fbpx

Perlu ke Guna Penapis Udara?

Perlu ke Guna Penapis Udara
Share on facebook
Share on google

Perlu ke guna penapis udara ni?

Saya tak tahu mengenai anda, tetapi saya akan ceritakan mengapa saya end up menggunakan penapis udara di rumah.

Salah satunya kerana ada kucinglah.

Dan alahan dengan habuk dan asap kenderaan berhampiran rumah.

.

Post kali ini saya akan cuba bongkarkan satu persatu berkenaan penapis udara.

Diharap ianya dapat membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk anda sekeluarga.

.

Perlu ke Guna Penapis Udara?

Sekarang ini, semua orang lantang memperkatakan berkenaan penapis udara.

Yang ada kucing, yang tak ada kucing, yang ada anak, yang sakit, yang demam selsema, yang asma, yang alahan, yang baru lepas operate, yang ada baby, yang merokok, semua kena pakai penapis udara ke?

 

Apa Sebenarnya Ada Pada Penapis Udara Ni?

Kerja penapis udara adalah untuk menapis bahan pencemar dari udara.

Termasuklah kulat, tungau, debu, degunga, habuk, bulu haiwan, bakteria dan virus dari udara.

Selain itu, penapis udara yang bagus juga mampu menapis gas-gas merbahaya dari udara termasuklah asap rokok, bau masakan, cat serta gas-gas merbahaya yang lain.

Kepada mereka yang sensitif terhadap bahan-bahan pencemar ini atau yang mengalami masalah semput, alahan dan asma akan mendapat manfaat dari penggunaan penapis udara.

Sukar untuk membayangkan sesiapa yang tidak suka atau tidak akan menjadi lebih baik dengan suasana yang bersih di dalam rumah mereka.

Dan penapis udara dapat memainkan peranan yang berguna untuk seisi keluarga.

.

Perlu ke Guna Penapis Udara di Rumah?

Kita juga sebenarnya terdedah kepada udara yang tercemar meskipun berada dalam rumah.

Atau pejabat.

Atau di taska dan tadika.

.

Yeke?

.

Cuba anda perhatikan.

Bila seorang ahli keluarga yang dijangkiti demam dan selsema, akan disusuli pula dengan ahli keluarga yang lain.

Begitu juga halnya di taska, tadika mahupun di pejabat.

Masalah seperti selalu bersin-bersin, hidung berair, semput, ekzema masih dan kerap berlaku walaupun berada di dalam rumah.

Ianya lebih membimbangkan apabila melibatkan anak kecil dan warga emas.

Cukup merisaukan ibu-ibu apabila anak-anak kerap terkena selsema, batuk, semput, gatal-gatal kulit dan sebagainya.

.

(Walaupun untuk orang dewasa juga tidak kurang hebat sehingga melemahkan seluruh badan).

.

Bukankah semua ini masih berlaku di dalam rumah?

Saya pasti anda lakukan semua itu untuk kebaikan mereka juga tidak dibenarkan keluar rumah.

.

Tetapi, apa punca semua ini semua masih berlaku di dalam rumah?

Kebanyakan masa terutamanya yang hidup di bandar, kita tidak mempunyai banyak pilihan tentang bagaimana keadaan sekeliling rumah kita.

Mungkin rumah kita tinggi, bahaya.

Mungkin rumah berhampiran kawasan pembinaan, berhabuk.

Mungkin juga berhampiran jalan raya, asap kenderaan tidak sihat.

Jerebu.

Yang memelihara haiwan peliharaan, ditambah pula dengan kesan bulu-bulu yang berterbangan dan ada di mana-mana sahaja.

Dan sebagainya.

Tidak kurang juga bagi mereka yang hidup di kawasan luar badan yang terkesan dengan pembangunan di kawasan sekitar.

Akhirnya, kita lebih memilih untuk menutup semua pintu di tingkap untuk tujuan keselamatan dan keselesaan.

.

Walaupun begitu, habuk, dan segala debu masih terasa kehadirannya di dalam rumah.

Apa yang terjadi sebeanrnya adalah, udara yang berhabuk, berdebu dan kotor tersebut terperuk di dalam rumah tanpa aliran keluar masuk yang bagus.

Udara tidak diganti dengan baik dan dihela berulang kali oleh kita sebagai penghuni.

Dari situlah puncanya demam, selsema berjangkit.

Alahan, asma, ekzema yang kerap berulang.

.

Dan yang membuatkan menjadi lebih stress apabila ibu bapa tidak cukup tidur kerana terpaksa berjaga malam melayan kerenah anak-anak yang meragam.

Dan masih perlu bekerja esok harinya.

Kualiti kerja boleh terganggu apabila terpaksa mengambil cuti yang kerap apabila anak-anak sakit dan tidak dapat ke sekolah atau yang terpaksa dimasukkan ke dalam hospital.

Semangat untuk menerima tetamu juga menjadi kurang.

Tidak begitu?

.

Bagaimana Penapis Udara Membantu?

1. Menjadikan Rumah Lebih Segar

Salah satu faedah pembersih udara yang paling ketara adalah mereka boleh membantu menghilangkan bau-bauan di dalam rumah anda.

Termasuklah bau dari masakan, rokok, bau disebabkan haiwan peliharaan, kulat, sampah dan sebagianya.

Begitu juga bau semburan minyak wangi.

Jadi, elakkan menyembur minyak wangi berhampiran penapis udara anda.

.

Perlu diingatkan, penapis udara yang boleh menghilangkan bau dan membuatkan rumah anda segar dan bersih adalah adalah penapis udara yang disertai dengan Activated Carbon Filter.

.

2. Mengeluarkan Penyebab Allergi dan Alahan dari Ruang Anda

Tidak kira berapa kerap atau berapa kuat anda membersihkan dan mencuci rumah anda, realitinya ialah bahan penyebab allergi ini mungkin masih berkeliaran di dalam rumah anda.

Ini kerana penyebab alahan ini datang dari segala macam perkara setiap hari.

Termasuklah debu-debu halus dari kenderaan di luar, asap pembakaran, debu dari haiwan peliharaan, debunga dan kuman-kuman lain yang datang setiap hari.

Melainkan bahan pencemar ini ditapis keluar dari rumah anda, ia akan terus kekal berada di dalam ruang anda.

Menggunakan penapis udara merupakan salah satu cara terbaik untuk menghilangkan punca-punca allergi ini.

Dengan menggunakan penapis udara, segala kuman bakteria dan debu yang bersaiz mikroskopik ini akan ditapis dari udara pernafasan anda.

Udara yang jauh lebih bersih ini membawa kepada kurangnya serangan alahan dan semput.

Dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.

Kuncinya adalah memastikan penapis udara yang anda pilih mempunyai penapis HEPA.

Penapis HEPA adalah pilihan yang terbaik masa kini dan paling bagus untuk mengeluarkan segala debu dan kotoran pencetus allergi.

.

3. Mengurangkan Serangan Asma

Jika anda mempunyai asma, anda sendiri tahu bagaimana udara kotor berdebu, berhabuk ini memberi kesan kepada kesejahteraan hidup anda.

Sekiranya banyak debu-debu ini di dalam udara sedutan anda, maka paru-paru anda akan bertindakbalas.

Anda akan mengalami kesesakan di dada, kesukaran bernafas, dan paling dirisaukan adalah serangan asma.

Dengan menggunakan penapis udara di rumah anda dapat membantu mengurangkan serangan asma anda apabila udara lebih bersih.

Dan pencetus asam ini telah jauh telah berkurangan, anda tidak akan diserang asma dengan kerap lagi.

Tidur juga lebih lena.

.

4. Kurangkan Pengumpulan Debu

Tidak kira berapa baik atau berapa kerap anda membersihkan rumah anda, habuk akan sentiasa terkumpul.

Walaupun rumah kebanyakan masa tertutup.

Ironinya, terdapat terlalu banyak perkara di luar sana yang menyebabkan habuk terkumpul.

Oleh itu, jika anda ingin membersih dengan lebih kurang dan habuk juga krang, penapis udara dapat membantu.

Penapis udara akan memrangkap zarah-zarah debu yang banyak berlegar di udara ini yang seterusnya mengurangkan jumlah habu yang menetap di perabot anda di sekitar rumah.

Bagi ramai orang, ini adalah masalah yang besar dan memberikan sebab yang cukup untuk mendapatkan penapis udara di rumah.

.

5. Mencegah Penyebaran Kuman

Penyebaran demam dan selsema kelihatan seperti bertambah buruk dari tahun ke tahu.

Berita baiknya, penapis udara dapat membantu melindungi anda sekeluarga daripada dijangkiti kuman dan bakteria ini.

Mempunyai penapis udara yang dapat menghapuskan bakteris dan virus adalah pelaburan yang hebat untuk isi rumah dan keluarga.

Bukan sahaja dapat membantu memelihara kesihatan keluarga, malah menjimatkan kos perubatan apabila tidak perlu ke klinik dan hospital.

.

6. Mengurangkan Kulat dan Kulapuk

Malangnya, kulat dan kulapuk mungkin berada di mana-mana terutamanya di dalam cuaca yang lembap.

Sesetengah orang mempunyai sensitiviti yang teruk terhadap spora-spora kulat ini.

Seperti mereka yang alah kepada habuk dan debu, kehadiran kulat ini akan memberi reaksi yang negatif serta-merta.

Manakala yang lain pula, hanya akan merasa kehadiran selepas beberapa lama.

Salah satu ciri penapis udara terbaik adalah yang dapat memerangkap spora-spora kulat ini dari udara anda dan menyelamatkan hidung dan paru-paru anda daripada terganggu.

Pilihan yang terbaik adalah penapis udara yang dilengkapi dengan penapis HEPA bagi memerangkap kulat dan kulapuk yang halus ini.

.

7. Memastikan Anda dan Haiwan Peliharaan Anda Sihat

Kebanyakan masa, meraka yang memilih untuk mendapatkan penapis udara adaah untuk memastikan ahli keluarga terutamanya anak-anak dan ibu bapa dalam keadaan sihat.

Di dalam masa yang sama, penapis udara juga dapat membantu menjaga kesihatan kucing.

Samada untuk kucing yang sakit, demam, selsema.

Malah membantu anda dalam menjaga kucing yang diserang FIP, sporo dan sebagainya yang mudah tersebar melalui udara.

Penapis udara bukan sahaja dapat menyedut bulu-bulu ucing yang menyebabka anda mengalami alahan dan ketidakselesaan, tetapi ia juga dapat melindungi haiwan peliharaan anda daripada kesan negatif bernafas di dalam udara tercemar.

Oleh kerana haiwan peliharaan anda mempunyai organ pernafasan yang lebih kecil, mereka mungkin lebih mudah terdedah kepada toksin di rumah anda.

Tambahan pula, haiwan cenderung menghabiskan sebahagian besar masa mereka lebih dekat ke lantai di mana debu, bakteria, dan bahan pencemar berbahaya yang lain terkumpul.

.

8. Menyedut Asap Rokok dan Bau Rokok

Adakah anda seorang perokok atau anda tinggal dengan seseorang yang merokok?

Jika ya, salah satu kelebihan penapis udara yang terbesar untuk anda adalah ia dapat mengurangkan secara drastik kesan asap dan bau rokok yang sering tersebar di dalam rumah.

Walaubagaimanapun, tidak semua penapis yang dapat menjalankan tugas ini dengan baik.

Untuk memastikan anda mendapat kesan terbaik untuk keperluan ini, pastikan penapis udara yang anda pilih tersebut mempunyai HEPA Filter dan Activated Carbon Filter.

Gabungan penapis ini akan memberikan anda kesan hilang bau dan asap yang terbaik.

.

9. Membantu Anda Tidur Lebih Baik

Mengapa mahu menggunaan penapis udara di dalam bilik tidur anda?

Kerana ia dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lena sepanjang malam.

Penapis udara yang bagus akan menapis dan mengeluarkan bahan-bahan pencemar pencetus alahan dan asma yang boleh masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan anda, anak kecil, atau ibu bapa yang sakit terjaga dan bangun pada waktu malam.

Sekiranya anda mengalami kesukaran tidur, penapis udara mungkin yang anda perlukan untuk mendapatkan tidur tanpa gangguan tersebut.

Malah, anda juga tidak lagi stress terpaksa berjaga malam dan melayan kerenah anak kecil yang terkena serangan alahan.

.

10. Melindungi Bayi Baru Lahir dan Membantu Mengekalkan Udara Segar untuk Bayi Anda

Selepas bayi dilahirkan, kualiti udara di dalam rumah anda masih penting seperti semasa anda mengandung.

Beberapa tahun pertama selepas bayi dilahirkan, kanak-kanak terdedah kepada banyak perkara yang boleh memberi kesan kepada kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Menggunakan penapis udara di ruang bayi anda boleh memastikan udara bersh dari bahan pencemar dan menggalakkan kesihatan yang baik untuk anak-anak anda.

Begitu juga mengurangkan risiko bayi anda menghidap demam, selsema dan hidung tersumbat.

.

10. Meningkatkan Kualiti Hidup Warga Emas

Apabila usia semakin meningkat, badan kita tidak berfungsi secekap waktu usia muda kita.

Kesan daripada terkena demam selsema yang biasa sahaja lebih terasa bagi mereka yang lebih tua dan warga emas.

Mereka lebih mudah terkena serangan kuman dan bakteria ini dan dari pencemaran udara.

Tidak hairanlah penapis udara dapat memberi faedah yang besar buat mereka yang berusia.

Bukan sahaja dpat memastikan udara di sekeliling mereka dalam keadaan baik.

Malah, dapat membantu memelihara kesihatan yang lebih baik dengan mengurangkan risiko terkena jangkitan bakteria dan kuman.

.

Why This and Not That?

Seperti membeli kereta, handphone, atau peralatan lain, sudah pasti kita mahukan yang terbaik dan sesuai dengan keperluan kita.

Bercakap mengenai penapis udara di Malaysia, antara nama yang sering meniti bibir kebanyakan rakyat Malaysia adalah jenama Coway dan Cuckoo.

Mungkin kerana modus operandi perniagaan yang hampir sama membuatkan nama kedua-dua jenama ini sering disebut-sebut.

Jadi, mengapa pilih yang ini dan bukan sebaliknya.

Sebenarnya, banyak lagi penapis udara yang ada di Malaysia selain dari 2 jenama tersebut.

Malah, nama-nama ini juga gah dan bertaraf antarabangsa.

Bukan setakat dikenali di dalam Malaysia sahaja, malah banyak negara lain lagi.

Contohnya seperti, Sharp, Panasonic, Blueair, dan sebagainya.

Jadi, apa yang membezakan mereka?

Dari segi harga sudah pasti berbeza.

In the same time, the quality offered also varies, depends on our needs.

Yes, these air purifiers varies dari segi jenis penapis yang ada di dalam penapis udara itu sendiri sesuai dengan keperluan masing.

Ada yang untuk keperluan lebih ringan dan ada untuk keperluan yang lebih berat.

Pemilihan yang sesuai juga bergantung kepada keperluan kita samada untuk penjagaan kesihata secara umum atau untuk keperluan yang lebih berat.

.

Termasuklah yang mempunyai haiwan peliharan, masalah habuk kenderaan, habuk dari kawasan oembinaan sekeliling, dan tidak kurang juga yang ada masalah asma, alahan ataupun resdung, ataupun yang mempunyai perokok.

Mengapa saya katakan ini berat?

Kerana habuk sentiasa dalam kuantiti yang banyak boleh berada di dalam rumah.

Oleh kerana kita nak pastikan ahli keluarga, anak-anak tidak lagi selalu terkena serangan alahan dan semput-semput, udara tidak sihat sahaja rasa dalam rumah dengan habuk, debu, asap rokok, dan segala macam bulu, perlulah guna yang sesuai dengan keperluan.

So, we cannot run away from looking this on the technical side.

Juuust a little.

.

Kenapa Coway dan bukan yang Lain?

Terdapat pelbagai pilihan penapis udara yang berada di pasaran.

Tidak kurang hebat juga kebaikannya untuk pengguna.

However, one the BEST choice in Malaysia would be Coway air purifier.

Terkenal Seantara Dunia

Dengan kemampuan memerangkap zarah-zarah halus dan meningkatkan kualiti udara di kawasan tertutup, ianya sudah banyak membantu mewujudkan suasana udara yang bersih dan nyaman kepada beratus ribu pengguna di dalam Malaysia.

Penapis udara Coway bukan sahaja telah berkhidmat kepada pengguna-pengguna Malaysia, malah berjuta pengguna di seluruh dunia.

.

Tahukah anda Coway bukan sahaja menjadi pilihan nombor satu penapis air dan penapis udara di Korea.

Malah ianya terkenal di lebih 40 buah negara.

Termasuklah di Amerika Syarikat, negara-negara Eropah, Australia, dan United Kingdom.

Begitu juga negara Middle East seperti Saudi Arabia, the United Arab Emirates, Qatar, Iran and Iraq.

Tidak kurang juga negara-negara Asia seperti Thailand, China, Indonesia dan Malaysia.

.

Kualiti Diiktiraf dalam dan Luar Negara

Penapis udara Coway telah mendapat pengiktirafan tahap kualiti yang bagus dari segi kecekapan menapis, malah dari segi kecekapan penggunaan tenaga elektrik.

Produk Coway bukan sahaja dari dalam negara, malah telah diiktiraf di luar negara.

.

AHAM Verified

Penapis udara Coway mempunyai Clean Air Delivery rate yang tinggi.

Bermaksud ianya lebih pantas membersihkan udara anda

 

HEPA FILTER

Hepa Filter atau High Efficiency particulate air adalah antara teknologi terbaik masa kini untuk membersihkan udara dari kotoran, kuman, dan bakteria.

Setiap penapis udara yang berkualiti pasti mempunyai penapis HEPA ini.

Fungsi HEPA filter adalah untuk menapis debunga, zarah-zarah halus, hama, kulat dan juga asap rokok dan bau masakan dari ruang udara anda.

Hama pula yang terdapat di udara berpunca daripada kati, sofa, tilam, dan juga haiwan peliharaan dapat ditapis menggunakan penapis udara.

Kerana HEPA filter mempunyai liang-liang/jaringan tapisan yang sangat halus dan dapat memerangkap bendasing yang halus terebut.

 

RBD PLASMA FILTER

Model Lombok II mempunyai RBD Plasma Filter dan sistem tapisan yang menjana ion-ion bercas yang memerangkap zarah-zarah halus bawaan udara dan membersihkan lembapan dan kuman-kuman seperti Aspergillus, Nigermand dan E.Coli.

Ia juga menguraikan gas-gas merbahaya seperti formaldehid.

Di dalam masa yang sama juga, ia dapat menyahaktfikan bakteria, kuman dan virus penyebab sakit bagi memastikan anda sekeluarga tidak menjangkiti antara satu sama lain.

RBD Plasma Filter ini spesifik untuk kegunaan tersebut kerana bakteria, kuman dan virus tidak dapat ditapis oleh penapis biasa kerana saiznya sangat-sangat kecil.

 

Kualiti Servis yang Terbaik

Kualiti servis yang diberikan oleh Coway juga terbaik.

Penapis udara akan diservis setiap 2 bulan bagi memastikan penapis udara bekerja secara optimum untuk jangka masa pendek dan jangkan masa panjang dalam menjaga kesihatan anda.

Sebabnya, jika penapis tersebut sudah dipenuhi habuk, mungkin akan jadi kurang effisyen.

Kereta yang diservis dengan baik akan memberikan perjalanan yang tenang untuk anda.

Begitu juga halnya dengan air purifier.

Menggunakan air purifier itu mudah seperti menggunakan kenderaan.

Tetapi, yang memastikan ianya sentiasa bergerak lancar untuk adalah pada servis berkala.

.

Service team yang dikenali sebagai Coway Lady juga semuanya ramah dan tahu buat kerja mereka baik dan effisyen.

Setiap 4 bulan Coway akan menukar filter yang baru bagi penapis udara Coway anda.

Anda tidak perlu lagi pening kepala mengenai bila perlu untuk filter baru kerana Coway telah memikirkan semuanya untuk anda dan saya.

Jadi, kita ada labih banyak masa dengan ahli keluarga (dan kucing kesayangan  😉 ).

 

Air Quality Indicator – Penunjuk Kualiti Udara

Penapis udara Coway mempunyai fungsi untuk mengesan kualiti udara di dalam rumah.

Apa cara yang paling mudah selain menggunakan kod warna.

Jika udara di dalam rumah dalam keadaan teruk, ia akan berubah kepada warna merah.

Apabila udara dalam rumah sudah dibersihkan dan berada pada tahap yang bagus, ia akan berubah kepada warna biru.

Jadi, anda boleh tahu bagaimana udara anda setiap masa.

 

Kelebihan Memasang Penapis Udara Coway

  • Penapisan habuk dan bulu; mereka yang alah kepada habuk dan bulu kucing akan semakin kurang bersin atau gatal-gatal
  • Kualiti udara lebih baik; sangat sesuai untuk anda atau anak-anak yang mengalami masalah pernafasan seperti asma
  • Penapisan asap rokok, jerebu, gas-gas, virus, kuman, bakteria; mengelakkan masalah kesihatan jangka pendek dan penjang.
  • Penapisan dan peneutralan bau yang tidak menyenangkan; anda boleh bernafas dengan lebih selesa.
  • Lampu indikator yang menunjukkan tahap kualiti udara; anda boleh tahu tahap kualiti udara semasa
  • Anda boleh mendapatkan udara yang segar dan selamat walaupun untuk ruang yang tertutup dengan pengaliran udara yang tidak baik.
  • Tiada atau kurang masalah bersin pada waktu pagi.
  • Masalah penyakit demam atau batuk berjangkit seisi rumah dapat dikurangkan. Anda tidak perlu lagi berkongsi penyakit.
  • Bau masakan tidak lagi mengganggu untuk jangkamasa lama.

 

Adakah Penapis Udara Coway Penapis Udara Terbaik?

Teknologi penapis udara sentiasa berkembang dari masa ke semasa seperti juga teknologi yang lain.

Ruang penambahbaikan itu masih luas.

Namun begitu, teknologi penapis HEPA telah dipersetujui oleh pakar-pakar di luar sana sebagai teknologi terbaik masa kini untuk menapis udara dari kotoran, kuman, dan bakteria.

Tidak dinafikan, menggunakan penapis udara Coway adalah satu pilihan yang bijak dengan kualiti dan servis bertaraf antarabangsa pada harga mampu milik.

Penapis udara dan penapis air Coway merupakan jenama yang dipercayai oleh berpuluh negara termasuklah penduduk negara kita Malaysia.

 

Apa Kata Mereka yang Menggunakan Penapis Udara Coway?

Penapis udara coway asma alahan

 

Penapis udara coway untuk alahan

 

Penapis udara coway testimoni 2

Penapis udara coway untuk kucing

Penapis udara coway testimoni bulu kucing

 

Adakah Saya Perlukan Penapis Udara Coway?

Sekarang anda sudah tahu bagaimana penapis udara berfungsi dan bagaimana ia dapat membantu anda.

Pilihan di tangan anda.

Ya, jika:

  • Anda seperti berjuta orang di seluruh dunia yang sering diserang asma, alahan dan masalah pernafasan yang lain – Anda akan merasai perubahan dari segi kelegaan untuk bernafas apabila menggunakan penapis udara.
  • Anda atau ahli keluarga anda mudah jatuh sakit dan diserang jangkitan.
  • Anda mahu sihat di dalam rumah anda sendiri bersama keluarga tercinta – Penapis udara dapat membantu.

Saya pasti anda yang membaca ini sehingga tahap ini sedang mencari apa yang terbaik untuk keluarga anda.

Bagi sesetengah orang seperti saya dan keluarga, penapis udara adalah alat yang bagus untuk membantu menjaga dan memelihara kesihatan sehari-hari.

Ditambah pula dengan bulu-bulu kucing dan debu kenderaan dari jalan besar bersebelahan.

Malah kucing juga mendapat manfaat darinya.

Oleh itu, penggunaan penapis udara Coway di rumah telah membantu dengan sangat baik.

.

Untuk Meraka yang Berminat nak Dapatkannya

Saya  nak beri bonus khas kepada pembaca setia blog Azhani Azhar yang mendapatkan mana-mana Penapis Air atau Penapis Udara Coway daripada Tuan Hafizu Saleh.

Tuan Hafizu Saleh telah berpengalaman selama 3 tahun dan telah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk lebih daripada 200 orang pelanggan yang telah mendapatkan produk Coway.

Promosi FREE GIFT bernilai rm60 ini hanya sah untuk bulan “Januari 2019″ untuk mereka yang mendapatkan mana-mana penapis air atau penapis udara Coway daripada Tuan Hafizu Saleh.

Penapis air Coway Ombak

+

.

Promosi FREE GIFT bernilai rm200 ini hanya sah untuk bulan “Januari 2019” untuk mereka yang mendapatkan combo penapis air dan penapis udara Coway daripada Tuan Hafizu Saleh.

Penapis air Coway Ombak

+

Gift of your choice!

.

Anda pilih FREE GIFT anda sehingga rm200!

Supaya anda dapat apa yang anda perlukan.

Hubungi +60111-3016756 untuk menebus FREE GIFT anda.

.

Dapatkan Penapis Air Coway dan Penapis Udara Coway dengan Hafizu Sekarang!

Jadi, apa tunggu lagi?

Tempah segera untuk miliki penapis udara terbaik ini dan anda boleh nikmati udara yang lebih bersih ketika berada di dalam rumah disamping keluarga tersayang.

Semoga hidup anda menjadi lebih sihat dan bahagia!

 

Hubungi Hafizu Sekarang!

Whatsapp : +6011-39345035

Facebook : Hafizu Salleh

Share on facebook
Share on google

This Post Has 4 Comments

  1. Rumit juga nak memilih penapis air yer. 🙂

  2. rumah saya ada penapis air coway sahaja.

    rumah kalau ada binatang atau bulu binatang memang patut amik produk ni.

    Saya selalu terfikir, alat ni fungsinya “sedut udara” betul x. macam mana nak sedut bulu yang jauh yang berada di lantai, bukan semua bulu terbang dan dekat dengan penyedut ni, boleh jelaskan x, sebab x faham logik penggunaan alat macam ni

  3. Bagus juga ni penapis ini bukan sahaja boleh tapis bulu kucing tapi yang penting juga habuk-habuk dalam rumah kita

Leave a Reply

AzhaniAzhar

hi, assalamualaikum

For any enquiries, kindly email to hi@azhaniazhar.com
or contact us at +60111-3016756