fbpx

Makanan Kering atau Makanan Basah Pilihan Terbaik?

Makanan Kering atau Makanan Basah Pilihan Terbaik
Share on facebook
Share on google

MAKANAN KERING @ MAKANAN BASAH PILIHAN TERBAIK UNTUK KUCING KESAYANGAN?

Sudah memilih makanan kucing yang terbaik?
Bagus.

Sudah pasti kucing anda juga menyukainya.

Mungkin sekarang timbul pula persoalan yang lain.
Mahu beri makanan kering sahaja kah?
Atau mahu beri makanan basah sahaja kah?

Atau nak beri keduanya sekali?

Jika beri kedua-duanya berapa kerap mahu diberi?

Yang mana satu yang lebih bagus?

Mesti la kita nak pilih yang terbaik kan.

Jadi, dengan pelbagai pilihan yang ada ni, makanan kucing yang mana satu menjadi pilihan buat meow kesayangan? Makanan kering atau makanan basah?

Jom lihat perbandingan di bawah supaya dapat membantu kita membuat pilihan yang lebih baik.

makanan kering atau makanan basah

 

 Makanan kering (Dryfood)

Kelebihan:

i. Paling mudah

Dryfood aka kibbles merupakan jenis makanan yang paling mudah disimpan, digunakan dan juga diuruskan, benar? Ianya boleh dibiarkan di dalam bekas makanan mereka selama berjam-berjam ataupun seharian. Kucing-kucing tersebut akan memakannya sendiri apabila lapar.

Makanan tersebut boleh bertahan daripada menjadi buruk ataupun basi. Ia juga sangat berguna buat pemilik yang terpaksa meninggalkan kucing-kucing mereka di rumah buat beberapa hari kerana makanan tersebut boleh berthana selama berhari-hari di ruangan yang terbuka.

Selain itu, nak menyimpan juga mudah. Anda boleh menggunakan bekas berpenutup rapat dan kedap udara untuk memastikan makanan kekal segar serta selamat daripada serangga dan haiwan peliharaan.

Anda boleh gunakan bekas yang sedia ada di rumah ataupun dapatkannya di kedai barangan haiwan  berhampiran.

ii. Kos efektif

Pemilihan makanan kering juga lebih kos efektif berbanding makanan basah terutamanya bagi yang memelihara banyak ekor kucing. 

iii. Boleh dijadikan ganjaran semasa melatih haiwan

Kibbles juga berguna untuk melatih haiwan di rumah. Boleh digunakan sebagai ‘hadiah’ apabila melakukan sesuatu dengan betul. Contohnya, nak kucing anda pergi dari point A ke point B, boleh letakkan makanan di point B untuk menggalakkan mereka bergerak ke situ. 

Nak ajar suatu kelakuan yang baik juga boleh gunakan kibbles sebagai ganjaran positif.

Kekurangan:

i. Mempunyai kandungan air yang lebih rendah

Semestinya dryfood tidak mengandungi kandungan air (moisture) seperti makanan basah. Sebab itu, air bersih perlu disediakan sepanjang masa, 24 jam sehari, supaya kucing kekal terhidrat dan badannya cukup air.

Walaupun begitu pemantauan pengambilan air ni lebih penting buat kucing yang telah berusia, kucing sakit, dan semasa musim panas/kemarau. Dalam situasi tersebut, disarankan untuk memberi lebih wetfood kepada kucing anda.

Makanan Basah (Wetfood)

Kelebihan:

i. Mempunyai kandungan air/lembapan yang tinggi

Kucing mengambil air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih bagus. Badan kekal hidrat, sistem pembuangan berjalan lancar, dan kucing terus kekal sihat buat jangka masa yang panjang.

Tetapi, sebahagian kucing tidak minum cukup air daripada bekalan air yang pemilik telah sediakan. Apabila air kurang, badan akan mengalami dehidrasi. Kucing yang mengalami dehidrasi berterusan dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan masalah buah pinggang dan saluran kencing bermasalah. Sistem pembersihan dan pembuangan toksin menjadi tidak efisyen sehingga menyebabkan masalah pundi kencing dan buah pinggang.

Wetfood mempunyai kandungan air dan lembapan yang tinggi membantu kucing kekal hidrat dan sihat terus semasa makan.

ii. Mempunyai tekstur yang lembut dan mempunyai bau yang lebih kuat

Mempunyai tekstur yang lembut serta mempunyai bau yang lebih kuat merupakan satu kelebihan wetfood terutama buat kucing terutamanya yang sakit ataupun haiwan yang telah berumur. Sesetengah kucing mempunyai deria yang semakin kurang peka dengan pertambahan umur dan sesetangahnya mungkin kehilangan gigi. Kucing yang sakit pula mungkin kurang selera makannya.

Jadi, makanan basah boleh menjadi pilihan yang sesuai dan terbaik untuk membangkitkan selera makan kucing-kucing tersebut. Kadang-kala, tuannya sendiri yang tergoda untuk mencuba makanan tersebut kerana baunya yang terlebih enak tu.

Kekurangan:

i. Mempunyai jangka hayat yang pendek

Makanan basah mempunyai jangka hayat yang pendek. Ia perlu disimpan di dalam peti ais selepas dibuka dan perlu dihabiskan dalam jangka masa terdekat.

Selain itu, kucing mungkin makan makanan basah lebih bersepah. Tetapi, berdasarkan pengalaman dengan kucing saya, hanya bersepah sedikit sekiranya meraka diberi ikan seekor atau bahagian ayam yang bertulang. Kalau makanan basah dalam tin tak bersepah. Licin aja.

ii. Harga lebih tinggi (bergantung kepada jenama)

Bergantung kepada jenama yang anda beli (dan pastinya anda cuba dapatkan yang terbaik buat kucing kesayangan), makanan basah dalam tin mungkin lebih mahal berbanding makanan kering dan hanya didapatkan dalam kuantiti yang kurang dalam suatu masa. 

Kesimpulannya

Kedua-dua jenis makanan kering atau makanan basah mempunyai kelebihan masing-masing. Yang penting, ianya dibuat daripada bahan berkualiti. Anda boleh memberikan makanan kering dan makanan basah secara berasingan ataupun mencampurkan kedua-duanya sekali. 

Secara peribadi, saya memberikan makanan basah setiap hari kepada anak-anak bulus peliharaan. Salah seorang doktor saya dengan semangatnya menasihatkan saya memberi makanan basah setiap hari kepada mereka.

Samada membeli makanan di dalam tin, atau membuatnya sendiri mengikut kemampuan sendiri. Walaupun begitu, kucing-kucing saya lebih gemar ikan, ayam, atau daging yang direbus sendiri berbanding makanan dalam tin. 

Tidak kira apa pun makanan pilihan anda, pastikan terdapat bekalan air bersih setiap masa untuk kucing kesayangan.

 

Share on facebook
Share on google

This Post Has One Comment

Leave a Reply

AzhaniAzhar

hi, assalamualaikum

For any enquiries, kindly email to hi@azhaniazhar.com
or contact us at +60111-3016756