.

Kerana itu, pastikan anda mendapat perkhidmatan dari doktor haiwan yang bertauliah dan dipercayai.

Pembedahan bagi manusia juga memerlukan penjagaan rapi sebelum, semasa, dan selepas.

Haiwan juga begitu.

Salah satu perkara yang sangat penting perlu dilakukan sebelum mandulakn kucing adalah puasakan kucing.

Sangat penting.
Puasakan bermula malam sebelum hari dimandulkan.
Tidak kira kucing jantan mahupun betina.
Dua-dua kena puasa.

Nak puasakan sendiri di rumah boleh.
Nak puasakan di klinik juga boleh.

Kebiasaanya puasa bermula jam 9 malam.
Paling lewat jam 12 malam.

Tidak boleh makan dan minum.

Ada sedikit perbezaan kerana akan mengikut waktu klinik tersebut melakukan pembedahan tersebut.

Nak tahu masa yang lebih tepat boleh merujuk pada terus pada klinik yang anda dapatkan perkhidmatan.

Tidak terhenti di situ sahaja selepas selesai pembedahan mandulkan kucing.

Kerana ada pantang larang perlu dijaga.

Bersediakah anda menerima akibatnya andai dilanggar pantang larang ini?

Selepas Mandulkan Kucing: 14 Hari Pertama Do’s & Dont’s

Saya dah takutkan anda ke?
Bukan niat nak takutkan.
Cuma nak beritahu penting penjagaan yang baik selepas mandulkan kucing.

Mudah sahaja sebenarnya.
Apabila dijaga dengan baik, kucing akan sembuh lebih pantas.

Dan risiko mengalami komplikasi adalah sangat rendah.

Ikuti tips-tips ini.

1. Penggunaan Sangkar

Sepanjang tempoh 14 hari, perlu letakkan kucing dalam sangkar.
Terutama kucing betina.

Dikira major operation untuk pemandulan kucing betina.

1 sangkar, 1 kucing.
Mudah nak pantau kesihatan, berak kencing, dan makanan kucing.

Sangkar yang satu tingkat sahaja sebaiknya.
Motifnya mahu menghadkan pergerakan kucing.

Tidak mahu kucing,
Melompat almari 5 tingkat.
Berlari seakan dikejar pemangsa.
Kalah Usain Bolt dibuatnya.

Memanjat almari 5 tingkat atau para.
Kejar-mengejar dari hujung bilik ke hujung lagi satu.

Kita tidak mahu aktiviti tersebut buat sementara waktu.
Kerana ingin pastikan luka sembuh dengan baik dan pantas.

Nak gunakan sangkar dua atau tiga tingkat?
Mungkin ada yang rasa tidak selesa melihat kucing di dalam sangakar yang kecil sahaja.

Biasa berkeliaran di dalam biliknya atau seluruh rumah.
Pada pendapat saya, masih boleh sekiranya tidak terlalu besar.

Kerana
Lebih banyak berlari melompat, lebih lama luka sembuh.
Mungkin boleh terburai isi perut sekiranya terkoyak terutama sekali kucing betina.

Bleh terburai keluar usus kucing.

Bukan sekadar keluar darah sedikit-sedikit sahaja.
Tetapi luka besar.
Bukan main-main.

Kucing dah tinggalkan di klinik satu hari atau dua hari. Perlukah masuk di dalam sngkar juga?
Ya, terutama sekali kucing betina atas sebab kesihatan kucing itu sendiri.

Luka belum betul-betul sembuh dalam masa dua hari di klinik tersebut.

Kucing jantan pun nak kurung dua minggu?
Kucing jantan mungkin tak perlu selama itu.
Hari ketiga keempat boleh lepas.

Tetapi masih dalam pemantauan.

 

2. Kedudukan Sangkar

Andai ada kucing lain di rumah
Kelihatan sebelum ini baik-baik sahaja

Tetapi, sejurus selepas balik dari dimandulkan terus menjadi agresif.

Punca?
Mungkin kucing stress di tempat baru (klinik).
Mungkin stress kerana sakit.
Mungkin kesan ubat pelali masih lagi berbaki.

Pulang ke rumah masih dalam keadaan terkejut dan belum stabil.

Jadi,

Kucing lain boleh kelihatan seperti ancaman.
Walaupun sebenarnya nak ajak main sahaja.

Kerana
Dalam keadaan fizikal begitu, kucing tahu dia tidak dapat mempertahankan diri dengan baik.

Pilihan yang ada dalam situasi begini
FIGHT or FLIGHT.

Sebab tu ada jadi garang.
Ada yang nak menyorok.

Mana-mana keadaan kurang bagus untuk kucing.

Untuk sementara waktu, asingkan kucing-kucing ini.
Letakkan sangkar di tempat yang sunyi dan gelap.

Jauh dari bunyi bising.
Jauh dari kucing lain.
Dan jauh dari anak-anak kecil di rumah.

Berikan masa untuk kucing berehat dan bertenang.

Ada tak gaya saya cakap ni macam nak menjaga manusia?
Sebab manusia kan dah dikurniakan sifat kasih sayang.

 

3. Pemakanan

Dari segi pemakan, boleh meneruskan dengan kibbles sedia ada.

Kecuali doktor mensarankan makanan spesifik mengikut keadaan kucing.

Semestinya makanan premium itu lebih baik.
Kerana kandungn nutrisi mencukupi.

Sekurang-kurangnya dapatkan kibbles yang tidak berwarna-warni.
Warnanya satu sahaja.
Warna coklat gelap.

Dan cuba dapatkan kibbles yang mengandungi protein lebih dari 30%.

Ada kucing yang tak mahu makan?
Perkara normal sekiranya kucing tidak mahu makan dalam masa beberapa jam selepas pembedahan.

Mungkin kerana masih sakit atau masih mamai.

Tetapi, kucing mesti makan dalam tempoh 24 jam.

Bagi membangkitkan selera makan kucing, perlu tarik melalui bau.
Bau menyelerakan kucing akan datang dengan sendiri.

Makanan apa?
Wetfood kan ada bau yang kuat, sedap dan menyelerakan.
Pilihan yang bagus untuk merangsang selera makan kucing.

Apa wetfood kegemarannya?
Boleh beri.

Nak beri yang lebih special lagilah boleh.
Nak beli atau buat sendiri, terpulang.

Bagi yang memilih untuk buat sendiri, ada pantang larang.
Ayam guna bahagian dada sahaja.
Pakai ayam dara.

Ikan guna daging putih sahaja. Daging hitam boleh beri pada kucing lain.

Lepas tu kena baca jampi ni masa masak.
Kacau senduk 7 kali ikut arah lawan jam.
Jangan lupa guna senduk kayu.

Baca selawat 10 kali.

..

 

 

Ala, gurau, gurau.

Ayam bahagian dada, ikan ambil bahagian isi putih sahaja.
Apa salahnya baca selawat.

Lama-lama dibiasakan untuk masakan harian kan bagus.

Andai kucing tak makan juga dalam tempoh 24 jam, rujuk semula pada doktor secepat mungkin.

 

4. Tidak Boleh Mandi

Kucing tidak boleh mandi dalam tempoh 14 hari selepas pemandulan.
Mandi maksudnya basah satu badan.
Pakai air pakai sabun semua.

Boleh sebabkan infection berlaku.
Kena kulat ke bernanah ke.
Lagi banyak kerja jadi.

Luka nak bagi sembuh kena la kering sahaja.

Pernah luka teruk atau pernah pembedahan?
Doktor kan tidak benarkan kena air bahagian tersebut.
Andai mahu dibersihkan kena dressing guna iodin bukan.

Sama juga halnya tempat pembedahan kucing.
Tidak boleh terkena air.

Kucing saya ni kalau tak mandi jadi tak terurus macam mana?

Pilihan yang ada

Satu
Mandikan beberapa hari sebelum dimandulkan.

Dua
Lapkan sahaja menggunakan kain lembap suam.
Tak perlu lenjun, sedikit sahaja sekadar untuk dibersihkan.

Elak guna mandian spray kerana ada kemungkinan terkena bahagian luka.

Cukup grooming menggunakan sikat sahaja pada waktu ini.

Selepas dua minggu boleh mandikan?
Boleh sekiranya dah betul-betul kering.

Untuk kepastian boleh tanya pada doktor.
Kadangkala yang kita nampak hanya luaran.
Jahitan bahagian dalam belum tentu betul-betul sembuh.

Nak selamat, berikan lebih masa sebelum dimandikan.

Kurang pergerakan yang besar, lebih cepat sembuh.

 

5. Penjagaan Luka

Selepas mandulkan kucing penjagaan luka perlu diambil berat.

Tidak pernah pula sampai kena buat dressing untuk kes-kes normal.

Jadi, penjagaan bagaimana?
Pantau bahagian luka setiap hari.

Kering, bagus.
Jahitan masih teguh, bagus.
Tiada merah-merah, bagus.
Tiada cecair, bagus.
Tiada bengkak, bagus.

Selain itu,
Kucing makan, bagus.
Kucing berak kencing, bagus.
Kucing tidur, bagus.
Ekspresi nampak segar, bagus.

Cuma mungkin ekspresi kucing akan kelihatan bosan sedikit.
Cuba letakkan sedikit permainan untuknya.

Andai ada benjolan, cuba pantau samada semakin besar atau tidak.
Adakah ada seperti cecair.
Kesihatan kucing secara keseluruhan ada beza atau tidak.

Jika tiada, mungkin tidak ada apa-apa masalah.
Untuk lebih kepastian, boleh berhubung terus dengan doktor haiwan anda.

Satu lagi.
Bila ada luka biasa kucing akan terdorong untuk menjilat.

Yang itu pun kita tidak mahu.
Kerana ada kucing menjilatnya ganas.
Digigit-gigit jahitan.
Cuba nak ditanggalkan.

Nak pastikan kucing tak menjilat ni pun boleh jadi cabaran.
Kita halang sekali, dia buat dua kali lagi.
Alih pandangan sekejap sahaja, dah mula menjilat.

Bukan ada 24 jam di rumah.
Dan setiap saat digunakan nak tenung dia.

Nak salahkan kucing pun tak boleh juga kan.
Jadi, bagaimana?

Salah satu cara, pakaikan kon perawat pada leher kucing.
Nampak rimas, tetapi lebih selamat buat anda dan kucing.

Cara lain?
Salah seorang doktor saya cadangkan tabur bedak antibakteria.
Disebabkan kucing tak suka dengan bedak dan teksturnya, boleh halang kucing dari menjilat.

Saya guna jenama Aiken.

Nak ikut atau tidak, bergantung.

 

6. Ubat / Vitamim

Ada klinik yang beri ubat, ada klinik yang tidak beri ubat.
Bergantung kepada klinik tersebut.

Termasuklah ubat tahan sakit, ubat bagi pembaikan sel lebih cepat, dan mungkin sedikit vitamin.

Diberi itu bagus.
Tidak diberi juga tidak mengapa.
Bagi kucing yang sihat dalam kes-kes pembedahan yang normal.

Tetapi, jika sudah dibekalkan ubat, lebih baik diberi kepada kucing.

Jika ada multivitamin sedia ada juga boleh diberikan.

 

7. Pasir Kucing

Penggunaan pasir kucing yang betul juga penting.

Anda guna pasir apa?
Berdebu atau tidak berdebu?

Tidak berdebu?
Anda bijak.

Pilihan terbaik untuk tempoh ini adalah pasir yang tidak berdebu.

Kerana debu-debu halus itu mungkin menyebabkan jangkitan atau inflamsi teruk ke atas bahagian luka.

Cara mudah
Gunakan surat khabar lama.
Carikkan dan gunakan sebagai tandas kucing.

 

Selepas Mandulkan Kucing: 14 Hari Pertama Do’s & Dont’s

Adakah anda masih di sini?
Terima kasih dan tahniah.

Rasa pening?
Sebenarnya tidak banyak yang perlu dilakukan.

Secara ringkasnya, penjagaan selepas mandulkan kucing:
Letak dalam sangkar, tidak mahu kucing banyak bergerak
Pastikan makan minum OK.
Periksa bahagian luka.
Elakkan kucing menjilat.
Sekiranya ada ubat, beei ikut jadual.

Oleh kerana kucing di dalam sangkar, tidak pening nak menjaga.

Mungkin sedikit bising kerana kebosanan.
Cuba berikan sedikit permainan di dalam sangkar.

Atau letak di kawasan gelap, sunyi dan tenang supaya dia bertenang dan tidak tertarik dengan aksi larian kucing lain.

Andai tidak mahu pening kepala, boleh tinggalkan sahaja di klinik dijaga oleh doktor.

Diharap tips-tips di atas membantu anda menjaga kucing selepas dimandulkan.

Tolong kongsikan dengan rakan-rakan lain.

 

With love,
Azhani Azhar

20 thoughts on “Selepas Mandulkan Kucing: 14 Hari Pertama Do’s & Don’t

    1. Terima kasih diatas info ini..sy baru sahaja mandulkan kucing betina semalam..tp slps 24 jam kucing sy masih kelihatan lemah dan langsung x mengiau..lg membimbangkan dia langsung tak mahu mkn dan minum…sy takut dia akan mati…

      1. jika masih tidak makan boleh rujuk semula pada doktor veterinar..

        kucing biasa akan makan dalam tempoh 24 jam..
        boleh cuba offer makan basah kegemarannya atau makanan yang mempunyai bau yang kuat untuk menarik selera makan..

      2. Sama mcm kucing saya..dia xmau mkn juga..so,sy anta semula ke klinik haiwan tersebut utk lebih terjaga. Skrg kucing awk dah ok tak?

  1. Kucing saya tidak mahu makan lebih dari 24 dari masa pembedahan. Ia β€˜hiss’ kat kucing saya yg lagi seekor. Saya pun takut nk check jahitan dia. Mcm mana ni doc? Normal ke kalau dia masih tak mau makan dan hiss je?

    1. saya bukan doktor..

      biasanya kucing akan makana dlm masa 24 jam selepas pembedahan..
      boleh cuba offer makanan basah kegemarannya atau makanan lain yang ada bau yang kuat untuk menarik selera makan..
      jika tidak makan juga boleh rujuk semula pada doktor veterinar..

      kucing tersebut hiss mungkin kerana sakit, atau tak mahu diganggu, atau rasa terancam dengan situasi tersebut..
      untuk masa terdekat cuba asingkan kedua-duanya, letak sangkar di tempat yang lebih sunyi atau jadikan sangkar lebih tertutup dari suasana luar..

  2. Saya baru mandulkan kucing jantan saya hari ini. Ini pengalaman yg baru bagi saya. mmg rasa kasihan tgk dia tapi apa boleh buat sbb tak tahan lagi dengan bau kencing dia merata rata tempat di dalam rumah. Tapi doktor yg memandulkan dia memberitahu kucing saya cuma ada sebiji telur yg dibuang . adakah itu normal ? adakah kucing saya akan kencing sebarang dan adakah kucing masih mencari betina ?
    Terima kasih

  3. Salam , sy nk tnya , sy baru lepas neuter kucing sy hri rabu lepas , dktor ckp luka dia tak dijahit dn cepat baik. Hari2 sy tak skip bagi dia mkn antibiotik & sapu antsptic wash , tapi sy tngok mcm luka dia tebuka , plu ke sy bwk pg vet blik ?

  4. salam..kucing sy betina baru lpas mandulkan..hari ke-3 baru boleh balik…sy tgk luke semua ok kering…sangkar yg ada terlalu kecik..just muat tuk letak dia sahaja…bekas poo n pee dia da xmuat kalau nk letak..mcm mna yer kalau nk tinggalkn kucing dalam sngkar sebab sy pergi kerja..bekas pasir da xboleh letak dalam sangkar sebab sangkar kecik..jika dilepas kan risau memudaratkan luka dia..ada ape2 cadangan tak?? sy risau jika lpas dia akan bermain dan melompat..

    1. Doc vet bagitau jangan guna pasir takut infaction, guna suratkabar shj utk berak kencing. Saya pulak waktu mlm saya tak letak makanan takut dia berak waktu mlm tak de org tgk.

  5. salam..nk tanye..kucing baru lepas neuter..2 hari dekat wad..hari ke-3 baru ambil..tgk luke xde pape mslh..just tkot luke dlm dia yg xok lg..kebanyakan semua suruh kurung..tp sy xde sangkar yg besar yg muat skali dekat tmpt poo n pee dia..time nk pergi kerja terpaksa lps kan dia bebas..sebb sangkar xmuat nk letak poo n pee…boleh ke main lepas dia dlm rumah mcm 2 jew..dia indoor je..tp still risau..sbb dia suka melompat..

  6. Salam…kucing jntan sy baru 3hr neuter..mslh skrg die xnk d kurung… Sepanjng masa die bising nk klua dr sngkar…die kucing indoor,xpape ke klu sy biakn bebas mcm tu??lg 1,doktor vet ade bekalkn ubat antibiotik dgn tahan sakit,mslhnye die sgt ssh nk mkn ubat tu…sy pkse die nk ggit tgn pulak….adooiii.. Pening pale….ade kesan buruk x klu xmkn ubat2 tu…😞😞😞

  7. Salam.. Saya guna bedak agnesia okay ke? Nk letak bedak tu kt keliling tmpat jahit atau atas benang tu skali? Sebab kucing sy slalu jilat.. Tq

  8. Assalam, saya ingin buat pertanyaan. kucing saya baru shj dimandulkan 4hari lepas.. keadaan luka masih dalam keadaan baik dan kering, cuma saya perasan terdapat bonjolan seperti bengkak dibahagian kanan sebelah jahitan (tanda-tanda merah @ infection tiada) cuma bonjolan shj.. jadi saya ingin tahu lebih lanjut, adakah itu disebabkan kucing saya terlalu aktive walaupun ditempatkan didalam sangkar atau disebabkan hal lain..hope cik dapat bantu saya..terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *