Fakta Menarik, Penjagaan Kucing

Lidah Kucing: 5 Fakta Menarik & Unik

5 FAKTA MENARIK MENGENAI LIDAH KUCING. 

Lidah manusia yang umumnya digunakan untuk makan, minum dan bertutur.

Lidah kucing mempunyai 101 keajaiban dan kepentingannya yang tersendiri.

Yang paling ketara adalah lidah kucing digunakan untuk mendandan/membersihkan diri/grooming.

Termasuk kawasan bontotnya.

Lidah kucing yang unik ini juga memberi kelebihan semasa memakan mangsanya.

Jom tonton perkongsian video ini dahulu:

Info di atas sangat menarik bukan.

Sebab itulah bulu kucing ini selalu sahaja nampak kemas tersikat.

Memang ada “sikat” pada lidahnya.

One of a kind

5 Fakta Menarik Mengenai Lidah Kucing

Apa yang menarikna mengenai lidah kucing ini?

1. Lidah Kucing Mempuyai Papillae

Anda adalah salah seorang yang bertuah jika kucing pernah groom/menjilat anda.

Kebarangkalian yang tinggi bahawa kucing anda sangat menyayangi anda.

Anda mungkin terkejut kerana lidah kucing terasa sedikit kasar.

Ibaratnya seperti kertas pasir melalui kulit anda.

Lidah kucing mempunyai rangkaian jari-jari sikat yang halus, sedikit tajam dan mencangkuk ke satu arah.

Ia dikenali sebagai papillae.

 

Apa yang lebih menarik:

Papilllae ini diperbuat daripada bahan yang sama seperti kuku kita iaitu keratin.

Jadi, papillae yang keras menjadikan ia “sikat” semulajadi yang unik.

Kedudukannya juga strategik.

Dengan hanya satu lidah yang dilengkapi “sikat” dan leher yang begitu fleksibel, kucing boleh mencapai hampir keseluruhan badannya untuk dibersihkan.

Sama juga kisahnya bagi kucing hutan, harimau dan keluarga kucing yang lain.

Mereka juga mempunyai rangkaian papillae ini.

Tetapi, lebih kasar.

Oleh itu, daging, kulit, atau bulu pada mangsa-mangsa yang bersaiz besar boleh dikikis dengan mudah. 

2. Kucing Akan Menjilat (grooming) dengan Berlebihan Semasa Stres

Kucing bukan sahaja groom dirinya untuk menjaga kebersihan.

Kucing juga akan grooming bulunya semasa ia tertekan.

Mengapa?

Kerana apabila grooming, hormon seperti hormon endorfin akan dilepaskan, bertindak sebagai agen penenang. 

Sama juga keadaannya apabila anda membelai kucing.

Kucing menjadi suka dan lebih tenang dengan mengeluarkan bunyi purr ketika dibelai.

Manakala tekanan yang anda alami tiba-tiba seperti hilang keluar dari minda.

(Destressor yang mujarab!)

 

Namun begitu, kucing yang tertekan seringkali grooming secara berlebihan pada kawasan yang sama.

Lama-kelamaan, menjadi botak.

Oleh itu, cuba kurangkan stress kucing.

Kenal pasti punca yang menyebabkan kucing anda tertekan.

Kemudian, alihkannya daripada persekitaran tersebut. 

3. Kucing Menjilat (grooming) untuk Keselesaan

Kucing juga menggunakan lidahnya untuk mengawal suhu badannya pada musim panas mahupun sejuk.

Pada musim panas kucing akan grooming dengan lebih kerap.

Kucing menggunakan air liur untuk menyejukkan badan.

Cara ini meniru proses berpeluh pada manusia.

 

Bagaimana?

Semasa cuaca panas, manusia terdorong untuk berpeluh.

Apabila peluh ini mula tersejat dan mula mengering, kita akan merasa lebih sejuk dan selesa bukan.

Itu dia.

Kucing menggunakan mekanisma yang hampir sama dengan menggunakan air liurnya apabila grooming dengan lebih kerap.

Air liur akan membasahkan bulunya, yang kemudian akan tersejat.

Seterusnya menyejukkan badan kucing di dalam cuaca yang panas.

4. Kucing Menjilat (grooming) untuk Hidup

Grooming juga boleh menjadi penentu antara hidup dan mati kucing tersebut.

(Biar betul?)

Ya, ibaratnya seperti manusia yang masuk ke dalam hutan dan mengambil keputusan untuk melumurkan seluruh badannya dengan lumpur. 

Objektifnya adalah untuk menutup bau badannya dari tersebar dan mengelakkan daripada menjadi target haiwan pemangsa.

 

Begitu juga dengan kucing.

Selepas kucing selesai memakan mangsanya, kucing akan groom badannya untuk membuang semua jejak hasil buruan dan pembunuhan yang telah dilakukannya. 

Saiz kucing agak kecil juga.

Kucing boleh menjadi pemangsa dan mangsa dalam masa yang sama.

Jadi, ia perlu membersihkan dirinya dengan sempurna bagi memadam sebarang jejak yang boleh menyebabkan dirinya dikesan oleh pemangsa lain.

(Ha, begitu penting lidah kucing ini.)

 

5. Magik yang Hebat Berlaku Semasa Kucing Minum Air

Kucing tiada tangan seperti manusia untuk minum air.

Binaan mulut kucing dan manusia juga berbeza.

Oleh itu, kucing tidak boleh hirup dan minum air seperti manusia.

Kucing juga tiada tangan untuk meneguk air.

Jadi, kucing perlu minum air dengan mulut sahaja.

 

Cuba anda minum air begitu.

Begitu perit sekali mahu minum airnya.

Jadi, bagaimana pula dengan kucing?

Seperti kucing mencengkam, menggigit, dan mengoyak mangsanya, kucing juga perlu menggigit air untuk minum.

Tetapi, air tidak boleh digigit seperti menggigit daging.

Lalu, bagaimana?

 

Untuk menggigit air, kucing perlu mengangkat keluar air terlebih dahulu.

Tidak kira dari bekas air, sungai, atau kolam.

Cara kucing mengangkat keluar air inilah magisnya. 

Saintis baru-baru ini mendapati bahawa cara kucing minum ini melawan hukum graviti.

Bermula dengan kucing menyentuh sedikit permukaan air dengan lidahnya.

Kemudian, menarik semula lidahnya. 

Kuncinya adalah pada kelajuan yang tepat.

Cara tersebut akan menghasilkan satu tiang air yang mengak.

Selepas itu, kucing akan menggigit air tersebut, dan boom – air yang menyegarkan sampai ke tekak.

Gaya kucing.

Sungguh Menakjubkan

Lidah kucing itu sendiri bukan sahaja unik, malah mempunyai kepentingan yang pelbagai untuk kucing. 

Malah, hidup dan mati.

Siapa sangka, lidah yang kecil itu menyimpan seribu satu rahsia di sebaliknya.

Kongsi-kongsikan bersama rakan anda.

 

Nak tahu fakta menarik mengenai mata kucing? Klik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *