fbpx

3 Sebab Mengapa Kucing Makan Rumput

Mengapa Kucing Makan Rumput
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

3 SEBAB MENGAPA KUCING MAKAN RUMPUT. 

Telah diketahui bahawa kucing merupakan haiwan pemakan daging dan sistem percernaan mereka juga direka untuk memproses jumlah pengambilan protein yang tinggi.

Tetapi, dari masa ke semasa kucing juga akan memakan rumput.

Jangan terkejut jika anda mendapati kucing anda memakan rumput dengan enaknya, dan mendapati kucing anda muntah pula selepas itu, kerana semuanya adalah normal.

Kucing memakan rumput adalah perkara yang biasa dan kucing memakannya dari masa ke semasa.

Memakan rumput tidak akan membahayakan kucing malah mempunyai kelebihan buat kucing itu sendiri.

Namun, sekiranya anda mempunyai kucing outdoor, anda tidak mahu kucing termakan rumput yang telah terdedah kepada racun.

3 Sebab Mengapa Kucing Makan Rumput

1. Kucing Makan Rumput untuk Kawalan Bulu (Hairball Control)

Kucing ini haiwannya pembersih.

Mereka akan membersihkan dan mengemaskan bulu badan dengan menjilat menggunakan lidahnya.

Lidah kucing berbeza dari lidah manusia kerana pada lidah kucing ada “cangkuk-cangkuk kecil” yang bertindak seakan berus.

Dalam masa yang sama, cangkuk-cangkuk ini menarik bulu-bulunya bersama ke dalam mulut dan ditelan, tak terkira banyaknya.

Kebanyakan bulu-bulu tersebut akan terlepas keluar semula melalui najis walaupun tidak dihadamakan.

Tetapi, ada juga bulu yang tertinggal di dalam perut dan bulu-bulu ini akan terkumpul dan membentuk gumpalan rambut, atau hairballs

Hairballs yang terkumpul ini akan menyebabkan perut kucing menjadi tidak selesa dan naluri mereka akan berkata untuk mengeluarkannya secepat mungki.

Cara kucing untuk memuntahkan hairball adalah dengan memakan rumput. Rumput akan membuatkan kucing terasa mahu muntah dan dalam masa yang sama mengeluarkan gumpalan bulu (hairballs) dari dalam perutnya.

Pernah tak dengar yang salah satu tanda kucing sayangkan kita adalah kucing rajin menjilat bulunya sehingga nampak kemas dan bersih? 

Apa-apa pun, kucing yang groom dirinya ataupun menjilat sesama mereka memang nampak sangat comel.

2. Kucing Makan Rumput untuk Membantu Percernaan

Kucing yang hidup liar di hutan, kadangkala akan memakan rumput selepas selesai memakan mangsanya, antaranya termasuklah tikus, burung dan haiwan kecil yang lain.

Selain memakan daging mangsanya, bahagian-bahagian lain juga akan turut dimakan sekali seperti tulang, bulu tikus dan bulu burung.

Bahagian-bahagian ini tidak dapat dihadam oleh kucing. Oleh itu, mereka akan memakan rumput untuk memuntahkan bahagian-bahagian mangsa yang tidak diperlukan tersebut. 

Jadi, memakan rumput merupakan naluri semulajadi semua kucing. 

3. Kucing Makan Rumput untuk Mendapatkan Vitamin dan Mineral

Terdapat juga teori mengatakan bahawa kucing mahu mendapatkan vitamin dan mineral daripada rumput itu.

Kandungan folik asid yang terdapat pada rumput membantu pembentukan hemoglobin, sejenis protien yang membawa oksigen di dalam darah.

Sama seperti manusia, kucing juga mempunyai naluri untuk mencari dan mengisi kekurangan nutrisi di dalam badannya supaya seimbang semula.

rumput kucing

Mendapatkan Rumput Kucing

Rumput kucing bukanlah wajib buat kucing makan setiap hari, terutamanya buat kucing indoor.

Tetapi, mereka perlu makan rumput dari masa ke semasa untuk mengeluarkan bahan-bahan yang tidak dikehendak dari dalam perut mereka.

Ia juga dapat mengelakkan kucing mengalami masalah yang lebih besar berpunca daripada hairballs yang terkumpul.

Rumput kucing juga mudah didapati di kedai-kedai barangan haiwan.

Anda boleh dapatkannya yang siap ditanam atau tanam sendiri benihnya.

Ianya juga mudah untuk ditanam. Selain itu, anda juga boleh gunakan rumput di halaman rumah yang bebas racun ataupun sayur berdaun yang lembut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Penapis Air Coway
DAPATKAN HARI INI!
Coway Air Bersih Mudah Digunakan Seisi Keluarga
DAPATKAN HARI INI!