Kotak Pasir, Penjagaan Kucing

9 Kesalahan Berkaitan Litter Box yang Wajib Dielakkan (1)

9 Kesalahan Berkaitan Litter Box yang Wajib Dielakkan. Anda ada masalah dengan kucing yang tak mahu gunkan koak pasir? Atau kucing guna tapi sikit-sikit sahaja? Kucing suka membuang di kawasan lain yang tak sepatutnya? Mungkin anda ada lakukan beberapa kesalahan di bawah ini yang menyebabkan kucing anda menjauhi kotak pasir tersebut.

Kotak pasir buat kucing bukan sekadar kotak yang dipenuhi dengan pasir yang boleh jadi tempat nak kencing dan berak. Mungkin kita sebagai pemilik nampak macam tu. Tetapi bagi kucing, ianya lebih dari itu. 

Kotak pasir yang kita sediakan kena juga ikut spesifikasi kucing juga, bukan sekadar nak memudahkan kita sahaja. Manusia pun ada spesifikasi yang pelbagai untuk memenuhi keperluan yang pelbagai. Sama macam kucing, ada yang kucing besar perlukan tandas begini-begini, ada untuk kucing yang lebih berusia keperlunnya lain pula.

Ada beberapa masalah lagi yang berkaitan dengan kotak pasir ni, tetapi perkongsian di bawah ini merupakan antara kesalahan yang lebih kerap dilakukan.

Jom baca apa 9 kesalahan berkaitan litter box yang wajib dielakkan oleh pemilik-pemilik kucing di luar sana.

9 Kesalahan Berkaitan Litter Box yang Wajib Dielakkan

1. Tidak Membersihkan Litter Box dengan Kerap.

Ini antara punca utama mengapa kucing tidak menggunakan kotak pasirnya dan membuang di luar kotak pasir. Bila tak cuci dengan kerap, litter box jadi kotor. Litter box yang kotor dan penuh dengan najis umpama tandas  yang tidak dipam. Bukan sahaja kotor, malah berbau dan  merebak ke seluruh ruang tandas.

Kalau anda sendiri geli nak menggunakan tandas yang kotor, kucing juga sama gelinya nak gunakan kotak pasir yang kotor dan penuh dengan najis. Perkara ini adalah sangat penting kerana kucing  merupakan haiwan yang pembersih. Jadi, kebnyakan mereka tidak suka dan tidak akan menggunakan kotak pasir yang kotor.

Oleh itu, sebagai pemilik kucing yang bijak dan bertanggungjawab, segala najis di dalam kotak pasir perlu dibuang keluar sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan tambahkan semula litter sand apabila diperlukan. Yang ini memang hari-hari kena buat, wajib. 

Banyak masalah yang boleh selesai jika anda membersihkan kotak pasir mereka dengan lebih kerap. Sebagai contoh:

i) Membantu mengurangkan masalah bau busuk datang dari kotak pasir. Anda tak perlu lagi pening dengan bau busuk masam. Ahli keluarga dan tetamu juga lebih selesa terutama sekali yang memelihara kucing di dalam rumah.

ii) Masalah kucing anda berak merata dapat diatasi mungkin dengan hanya membersihkan kotak pasir dengan lebih kerap.

iii) Bila kucing sudah menggunakan kotak pasir, anda tidak lagi perlu berpeat membersihkan najis mereka di atas karpet, sofa, tilam dan sebagainya. 

Kucing anda gembira, anda juga gembira.

Mulakan hari ini dan jadikan perkara ini habit anda.

2. Saiz Kotak Pasir (Litter Box yang Tidak Sesuai)

Saiz kotak pasir yang digugnakan juga memainkan peranan. Kucing ni perangainya suka berpusing-pusing di dalam kotak pasir mereka dan mencari posisi yang selesa. Oleh itu, saiz kotak pasir mestilah cukup panjang dan lebar untuk mereka memusing-musingkan seluruh badan dengan selesa.

Untuk yang ada anak kucing yang masih kecil, boleh gunakan saiz kotak pasir yang lebih kecil dan lebih rendah untuk memudahkan mereka keluar masuk. Tetapi, bila mereka dah besar kena dapatkan kotak pasir yang lebih besar bersesuaian dengan saiz badan mereka. Selain mendapatkan kotak pasir di kedai barangan haiwan, anda juga boleh membuat secara DIY menggunakan container plastik untuk mendapatkan kotak pasir dengan saiz lebih besar.

Keperluan kotak pasir bukan sekadar nak sesuaikan dengan ruang yang ada. Mungkin ruang yang anda mahu tempatkan kotak pasir tu kecil, jadi anda beli yang kecil. Tetapi, saiznya tak sesuai dengan kucing anda tu. Bila tak sesuai, kucing rasa tak selesa, kucing tak guna.

Tipsnya adalah, gunakan kotak pasir yang lebih besar dari saiz kucing anda, sebaiknya 1  1/2 kali ganda saiznya dari panjang kucing anda. Logik kucing, lebih besar lebih bagus.

3. Bilangan Litter Box yang Tidak Mencukupi/Terlalu Sedikit

Yang ini pun satu lagi kesalahan yang sering berlaku especially apabila memelihara banyak ekor kucing. Cara yang paling mudah nak tahu bilangan kotak pasir yang kena adalah bilangan kucing + 1. 

Tak dinafikan ada kucing yang boleh menerima untuk berkongsi kotak pasir yang sama. Tetapi, anda juga perlu ingat, tak semuanya begitu. Ada kucing yang tak boleh terima. Bila masalah perebutan kawasan ni berlaku, tak puas hati dan stress, masa ni lah anda lagi pening.

Kucing selalu bergaduh, kadang-kadang anda yang jadi mangsa kena cakar. Ataupun, anda pening kena cuci tempat-tempat berak kencing mereka. Kalau setakat kena lalu air tu senang lagi nak cuci. Kalau sofa dan karpet yang jadi mangsa, kan susah tu.

Cara ini salah satu cara paling mudah nak membantu menyelesaikan masalah kucing yang agresif dan melabur di tempat tak sepatutnya. Sediakan lebih banyak kotak pasir untuk mereka. Andai kata kekurangan dari segi kos, boleh tambah sedikit demi sedikit setiap blan sehingga jumlahnya sesuai dengan bilangan kucing anda. 

Nampak macam banyak ke? Nak pulak kena bersihkan 6 7 kotak pasir sekaligus. Tetapi, sebenarnya lebih senang daripada nak kena mencuci permaidani atau sofa yang tercemar dengan najis mereka. 

Dalam masa yang sama juga, anda boleh jimat perbelanjaan untuk pasir kucing sebab pasir akan tahan lebih lama, dengan syarat cuci bekas pasir minimum 2 kali sehari, dengan cara menediakan bilangan kotak pasir yang terbaik.

4. Memilih Lokasi yang Tidak Sesuai

i) Jauhi tempat yang bising

Lokasi yang tidak sesuai ni macam mana? Sebagai contoh, berdekatan dengan mesin yang mengeluarkan bunyi yang kuat seperti mesin basuh, mesin pengering atau sebagainya. Kucing akan jadi takut bila dalam kotak pasir tu, dan takut nak gunakan ktak pasir tu.Terutama sekali kalau kucing terkejut, terus akan berlari keluar. Buatnya masa tu tengah separuh jalan najis keluar, habis merata dia bawa lari tahi dan air kencing.

ii) Jauhi kawasan makanan dan minuman kucing

Selain itu, sebaiknya letakkan di tempat yang berasingan dari makanan dan minuman kucing. Paling kurang jauhkan dari makanan dan minuman. Jika terlalu hampir, ibarat macam makan sebelah dengan tandas.

Kucing juga kurang gemarkannya. Kucing saya pun terutama sekali sewaktu kena kurung dalam sangkar selepas dikasi. Letak makanan di level atas sikit baru dia nak makan banyak. Sangkar saya yang jenis standard 3-tier punya.

Selain itu juga, makanan dan minuman juga berisiko dicemari pasir kucing jika terlalu hampir diletakkan kerana kucing suka menguis-nguis pasir semasa membuang najis.

iii) Letakkan di kawasan yang mudah dicapai

Satu point yang penting juga untuk diambil kira adalah kesihatan kucing dan tahap mudahnya kucing anda nak mencapai kotak pasirnya. Paling penting untuk kucing yang ada masalah pergerakan, atau masalah dengan tulang, atau kucing yang lebih berusia. Untuk situasi macam ni, anda perlu cari tempat untuk meletakkan kotak pasir yang berhampiran dengan kawasan kucing selalu berlegar dan bukannya di hujung rumah yang lagi satu atau di tingkat lain rumah yang memaksa kucing itu memanjat tangga.

Dah Sampai Akhir

Inilah antara 4 kesalahan berkaitan litter box yang biasa dilakukan oleh pemilik-pemilik kucing. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu anda menangani masalah kucing anda dan kotak pasirnya.

5 lagi kesalahan berkaitan Litter Box yang wajib dielakkan akan dikongsi di dalam entri yang berikutnya

4 thoughts on “9 Kesalahan Berkaitan Litter Box yang Wajib Dielakkan (1)

  1. Betul tu, kalau lambat sikit nak bersihkan kotak pasir tu, memang si meow ni akan bising dan tak nak membuang dalam tu. Kalau dah tak tahan, memang akan ada buang kat tempat yang tak sepatutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *