Kotak Pasir, Penjagaan Kucing

9 Kesalahan Berkaitan Litter Box yang Wajib Dielakkan (2)

9 Kesalahan Berkaitan Litter Box yang Wajib Dielakkan (Bhgn 2). Dalam entri yang lepas, saya telah berkongsi 5 kesalahan berkaitan litter box yang wajib dielakkan. Entri kali ini saya akan kongsikan 5 lagi point penting berkaitan isu litter box ini.

9 Kesalahan Berkaitan Litter Box yang Wajib Dielakkan (Bhgn 2)

5. Pasir di dalam Kotak Pasir yang Tidak Mencukupi

Jumlah pasir kucing yang digunakan juga boleh memberi perbezaan yang besar. Terlalu banyak kaki kucing terlebih ternggelamnya sampai tak dapat nak berpijak dengan baik. Terlalu sedikit pula kucing tak cukup pasir nak tutup najis.  Najis tak dikambus rapi lagilah bau busuk menjalar ke segenap ruang. 

Antara 2 situasi itu, amaun pasir yang sedikit mendatangkan masalah yang lebih besar. Tambahkan lagi pasir ke dalam litter box tersebut sehingga kucing anda selesa menguis dan dapat mengambus najisnya dengan sempurna.

Biasanya, tinggi pasir yang disarankan adalah 3-5 inci. Dalam masa yang sama, anda boleh mencuba ketinggian yang kucing anda suka.

6. Menggunakan Jenis Pasir Kucing yang Tidak Sesuai

Tidak sesuai kepada siapa? Kepada kucing.  Jenis pasir kucing juga ada pelbagai di pasaran. Anda mungkin mahukan pasir kucing yang menyerap bau, mudah dibuang najis, mudah diuruskan, dan harga yang berpatutan/mampu milik. Tetapi, persoalan utamanya adakah kucing anda menyukainya dan akan menggunakannya setiap hari?

Kucing anda tidak menggunakan kotak pasirnya mungkin kerana ia tidak menyukai pasir kucing yang sedia ada. Jadi, anda boleh mencuba jenis pasir yang lain sehingga menjumpai jenis yang kucing anda suka.

7. Sisi Terlalu Tinggi

Litter box yang mempunyai sisi tinggi memang bagus kerana ia mengelakkan najis tersasar keluar dan mengelakkan pasir tumpah keluar semasa kucing menguis pasir.

Tetapi, sisi yang dimaksudkan di sini adalah sisi yang menjadi pintu masuk kucing. Laluan masuk yang tinggi akan menukarkan kucing untuk memanjat masuk terutamanya kepada kucing yang sakit, kucing dengan masalah tulang, kucing OKU atau anak kucing yang masih kecil.

Oleh itu, dalam situasi ini, anda boleh gunakan kotak pasir yang rata/cetek dan mempunyai laluan masuk yang rendah.

8. Memberi Hukuman & Membuat Andaian

Jika kucing anda tidak menggunakan kotak pasir dengan baik, itu bermaksud ia tidak boleh menggunakannya oleh sebab yang tertentu. Jangan cepat membuat andaian yang perkara itu berlaku kerana mereka nakal atau kerana mereka suka-suka sahaja. Menghukum mereka selalunya akan membawa kepada masalah yang lebih besar kerana kucing bertambah stres dari sebelumnya.

Kucing elak menggunakan kotak pasir mungkin kerana terdapat beberapa perkara yang mengganggu kucing daripada menggunakan kotak pasir tersebut. Sebagai contoh, jarang membersihkan najis yang telah terkumpul, kotak pasir kotor, ketegangan di antara kucing-kucing di rumah, dan beberapa perkara yang dikongsikan di dalam entri ini.

9. Anda Melakukan Banyak Perubahan Kepada Kotak Pasir & Pasir Kucing

Perubahan mendadak akan membuatkan kucing stress kerana kucing haiwan yang sukakan rutin. Jika ada perkara baru, mereka akan rasa suasana jad baru dan mereka akan stress dan tak akan gunakan kotak pasirnya.

Perubahan yan bagaimana dikira mendadak?

Contohnya, anda sering memindahkan lokasi kotak pasirnya. Selain itu, penukaran jenis pasir kucing yang terlalu kerap dan secara tiba-tiba juga boleh menjadi punca stress kepada kucing anda.

Namun begitu, perubahan kadang-kala diperlukan. Yang penting, lakukan secara beransur-ansur.

Kesimpulannya

Cuba lihat keadaan persekitaran mengikut pandangan kucing anda. Jika masalah timbul cari puncanya dan buat perbahan yang sewajarnya. Anda mungkin terkejut dan berbangga kerana penyelesainnya mungkin jauh lebih mudah dari yang disangka.

2 thoughts on “9 Kesalahan Berkaitan Litter Box yang Wajib Dielakkan (2)

    1. saya pun setuju untuk biasakan kucing 2 3 jenis psir yang berlainan sebab stok di kedai kadang2 habis masa nk beli..
      kalau kucing guna takde masalah besar..
      sbb ada sesetengah kucing tak suka bila tiba2 tukar yg baru..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *