Fakta Menarik, Penjagaan Kucing

Tips Menjemput Rezeki: Memberi Haiwan Makan

Tips Menjemput Rezeki: Memberi Haiwan Makan. Apabila bercerita bab menjemput rezeki, perkara pertama yang muncul dalam fikiran ramai orang mungkin dari segi wang ringgit. Kadang-kala kita mudah lupa yang rezeki itu bukan hanya datang dari segi wang ringgit sahaja.

Wang ringgit itu penting untuk memenuhi keperluan seharian, samada diri sendiri atau keluarga. Kita juga digalakkan membuat pekerjaan supaya kita dapat membantu ramai orang melalui wang ringgit. Namun, rezeki-rezeki lain yang kita terima juga penting dan perlu berterima kasih.

Dikurniakan kesihatan yang baik juga rezeki, rumah dan isinya dalam keadaan yang baik juga rezeki, tenaga fizikal juga rezeki, dikurniakan anak-anak yang baik juga rezeki, hati yang tenang, kelancaran sesuatu urusan, dan banyak lagi yang boleh senaraikan. Kalau nak senaraikan semuanya sampai tahun depan pun tak habis.

Cara nak menjemput rezeki ini luas ruang lingkupnya. Ada pelbagai cara untuk kita menjemput rezeki masuk. Kerana Allah itu Maha Pemurah, Dia beri kita pelbagai pilihan untuk membuka pintu rezekiNya dan memudahkan hamba-hambaNya.

Menjemput Rezeki dengan Memberi Haiwan Makan

Hari ini kita nak cerita satu sahaja dahulu iaitu menjemput rezeki dengan memberi haiwan makan. Memberi makan haiwan ini termasuk dalam amalan bersedekah, amalan yang menambah pahala dan menambah rezeki.

Saya ingin berkongsi sedikit cerita yang dipetik daripada buku Mudahnya Menjemput Rezeki karangan Ustaz Fathuri Salehuddin.

Ustaz Fathuri mengenali seorang tua yang rutinnya memberi makan kepada burung. Orang tua tersebut membina sebuah taman mini kecil yang cantik di belakang halaman rumahnya. Di taman mini tersebut, orang tua itu membina sebuah pelantar. Pelantar tersebut dijadikan tempat meletakkan makanan untuk burung-burung.  Nama orang tua tersebut ialah Imam Tajuddin atau digelar sebagai pak Imam. Pak Imam memang dah lama menjadi imam iaitu sudah berpuluh tahun.

Ustaz Fathuri pernah bertanya amalan Pak Imam..kata Pak Imam tersebut “Kalau hendak rasa ikhlas bersedekah, berilah makanan kepada binatang, sebab binatang memang tidak akan mampu mengucapkan terima kasih, apatah lagi membalasnya. Hanya Allah yang akan membalasnya”..Itu lah jawapan Pak Imam.

Menurut Ustaz Fathuri, Pak Imam ini mempunyai beberapa impian..namun impiannya semuanya tercapai. Antaranya beliau mempunyai impian memiliki dan membeli rumah sendiri walaupun pendapatannya kecil. Beliau juga ingin mempunyai rumah yang dekat dengan surau. Selain itu beliau mempunyai impian supaya surau dekat dengan rumahnya cantik, selesa dan bersih. Ternyata semua impiannya ini tercapai..

Istimewanya bersedekah dengan cara memberi haiwan makan ialah ia mengajar kita mengenai ikhlas. Ikhlas untuk memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sebab apa, haiwan tidak berkata-kata seperti manusia. Kebiasaanya selepas makan, haiwan akan pergi begitu sahaja kan. Tiada seketul emas yang diberikan sebagai tanda terima kasih malah ucapan terima kasih juga tiada.

Tetapi, tiap kali kita bagi makan, samada kepada kucing peliharaan atau bukan, kita berasa senang sahaja. Lagi mengharapkan mereka makan kenyang-kenyang dan membesar dengan sihat kan. 

Begitulah memberi makan kepada haiwan mengajar erti ikhlas memberi dan bersedekah kerana haiwan memang tidak akan mampu mengucapkan terima kasih, apatah lagi membalasnya. Hanya Allah sahaja yang akan mebalasnya. Ukurannya adalah keikhlasan semasa kita memberi. Sesungguhnya, Dia menjanjikan ganjaran yang besar buat mereka yang memberi dengan ikhlas dan kerana-Nya.

Beruntngnya…

Beruntung kan pelihara kucing ni?

Nak tambah lagi bagus, boleh buat macam cerita Pak Imam di atas. Tanam pokok terutamanya pokok buah-buahan supaya peluang lebih besar untuk bersedekah kepada haiwan. Pokok yang membesar dengan baik dapat memberi peluang kepada burung membuat sarang, juga sumber makanan kepada haiwan lain seperti burung, tupai, dan serangga.

Tanam sekali, manfaat berkali-kali. Buah yang sedap tu pun kita boleh makan juga dalam masa yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *