Neutering, Penjagaan Kucing

Penjagaan Kucing Selepas Dimandulkan 14 Hari Pertama

PENJAGAAN KUCING SELEPAS DIMANDULKAN 14 HARI PERTAMA. Salah satu perkara penting perlu dilakukan adalah puasakan kucing pada malam sebelum hari akan dimandulkan, tidak kira kucing jantan mahupun betina. Selepas dimandulkan pula, penjagaan sewajarnya juga perlu diketahui dan diambil berat.

Mengapa penting penjagaan selepas pemandulan ini?

Proses pemandulan ini melibatkan proses pembedahan dilakukan ke atas kucing. Seperti juga pembedahan ke atas manusia perlu penjagaan serba-serbi untuk memastikan tempat jahitan sembuh dengan cepat dan bebas dari terkena jangkitan kuman, seperti itu juga penjagaan ke atas kucing selepas pemandulan.

Di antara kucing jantan dan kucing betina, proses pemandulan kucing betina lebih komleks. Pembedahan pemandulan kucing betina termasuk dalam kategori pembedahan major kerana sedikit bukaan perlu dilakukan untuk mngeluarkan ovari di dalam, yang kemudian akan dijahit semula.

Luka jahitan perlu dijaga dengan baik supaya tidak terbuka atau terkena jangkitan kuman.

Sebahagian kliik veterinar membenarkan anda mengambil kucing pada hari yang sama selepas dimandulkan. Ada yang lain pula, dibenarkan discharge keesokan harinya. Namun begitu, anda juga boleh pilih untuk meletakkan kucing di bawah pemantauan doktor selama beberapa hari dengan cas tambahan.

Penjagaan Kucing Selepas Dimandulkan 14 Hari Pertama

Penjagaan kucing selepas dimandulkan adalah mudah dilakukan di rumah sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.

1. Letakkan di dalam Sangkar

Pulang dari klinik, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah meletakkan kucing anda di dalam sangkar. Sediakan sangkar yang bersih dan selesa kerana kucing anda akan menetap di dalam sangkar tersebut selama seminggu sehingga 2 minggu. Sangkar ini adalah khusus untuk kucing yang dimandulkan dan tidak berkongsi dengan kucing lain. Kebersihan sangkar juga perlu dijaga setiap hari.

Mengurung kucing di dalam sangkar bukanlah untuk menyeksa tetapi untuk kebaikan kucing. Pergerakan kucing perlu dihadkan supaya luka pembedahan cepat sembuh dan mengelakkan risiko jahitan terbuka terutama sekali jika kucing jenis lasak dan suka lari da melompat sana sini. Sekiranya jahitan terbuka, luka perlu dijahit kali kedua menyebabkan kucing sakit dua kali, bertambah stres dan kos perubatan kali kedua buat anda.

Kedudukan sangkar yang baik pula adalah pada kawasan yang gelap, jauh dari bunyi bising, tidak diganggu kucing lain atau kanak-kanak. Kucing akan menjadi lebih tenang dan selesa dengan persekitaran yang aman damai serta mengelakkan kucing bertambah tertekan akibat kesakitan. Kita semasa sakit juga lebih suka suasana yang harmoni dan aman damai untuk berehat bukan.

2. Pemakanan

Dari segi pemakan boleh meneruskan dengan kibbles yang biasa diberikan kecuali doktor mempreskripsikan makanan spesifik mengikut keadaan kucing anda. Selepas pembedahan, sesetengah kucing mungkin tidak berselera pada awalnya kerana kesan sakit selepas pembedahan. Dalam situasi ini, anda boleh cuba memberi makanan yang mempunyai bau yang kuat untuk membangkitkan selera makan kucing.

Sekiranya anda membawa pulang kucing anda pada hari yang sama, kemungkinan kesan pelali masih ada. Jangan berikan kucing makan dahulu ketika kucing mash berada di bawah kesan ubat pelali dan masih mamai. Biarkan kucing anda berehat beberapa jam sehingga ia boleh bangun dan berjalan dengan stabil, barulah boleh diberikan makanan dan minuman untuk kucing.

Sekiranya kucing tidak mahu makan dalam tempoh beberapa jam selepas pembedahan adalah normal. Namun begitu, kucing akan makan dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan. Hari-hari seterusnya, kucing akan berselera seperti biasa. Jika kucing berterusan tidak makan selepas 24 jam, rujuk semula kepada doktor veterinar anda.

3. Tidak Boleh Mandi

Kucing tidak boleh dimandikan dalam temoh 14 hari selepas pemandulan kerana ingin memastikan luka jahitan berada dalam keadaan kering setiap masa. Jika kucing dimandikan, risiko air terkena bahagian luka adalah tinggi. Keadaan yang  lembap memudahkan pembiakan bakteria dan kuman memasuki kawasan luka menyebabkan kerosakan jahitan dan pembentukan nanah.

Walaupun kawasan jahitan kelihatan seperti telah sembuh, mungki pada bahagian luarannya sahaja. Dalamannya masih dalam proses penyembuhan. Jika dimandikan dikuatiri terkasar, menyebabkan luka tebuka atau lembapan masuk ke kawasan tersebut menyebabkan jangkitan.

Luka kucing kebiasaanya akan sembuh dalam masa 10-14 hari jika dijaga dengan baik – kering, bebas kuman, pergerakan minima.

4. Penjagaan Luka

Untuk buat dressing/bersihkan/cuci dengan air pada bahagian luka itu tidak perlu.

Jadi, penjagaan yang bagaimana yang dimaksudkan di sini?

Pejagaan luka yang paling utama adalah dengan memantau/memeriksa kawasan luka jahitan tersebut setiap hari. Pastikan kawasan tersebut kering, bersih, sihat dan tiada tanda-tanda jangkitan (seperti cecair kekuningan atau kehijauan mengalir kaluar dari tempat luka jahitan, bernanah, berbau busuk, luka pecah, dan sebagainya).

Periksa kawasan jahitan paling kurang sekali sehari selama 14 hari dan perhatikan juga sebarang tanda-tanda kemerahan atau bengkak. Jika terdapat tanda-tanda jangkitan pada kawasan luka, segera dapatkan rawatan daripada doktor veterinar anda.

Selain memeriksa kesihatan kawasan luka, anda juga perlu pastikan kucing tidak menjilat bahagian luka tersebut. Kucing akan cenderung untuk menjilat bahagan tersebut dengan kerap kerana tidak selesa. Bukan sahaja menjilat, kucing akan cuba menarik dan memutuskan benang jahitan, boleh menyebabkan luka pecah.

Kena perhati kucing 24 jam pula la?

Andai begitu, dah ramai pemilik di luar sana pengsan gara-gara tidak boleh tidur. Ada beberapa cara yang boleh diambil untuk mengelakkan kucing daripada menjilat luka tersebut. Salah satunya dengan memakaikan kon perawat pada leher kucing. Pemakaian hanya untuk beberapa sahaja dan dapat mengelakkan kesakitan kali kedua jika luka pecah dan terpaksa dijahit semula.

Cara lain pula adalah dengan meletakkan bedak antibakteria. Tekstur bedak itu tidak disukai kucing dan mengelakkan kucing menjilat bahagian luka tersebut. Cara ini dicadangkan oleh salah seorang doktor veterinar saya dan saya menggunakan bedak jenama Aiken semasa memandulkan kucing betina saya.

5. Beri Ubat

Sebahagian doktor veterinar akan mempreskripsikan beberapa jenis ubat seperti ubat tahan sakit, ubat bantu penyembuha, antibiotik dan sebagainya. Tugas anda adalah memberi makan ubat keada kucing mengkut jadual yang ditetapkan oleh doktor anda. Antibiotik pula perlu dihabiskan sama seperti antibiotik yang kita makan.

12 thoughts on “Penjagaan Kucing Selepas Dimandulkan 14 Hari Pertama

    1. Terima kasih diatas info ini..sy baru sahaja mandulkan kucing betina semalam..tp slps 24 jam kucing sy masih kelihatan lemah dan langsung x mengiau..lg membimbangkan dia langsung tak mahu mkn dan minum…sy takut dia akan mati…

      1. jika masih tidak makan boleh rujuk semula pada doktor veterinar..

        kucing biasa akan makan dalam tempoh 24 jam..
        boleh cuba offer makan basah kegemarannya atau makanan yang mempunyai bau yang kuat untuk menarik selera makan..

      2. Sama mcm kucing saya..dia xmau mkn juga..so,sy anta semula ke klinik haiwan tersebut utk lebih terjaga. Skrg kucing awk dah ok tak?

  1. Kucing saya tidak mahu makan lebih dari 24 dari masa pembedahan. Ia ‘hiss’ kat kucing saya yg lagi seekor. Saya pun takut nk check jahitan dia. Mcm mana ni doc? Normal ke kalau dia masih tak mau makan dan hiss je?

    1. saya bukan doktor..

      biasanya kucing akan makana dlm masa 24 jam selepas pembedahan..
      boleh cuba offer makanan basah kegemarannya atau makanan lain yang ada bau yang kuat untuk menarik selera makan..
      jika tidak makan juga boleh rujuk semula pada doktor veterinar..

      kucing tersebut hiss mungkin kerana sakit, atau tak mahu diganggu, atau rasa terancam dengan situasi tersebut..
      untuk masa terdekat cuba asingkan kedua-duanya, letak sangkar di tempat yang lebih sunyi atau jadikan sangkar lebih tertutup dari suasana luar..

  2. Saya baru mandulkan kucing jantan saya hari ini. Ini pengalaman yg baru bagi saya. mmg rasa kasihan tgk dia tapi apa boleh buat sbb tak tahan lagi dengan bau kencing dia merata rata tempat di dalam rumah. Tapi doktor yg memandulkan dia memberitahu kucing saya cuma ada sebiji telur yg dibuang . adakah itu normal ? adakah kucing saya akan kencing sebarang dan adakah kucing masih mencari betina ?
    Terima kasih

  3. Salam , sy nk tnya , sy baru lepas neuter kucing sy hri rabu lepas , dktor ckp luka dia tak dijahit dn cepat baik. Hari2 sy tak skip bagi dia mkn antibiotik & sapu antsptic wash , tapi sy tngok mcm luka dia tebuka , plu ke sy bwk pg vet blik ?

  4. salam..kucing sy betina baru lpas mandulkan..hari ke-3 baru boleh balik…sy tgk luke semua ok kering…sangkar yg ada terlalu kecik..just muat tuk letak dia sahaja…bekas poo n pee dia da xmuat kalau nk letak..mcm mna yer kalau nk tinggalkn kucing dalam sngkar sebab sy pergi kerja..bekas pasir da xboleh letak dalam sangkar sebab sangkar kecik..jika dilepas kan risau memudaratkan luka dia..ada ape2 cadangan tak?? sy risau jika lpas dia akan bermain dan melompat..

  5. salam..nk tanye..kucing baru lepas neuter..2 hari dekat wad..hari ke-3 baru ambil..tgk luke xde pape mslh..just tkot luke dlm dia yg xok lg..kebanyakan semua suruh kurung..tp sy xde sangkar yg besar yg muat skali dekat tmpt poo n pee dia..time nk pergi kerja terpaksa lps kan dia bebas..sebb sangkar xmuat nk letak poo n pee…boleh ke main lepas dia dlm rumah mcm 2 jew..dia indoor je..tp still risau..sbb dia suka melompat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *