Penapis Udara Coway Atasi Masalah Bulu Kucing Merata dan Alahan Kucing

Penapis Udara Coway Atasi Masalah Bulu Kucing Merata dan Alahan Kucing

PENAPIS UDARA COWAY BANTU ATASI MASALAH BULU KUCING MERATA dan ALAHAN KUCING

Membela kucing mungkin tak akan lari jauh daripada dua masalah di atas.

Masalah bulu kucing dan juga masalah alahan kucing yang dihadapi.

Diletakkan di dalam perkataan seperti di atas, kelihatan seperti bukanlah masalah besar.

Apalah sangat yang boleh dilakukan oleh bulu kucing yang kecil itu.

Sehinggalah, rumah yang didiami dipenuhi dengan bulu kucing.
Merata-rata.

Di tengah -tengah lantai.
Di sebelah dinding.

Di sebelah almari.
Di belakang sofa.
Di dinding dan di siling.

Di atas perabot.

Di sana-sini 360 darjah pemandangan seiring dengan pergerakan kucing 360 darjah atas bawah kiri kanan.

Jangan salah faham.

Saya tidak bermaksud perlu mengurung kucing jika pilihan tersebut bukan pilihan yang digemari anda.

Tambahan pula, melihat kucing bergerak aktif ke sana ke mari sangat menghiburkan.

Namun, menghadkan pergerakan kucing ke dalam kawasan yang tertentu bukanlah pilihan yang tidak bagus terutamanya bagi anda atau ahli keluarga yang mempunyai masalah alahan kucing.

Di dalam masa yang sama, perlu diambil keselesaan kucing.

Dan kucing perlukan waktu bermain yang aktif sekurang-kurangnya sejam sehari.

 

Ada Apa dengan Bulu Kucing Merata dan Alahan Kucing ni?

1. Perlu Korbankan Lebih Masa dan Tenaga untuk Kerja-kerja Mengemas 

Bulu kucing yang merata-rata bukan sahaja memerlukan anda untuk melakukan pembersihan yang melibatkan menyapu, mop dan juga vakum kawasan rumah anda.

Setiap hari.

Dengan LEBIH kerap.

Ia mungkin mengambil masa yang lama apabila melibatkan kawasan yang luas.

Permukaan lantai, peruaan perabot, dan kawasan-kawasan sempit lain seperti di celah perabot.

Di dalam banyak situasi, hanya sekali sehari mungkin tidak mencukupi untuk mencapai kualiti udara dan persekitaran yang nyaman untuk anda sekeluarga.

 

2. Lebih Mudah Diserang Alahan sehingga Tidur Waktu Malam Anak dan Ibu Bapa Terganggu

Sebahagian besar pencinta kucing juga alah dengan kucing.

Mungkin juga ahli keluarga lain yang mempunyai alahan kucing.

Kerana bulu haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing adalah salah satu pencetus alahan.

Apalagi membela kucing di dalam rumah.

Mahu tidak mahu, bulu kucing dengan mudah boleh tersebar ke seluruh kawasan rumah.

Kebiasaanya serangan alahan atau semput ini berlaku sebelum waktu tidur, tengah malam dan awal pagi.

Bukan sahaja anak yang tidak selesa tidur malah sering terjaga, malah ibu bapa terpaksa melayan ragam anak di waktu malam.

Kualiti tidur ibu bapa juga boleh terganggu sehingga boleh menjejasan mood dan prestasi di tempat kerja.

Adakah Anda Menghadapi Situasi yang Sama Seperti Saya Ini?

  • Rasa sakit hati melihat bulu kembali berada di merata-rata hanya selepas 5 minit melakukan pembersihan – bulu kucing kembali sepantas bulu disedut mesin hampagas

 

  • Anda penat selepas pulang dari kerja yang terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas sehingga tidak bertenaga untuk melakukan housekeeping terutama mop dan vakum bulu-bulu kucing

 

  • Sibuk menguruskan anak-anak dan tanggungjawab keluarga lain – masa yang terhad untuk menguruskan housekeepng secara menyeluruh walaupun anda tahu itu yang terbaik

 

  • Tiada masa untuk melakukan pembersihan berkali-kali setiap hari bagi memastikan keluarga anda dipelihara daripada infestasi bulu kucing dan juga meyebabkan alahan terjadi – tetapi mahukan rumah yang bersih dan selesa untuk keluarga dan tetamu yang berkunjung

 

  • Anak anda atau pasangan sering mengalami sesak nafas, hidung berair, bersin, batuk-batuk, dan semput akibat terdedah dengan kucing anda walauun usaha anda menjaga persekitaran dan menghadkan kedudukan kucing

 

  • Tidur malam sering terganggu akibat semput di tengah-tengah malam – terpaksa melayan kerenah anak yang tidak selesa dengan keadaan tersebut sehingga anda juga kepenatan di waktu pagi

Saya Merasa Tertekan, Tidur Terganggu dan Terasa seperti Usaha Membersihkan Rumah Sia-sia

Itulah yang saya juga terpaksa hadapi suatu ketika dahulu.

Tetapi,

Tunggu dulu!

Tarik nafas anda dan baca selanjutnya.

Secara semulajadi, bulu kucing akan gugur setiap hari sama seperti manusia.

Selain itu, sel kulit mati kita juga gugur setiap hari.

Tak nampak?

Kerana saiznya jah lebih kecil dari rambut mahupun bulu.

Secara umunya, tidak dapat dilihat dengn pandangan mata kasar.

Apabila kucing bermain dan melompat ke sana sini terutamanya berdua-dua atau bertiga-tigaan (LOL), lebih banyak bulu dan sel kulit mati ini akan gugur.

Seperti manusia, kucing akan bergerak ke sana ke mari membawa bulu dan sel kulit matinya ke mana sahaja.

Oleh kerana itu, selepas 5 minit anda menyapu, mop atau vakum kawasan rumah anda, mereka semua ini kembali ke udara. 

Boleh sahaja semua bulu dan sel kulit mati itu melekat pada anda dan anda melepaskannya di ruangan lain atau ahli keluarga lain.

Adakah anda rasa putus asa dengan usaha anda itu?

Sebenarnya ianya usaha yang sangat bagus.

Mahukan rumah yang sentiasa bersih dan ahli keluarga yang sihat setiap masa adalah normal dan pilihan yang bagus.

Namun, untuk kesan maksima yang anda impikan, perlukan sedikit bantuan daripada Penapis Udara Coway.

Kerana anda mahukan hidup anda sekeluarga lebih tenteram, menghilangkan stress dengan mahukan tidur yang lena setiap malam itu.

Di dalam masa yang sama, akhirnya mempunyai lebih masa untuk urusan lain yang lebih penting dan lebih bermakna. 

Malah boleh menjimatkan ribuan ringgit jika tidak, ratusan ringgit wang setiap bulan terutamanya yang berkaitan dengan bil perubatan, ubat-ubatan, kos penginapan di hospital serta ks ulang alik ke hospital.

 

Penapis Udara Coway Lombok 2 Bantu Atasi Masalah Bulu Kucing Merata dan Alahan Kucing

Lombok 2 penapis udara untuk kucing

 

Manfaat Penapis Udara Coway Lombok 2

Anda Tidak Perlu – habiskan masa berjam setiap hari malah berkali-kali setiap hari untuk housekeeping(vakum, mop dan sebagainya).

Dengan penapis udara Coway, anda akan mempunyai lebih masa untuk berehat dan lebih masa menumpukan perhatian pada anak-anak dan keluarga.

Anda Tidak Perlu – risau dengan kos tidak menentu yang terpaksa dikeluarkan untuk proses penukaran filter atau maintenance yang lain.

Pelaburan yang tetap setiap bulan memudahkan anda untuk menyediakan keperluan yang secukupnya untuk seisi keluarga dan anak-anak

Anda Tidak Perlu – stress dan lesu di waktu pagi kibat gangguan tidur dari ahli keluarga yang menghidap alahan kerana penapis udara Coway akan sentiasa menemani tidur dengan memberikan udara bersih dan segar untuk anda.

Anda lebih bertenaga, ceria dan berseri-seri di waktu pagi dengan tidur yang berkualiti.

Anda Tidak Perlu – berkejar ke hospital dan klinik hampir setiap hari (yang mungkin berlaku bila-bila masa sahaja) dan habis beribu ringgit anda setiap bulan untuk kos perubatan serta kos yang berkaitan.

Koa perubatan sudah jauh berkurangan dari sebelumnya dan anda lebih masa dan wang untuk membawa anak-anak dan pasangan pergi bercuti dan makan angin di tempat-tempat yang menarik itu.

Anda Tidak Perlu – menyelinap masuk ke dalam pejabat anda untuk mengelakkan bos anda apabila anda terpaksa menagmbil cuti sakit yang banyak sebelum ini.

Kini, bos semakin mempercayai anda dengan reputasi kerja yang kembali meningkat.

hilang/tergugat reputasi kerja anda apabila terpaksa mengambil cuti sehingga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk 

Anda Tidak Perlu – bersusah-payah ke sana ke mari untuk mencari alat gantian dan penapis gantian yang original, tahan lama, dan berkualiti kerana Coway akan menghantarnya ke rumah.

Tiada lagi rungutan leceh atau penat untuk melakukan semua maintenance yang diperlukan kerana Team Coway akan datang dan lakukan semuanya.

 

Penapis Udara Coway Lombok 2 Bantu Atasi Masalah Bulu Kucing Merata dan Alahan Kucing

Breath better with cleaner air

 

Lombok 2 – Kelebihan VS Kekurangan

Kelebihan 

1. Penapis HEPA berkualiti tinggi (HEPA Anti-flu HEPA™ Filter) memerangkap bulu kucing dan habuk lain yang telah disedut tanpa mengembalikannya ke udara

Ada satu kriteria wajib yang perlu ada dalam memilih penapis udara untuk mengatasi masalah bulu kucing merata mahupun alahan kucing.

Penapis udara tersebut perlu mempunyai penapis HEPA.

Pada waktu ini, penggunaan penapis HEPA merupakan pilihan dan teknologi terbaik untuk bantu atasi masalah anda tersebut.

Anda mahu bulu kucing serta sel mati kucing tidak lagi mengganggu hidup anda dan keluarga anda.

Penapis HEPA mempunyai keupayaan untuk menapis bendasing-bendasing tersebut tanpa melepaskannya semula ke udara terutamanya yang saiznya sangat halus

Bendasing termasuklah bulu kucing yang berada di persekitaran anda, sel mati yang menjadi pencetus alahan, habuk, debu, debunga, kulat, dan hama.

Dengan bantuan penapis udara, kehidupan yang lebih aman dan sihat boleh dikecapi secara berterusan.

Berita baiknya, rangkaian penapis udara Coway dilengkapi dengan penapis HEPA.

Antara keistimewaan penapis HEPA yang terdapat di dalam peapis udara Coway adalah keupayaannya untuk memerangkap sehingga 99.97% bulu dan habuk lain yang telah disedut tanpa mengembalikannya ke udara

Lombok 2 dilengkapi Anti-flu HEPA™ Filter bantu atasi masalah bulu kucing merata dan alahan kucing

 

Lombok 2 memerangkap bulu kucing habuk debu

 

Apa itu Penapis HEPA?

** HEPA = High-efficiency Particulate Air

Nama orang putih, nampak macam power.

Pada waktu ini, penggunaan penapis HEPA merupakan pilihan dan teknologi terbaik untuk mengatasi masalah bulu kucing merata dan alahan kucing ini.

Penapis udara yang bagus untuk bantu anda mengawal alahan dan infestasi bulu kucing ini perlukan Penapis HEPA.

Mesti ada Penapis HEPA.

Dah jatuh wajib untuk ada Penapis HEPA.

(buat masa sekarang ini begitulah mazhab dan teknologinya)

Andai penapis udara tersebut tiada penapis HEPA, pada pandangan saya tidak sesuai penapis udara tersebut untuk situasi anda yang membela kucing dan di dalam masa yang sama menghidap asma dan alahan.

Sesuai samada yang mempunyai kucing peliharaan di dalam rumah, yang mempunyai masalah alahan, asma atau semput, masalah pernafasan, batuk-batuk dan selsema yang kerap.

Penapis udara coway asma alahan

Tidak kurang juga kepentingannya bagi yang mempunya ahli keluarga yang merokok di dalam rumah.

Penapis udara HEPA berperanan menapis debu-debu yang sangat halus penyebab alahan.

Lombok 2 dilengkapi Anti-flu HEPA™ Filter bantu atasi masalah bulu kucing merata dan alahan kucing

 

lombok 2 bantu aasi masalah bulu kucing merata dan alahan kucing

2. Kurangkan Bulu Kucing Pada Sofa, Karpet, Langsir dan Pakaian

Penapis udara Coway juga dapat membantu untuk mengurangkan bulu yang melekat pada fabrik dan lantai di rumah kita.

Ini kerana penapis udara Coway dapat menyedut bulu-bulu dan habuk-habuk yang berterbangan dalam udara.

Semasa anda menggunakan penapis udara Coway ini di rumah, ia akan bantu kurangkan bulu-bulu  dari udara rumah.

Kesannya, anda tak perlu bersusah payah untuk vakum sofa, karpet, pakaian dan tak perlu nak sapu lantai terlalu kerap lagi.

Mudahkan kerja seharian anda!

Penapis udara Coway dilengkapi dengan pelbagai mod kelajuan untuk keselesaan anda.

Mod kelajuan termasuklah mod standard, mod senyap dan mod turbo.

Jika udara dalam rumah anda dalam keadaan tidak bagus, anda boleh pilih mod Turbo supaya udara dalam rumah anda berubah menjadi lebh segar dalam masa yang pantas.

Penapis udara coway testimoni bulu kucing

 

Penapis udara coway untuk kucing

 

3. Hapuskan “Bau Kucing” yang Berlegar di Udara Sekaligus Menjadikan Udara Lebih Segar

Salah satu isu lain yang sering dihadapi oleh peminat kucing mugkin masalah “bau kucing” yang berlegar ke seluruh pelosok ruang.

Tahukah anda, penapis udara Coway Lombok 2 ini dapat membantu untuk mengurangkan bau kucing di dalam ruang udara rumah dengan efektif.

Ini kerana penapis khas digunakan bagi menyerap bau-bauan dari udara.

Supaya udara anda lebih segar dan menyegarkan.

Termasuklah “bau kucing” yang berlegar-legar tersebut, bau bahan kimia yang meruap seperti pencuci lantai, pewangi (jika nak sembur pewangi jauhkan dari penapis udara), serta bau masakan di dapur (sekiranya ditempatkan berhampiran dapur).

Penapis khas apakah?
Activated Carbon Filter.

Sejenis arang.

Arang yang sudah di’upgrade‘.

(Percaya tak, penapis udara pun guna arang. Eh, bukan Coway sahaja.

Hampir kesemua model penapis udara di pasaran Malaysia mahupun luar negara menggunakan Activated Carbon Filter.)

Selain itu, Lombok  2 juga menggunakan Catalsyt filter yang meningkatkan penyingkiran bahan pencemar toksin, rokok dan lain-lain bau yang tidak menyenangkan.

Oleh itu, anda tidak perlu lagi risau dengan bau kucing di dalam rumah.

Pasangan, jiran-jiran, ibu bapa, saudara-mara serta tetamu lain pasti akan merasa lebih bahagia, tenang, dan minda lebih selesa apabila bertandang ke rumah anda selepas ini.

Penapis udara coway bau kucing

 

4. Antibakteria dengan Teknologi RBD Plasma – Menyahaktifkan Bakteria, Kuman dan Virus dari Menyerang Kesihatan Keluarga/Kucing anda

Kelebihan dan keupayaan penapis HEPA memang tidak dapat disangkal lagi.

Banyak bendasing yang dapat ditapis seperti habuk, debu, hama, dan bulu haiwan dari udara rumah.

Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat bahan-bahan merbahaya lain yang tidak dapat ditapis oleh penapis HEPA kerana saiznya yang jauh lebih kecil.

Antaranya termasuklah bau-bauan dan bahan kimia yang meruap ke udara (diatasi dengan penggunaan Activated Carbon Filter).

Selain itu, sebahagian kuman dan bakteria tidak dapat ditapis menggunakan penapis HEPA.

Virus juga begitu.

Apa pula kuman, virus, dan bakteria ini?

Contoh paling mudah adalah demam dan selsema.

Bagi yang menghidap asma dan alahan, kanak-kanak dan warga emas adalah golongan yang paling mudah untuk diangkiti demam dan selsema.

Secara umumnya kita mengetahui ia disebabkan bakteria, kuman atau virus bukan.

Jadi, untuk melindungi anak-anak anda, pasangan, ibu bapa, malah kucing juga daripada semua itu, penapis udara Coway Lombok 2 dilengkapi dengan RBD Plasma.

RBD Plasma inilah yang akan bantu pelihara ahli keluarga (dan kucing) daripada diserang dan menjangkiti antara satu sama lain.

Kerana teknologi RBD Plasma menyahaktif bakteria, kuman dan virus tersebut.

Oleh itu, kita dapat kekal sihat dan boleh dikatakan tidak mudah untuk jatuh sakit lagi sepeerti sebelum ini.

Sekurang-kurangnya pada kami sekeluarga.

Dan khusunya yang menghidap alahan.

Bukankah lebih gembira perasaan, tenaga, masa dan wang ringgit apabila melihat insan tersayang berada dalam keadaan sihat, bertenaga, dan tersenyum sampai ke telinga?

 

6. Servis yang Berkualiti Bantu Pastikan Seisi Keluarga Kekal Sihat Setiap Hari

Salah satu lebihan penapis udara Coway berbanding jenama lain adalah kualiti servis yang ditawarkan.

Kerana tahu anda sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya.

Tetapi, anda tetap mahukan yang terbaik untuk keluarga dari segi kesihatan dan kebahgiaan.

Apa lagi cara yang terbaik dengan memastikan udara yang dibekalkan oleh penapis udara Coway berada di dalam keadaan bagus setiap masa.

Oleh kerna itu, setiap penapis udara akan diselenggara setiap 2 bulan oleh Coway Lady (Coway Servis Team).

Nama popular, CODY.

Dan setiap 4 bulan pihak Coway akan membuat penggantian filter berjadual.

Dari pandangan peribadi, saya berpuas hati dengan kekerapan servis 2 bulan sekali ini.

Kerana setiap hujung 2 bulan tersebut pasti penapis udara tersebut telah penuh diselaputi dengan bulu-bulu dan habuk yang terperangkap.

Oleh kerana servis dilakukan setiap 2 bulan, berasa seperti mendapat penapis udara yang baharu setelah selesai servis.

Servis penapis udara coway

Kadangkala kita tidak perasan sebenarnya banyak habuk, debu dan bulu yang telah ditapis leh penapis udara tersebut sehingga penuh di dalam penapis udara tersebut.

Sedikit sebanyak boleh menggangu kualiti udara bersih yang disedut dan yang dilepaskan.

Oleh itu, untuk yang mempunyai masalah bulu kucing merata dan alahan kucing terutamanya, servis yang lebih kerap adalah lebih bagus bagi memastikan udara dapat dibersihkan dengan optimum.

Seterusnya, memelihara kesihatan sekeluarga.

Penapis udara coway testimoni 2

Tambahan pula, tidak perlu risau lagi mengenai bila nak tukar filter baru, di mana nak dapatkan yang baru di dalam jadual harian anda yang sibuk kerana Team Coway akan selesaikan semua masalah tersebut untuk anda.

Dari segi wang ringgit juga tidak perlu pening risiko kos yang berbeza-beza apabila tiba masa servis dan penukaran filter perlu dilakukan.

Kerana pelaburan yang perlu dikeluarkan adalah secara tetap.

Oleh itu, anda dapat merancang perbelanjaan lain dengan lebih baik dan dapat menggunakan pada perkara lain yang lebih penting.

 

7. Jimat Elektrik

Antara persoalan yang ramai bertanyakan adala berkenaan penggunaan elektrik penapis udara Coway itu sendiri.

Salah satu tips untuk memastikan anda mendapat kesan baik yang maksima dan juga jimat bil elektrik anda adalah dengan memiih penapis udara yang mendapat pengiktirafan Energy Star.

ENERGY STAR Coway

Untuk coerage area yag luas sehingga 50 meter persegi, penapis udara Coway antara salah satu penapis udara yang jimat tenaga dengan hanya menggunakan elektrik sekitar rm10 – rm20.

Berbanding dengan jenama penapis udara yang lain, penapis udara Coway mempunyai coverage area yang lebih besar dengan penggunaan elektrik yang hampir sama.

Memberi banyak penjimatan wang kepada untuk kegunaan lain.

Oleh itu, anda boleh menggunakan penapis udara Coway 24 jam sehari setiap hari tanpa perlu risau kenaikan bil elektrik yang tinggi.

Dengan itu, anda kekal mendapat bekalan udara bersih, keluarga kekal sihat, jarang dijangkiti demam dan selsema, rumah lebih bersih dan anda lebih tenang menerima tetamu sahabat handai dan sanak saudara. 

 

9. Bagaiman dengan standard keselamatan?

 

Barangan elektrik tanpa kelulusan SIRIM ini ibarat bom jangka kerana tidak tahu bila ia menyebabkan litar pintas. Jika peralatan tidak sesuai dengan saluran elektrik rumah, ia boleh menyebabkan fius utama menyekat arus kepada seluruh premis.

 

Memandangkan kepada kesannya berkemungkinan cedera, terbunuh melalui letupan, kebakaran atau kejutan elektrik, pilihan yang lebih bijak adalah dengan mendapatkan barangan elektronik yang mendapat perakuan SIRIM. 

Anda boleh menyemak status SIRIM untuk penapis udara Coway di sini.
(Klik gambar di bawah)

 

10. Anak-anak yang aktif Lebih Selamat dengan Safety Feature auto On/Off

Seperti anda sentiasa mengambil berat mengenai anak kecil anda, kami juga mementingkan keselamatan mereka.

Kanak-kanak memiliki sifat ingin tahu yang tinggi.

Bahagian hadapan Lombok boleh dibuka untuk tujuan servis dan penukaran filter berkala.

Dan berkemungkinan mereka juga mahu melihat bahagian tersebut.

Jangan khuatir kerana penapis udara akan mati/off secara automatik untuk tujuan keselamatan.

 

5. Air Quality Indicator – Penunjuk Kualiti Udara 

Coway Air Quality Indicator

Bagaimana mahu tahu udara di dalam rumah bersih atau sebaliknya setelah menggunakan penapis udara Coway?

Dalam saha untuk memastikan anda mendapat udara bersih tersebut, penapis udara Coway Lombok 2 juga dilengkapi sensor kualiti udara.

Gas sensor dan dust sensor.

Apabila sensor ini mendapati kandungan gas dan debu di udara tinggi, anda juga dapat mengetahuinya apabila lampu pada penapis udara tersebut bertukar warna.

Kebiasaanya, pertama kali selepas penapis udara dipasang di dalam rumah, lampu akan bertukar kepada merah terang menunjukkan kualiti udara tidak sihat.

Tidak hairanlah ada bulu yang merata serta serangan asma dan alahan serta simptom-simptom lain termasuk gatal mata, gatal kulit, hidung berair dan sebagianya.

Namun, selepas beberapa lama, warna tersebut akan bertukar kepada biru menunjukkan kualiti udara yang baik.

 

Kekurangan

 

1. Agak berat untuk wanita.

Kerana beratnya adalah sekitar 12 kg, ianya agak berat bagi wanita (saya salah seorangnya yang rasa boleh tahan berat) untuk mengalihkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Walaupun begitu, saya masih boleh dialihkan di dalam satu aras rumah yang sama walaupun tidak mempunyai tayar/roller di bahagian bawah kerana ia mempunyai satu ruangan khas yang membolehkan kita grab dan angkat penapis udara tersebut.

Mengambil sedikit masa untuk mengalih.

Tetapi, saya tidak akan lakukan setiap hari, ataupun setiap minggu kerana saya bukanlah peminat besar di dalam bidang body builder ini.

Bagi lelaki pula mungkin tidak menjadi masalah besar untuk melakukannya.

Mungkin hanya seperti mengangkat bantal?

 

 

2. Bukan hampagas

Ramai yang beranggapan penapis udara boleh mendut habuk dan bulu yang berada pada karpet dan sofa.

Penapis udara fungsinya adalah untuk menyedut dan menapis bahan-bahan kotoran seprti debu, habuk, bulu, hama dan sebagainya yang berada di udara. 

Sekiranya ia telah jatuh ke lantai, karpet atau sofa ia tidak akan disedut oleh penapis udara kecuali apabila debu-debu tersebut kembali terbang ke udara.

Anda masih perlu untuk melakukan pembersihan menggunakan vakum atau mop seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Namun begitu, kerja-kerja pembersihan tidak perlu dilakukan setiap hari kerana kebanyakan habuk, debu, dan bulu itu sudah disedut oleh penapis udara Coway.

Dapat disimpulkan, perabot sekitar kawasan penapis udara lebih lambat untuk berhabuk atau kotor semula.

Oleh kerana itu, anda dapat fokus pada perkara lain yang lebih penting seperti menghabiskan masa untuk keluarga atau mendapatkan rehat yang anda mahukan itu.

Dengan udara lebih bersih dan segar, bulu kucing juga berkurangan, mata tidak lagi berair dan serangan alahan atau asma sudah jauh berkurangan.

 

Pujian Saya Terhadap Penapis Udara Coway

Secara peribadi, saya amat berpuas hati menggunakan penapis udara Coway kerana banyak penambahbaikan di dalam kualiti kesihatan dirasai.

Bulu kucing juga semakin kurang berterbangan di udara malah kawasan sekeliling juga mengambil masa lebih lama untuk kembali berhabuk semula selepas proses pembersihan.

Mungkin secara kasar kita tidak dapat melihat kotor atau bersih keadaan udara kita.

Namun begitu, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan tahap kebersihan udara yang lemah terutama di dalam rumah sendiri.

Antaranya termasuklah semput yang berlanjutan, gatal-gatal kulit, mata dan hidng berair, sering demam dan selsema dan sebagainya.

Namun, semuanya sudah jauh lebih baik.

Serangan asma atau alahan yang kerap berlaku sebelum ini sudah jauh terkawal dan jarang berlaku melainkan tidak mengawal makanan, kurang minum air atau terlalu kurang bersenam.

Sekiranya sebelum ini sering terganggu waktu tidur kerana kesesakan nafas yang teruk, kini sudah boleh tidur dengan nyenyak dan selesa.

Demam dan selsema juga sudah jarang dijangkiti yang sebelum ini sering terjadi apabila berlaku perubahan cuaca yang mendadak panas dan sejuk.

Dan sudah kurang berjangkit selsema dan demam dari ahli keluarga yang lain.

Kini sudah jauh lebih baik.

Tiada lagi bersin yang bertubi-tubi terutama di tengah malam dan awal pagi.

Saya merasakan ianya pelaburan yang berbaloi dan lebih menjimatkan berbanding tenaga, masa dan wang ringgit yang perlu dikeluarkan untuk ubat-ubatan, stress, ketidakselaan satu badan, ketidakselesaan tetamu dan mungkin memberi impak negatif di tempat kerja.

Apabila kita lebih sihat, lebih banyak perkara penting yang lain boleh diberi perhatian dan fokus.

Penapis udara coway untuk alahan

 

Kesimpulan Saya Untuk Mereka Yang Berminat Nak Dapatkannya

Dapatkan penapis udara Coway dari saya, dan bonus-bonus bernilai 3 angka ini akan memudahkan & bantu anda untuk terus kekal segar dan sihat.

Berminat nak dapatkan Penapis Udara Coway Lombok 2?

Jika dapatkan dari saya, bonus-bonus 3 angka ini bukan sahaja sangat bernilai, malah membantu untuk anda betul-betul mencapai kehamonian hidup bersama kucing-kucing anda.

Klik gambar merah di bawah untuk tahu lebih lanjut bagaimana ia dapat bantu anda.

Bonus Coway

Apa pandangan anda dengan panduan ini dan review saya?

Kongsikan dengan kami dengan tulis komen di bawah! 🙂

 

 

 

 

This Post Has 2 Comments

  1. Rumit juga nak memilih penapis air yer. 🙂

Leave a Reply