Kucing, Neutering

Kenapa Perlu Puasakan Kucing sebelum Dimandulkan?

Kenapa Perlu Puasakan Kucing Sebelum Dimandulkan? Sebelum nak menghantar kucing untuk dimandulkan, kucing perlu dipuasakan sekurang-kurangnya selama 12 jam sebelum. Sebagi contoh, kucing nak dimandulkan esok, malam ini dah kena puasakan. Kucing tak boleh diberi makan dan juga minum.

Biasanya doktor nasihatkan untuk mula puasakan kucing bermula jam 9 malam hari sebelumnya. Tetapi, waktu akhir diberi makan dan minum boleh berubah bergantung kepada klinik veterinar tersebut.

Syarat Sebelum Pemandulan Kucing

1) Puasa selama 12 jam pada malam sehari sebelum pemandulan

2) Kucing sihat, tidak bunting dan bersih

3) Vaksin penuh (Bergantung kepada klinik/doktor, kebiasaanya klinik akan wajibkan kucing divaksin sekurang-kurangnya 2 kali. Namun, bagi sebahagian kecil keadaan sahaja doktor akan meneruskan tanpa mengambil vaksin. Rujuk semula kepada doktor anda.)

4) Umur kucing 6 bulan dan ke atas dan berat lebih 2kg

Untuk lebih mudah, asingkan kucing yang akan dimandulkan di dalam sangkar. Kelebihannya, anda sudah pasti di dalam sangkar tiada makanan dan minuman. Selain itu, anda sudah tahu di mana kucing berada keesokannya untuk dibawa ke klinik veterinar. Tidaklah tercari-cari dan terkejar-kerjar semasa nak membawa kucing ke klinik. 

Hampir setiap keadaan, kucing wajib dipuasakan sebelum pembedana. Hanya beberapa situasi yang tidak memerlukan kucing dipuasakan terlebih dahulu, seperti kes kecemasan. Kucing mempunyai masalah kesihatan tertentu juga mungkin tidak perlu dipuasakan selama itu. Namun, semuanya bergantung kepada diagnosis daripada doktor veterinar anda. Pastikan anda rujuk kepada doktor veterinar anda terlebih dahulu.

Tetapi, kucing yang normal dan sihat perlu dipuasakan bermula pada malam sehari sebelum dimandulkan. Mana-mana sahaja klinik veterinar kerajaan mahupun swasta yang anda pilih, syarat utama ni wajib dipatuhi sebelum dimandulkan.

Kenapa Perlu Puasakan Kucing Sebelum Dimandulkan?

Kerana kucing boleh MATI jika tidak dipuasakan atau tidak dipuasakan dengan betul.

Kenapa boleh mati?

Untuk pembedahan, kucing akan diberikan ubat bius (anesthesia). Penggunaan ubat bius akan membuatkan kucing rasa nak muntah dan keluarkan semula isi perut yang ada. Dalam keadaan normal bolehlah kita telan semula jika muntah tu keluar separuh jalan sahaja.

Tetapi, semasa di bawah pengaruh ubat bius, kucing tidak boleh dan tidak mampu untuk menelan semula makanan yang cuba dimuntahkan itu. Jika berlaku kucing tu muntah dan tak boleh nak telan, makanan dan cecair yang keluar tu ada kemungkinan besar untuk masuk ke dalam ruang pau-paru.

Cecair dalam paru-paru kucing tak bagus kerana boleh menyebabkan kucing lemas dan tidak boleh bernafas sehingga menyebabkan kematian semasa proses pembedahan.

Sekarang Sudah Tahu

Jadi, sekarang anda sudah tahu kan kenapa perlu puasakan kucing sebeum dimandulkan. Bukan nak menyeksa kucing, tetapi merupakn satu keerluan untuk memastikan proses pemandulan berjalan dengan lancar dan mengelakkan komplikasi yang membahayakan kepada kucing.

Dapatkan nasihat lebih lanjut dengan merujuk kepada doktor veterinar anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *