fbpx

Keperluas Asas Memelihara Kucing di dalam Rumah dengan Aman dan Tenteram

Keperluan Asas Memelihara Kucing Indoor
Share on facebook
Share on google

Memelihara kucing sebenarnya agak mudah.

Hanya perlu bagi makan minum, kawasan mereka tidur, dan sediakan tandas.

Siap.

(Sebenarnya, semua tu tipu sahaja.)

Serius.

Sebab pertama kali saya bela kucing, kucing jumpa di pejabat masa tu.

Tapi kami dah tunggu mak dia memang tidak muncul-muncul.

Kisahnya, kucing tersebut telah berak kencing merata, mengiau tak berhenti, cakar perabot sampai hancur, mengigit, mencakar tangan dan kaki.

Serius sakit.

Serius, sakit. Huu.

.

Mana ada anda kata kucing nakal macam tu?

Mungkin nasib anda lebih baik dari saya.

Jadi, tidak membawa banyak masalah kepada anda.

Dan memang ada kucing yang perangainya baik.

.

Tidak boleh mahu menyalahkan kucing kerana saya sendiri tidak faham keperluan untuk memelihara kucing di dalam rumah supaya kami, manusia dan kucing, dapat hidup dengan aman dan tenteram.

.

.

Jadi, Apakah Keperluan Asas Memelihara Kucing di dalam Rumah?

Ada beberapa perkara lain yang perlu anda sediakan selain makanan dan tandas kucing.

Semua ini penting untuk anda terselamat dari adegan cakaran, gigitan, kencing berak merata dan menyelamatkan perabot yang telah dibeli dengan hasil titik peluh bekerja setiap hari itu.

 

1. Makanan Kucing

Semestinya perkara pertama adalah makanan kucing.

Jika anda dapatkan kucing daripada breeder atau rescuer, tidak susah untuk memilih makanan mereka.

Mereka akan memberitahu anda makanan yang digunakan.

Jadi, anda hanya perlu guna makanan yang sama untuk beberapa minggu pertama sebelum menukar kepada jenama makanan kucing pilihan anda.

Ini penting bagi mengurangkan stress kucing apabila berada di rumah baru dan membantu kucing anda menyesuaikan diri di tempat baru dengan lebih cepat.

Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kekal sama di tempat yang baru.

Jika kucing cepat menyesuaikan diri, anda boleh menukar kepada jenama makanan yang lain dengan lebih cepat dan mudah.

Blackwood
Brit
Royal Canin
IAms
Button and Bows

Di dalam memilih makanan yang sesuai untuk kucing anda, sekurang-kurangnya, cuba berikan makanan kucing yang tidak mengandungi pewarna makanan (kibbles yang berwarna-warni).

 

Tips Memilih Makanan Kucing

Dryfood vs Wetfood

 

2. Bekas Makanan & Minuman yang Berasingan

Apa yang anda mahu gunakan sebagai bekas makanan atau bekas minuman kucing tidak menjadi masalah.

Samada menggunakan pinggan mangkuk yang sedia ada ataupun mendapatkan yang baru.

Mahu yang lebih comel atau lebih mudah diuruskan atau lebih sesuai dengan suasana rumah anda, boleh dapatkan yang baru.

Apa yang terbaik adalah 1 bekas makanan bagi setiap ekor kucing.

Setiap ekor kucing akan mendapat bekas makanannya sendiri.

Bagi anda yang membela kucing yang berbulu lebat, muka leper, atau kucing yang besar, guna saiz mangkuk makanan yang lebih besar dan leper.

Mereka tidak boleh memasukkan muka dengan kemas untuk mengambil makanan apabila bekas makanan yang kecil.

Kucing juga menjadi tidak selesa apabila misai sering bertembung sahaja dengan sisi bekas makanan tersebut.

Mungkin juga menjadi terlebih comot terutamanya apabila makan wetfood.

Anda boleh gunakan bekas makanan untuk anjing kerana saiznya lebih besar.

Tiada masalah.
Bentuknya sama sahaja untuk kucing dan anjing.

Asalkan kucing bahagia waktu makan.

Anda juga tidak pening membersihkan kecomotan di muka mereka.

Satu perkara yang saya sangat-sangat sarankan adalah, elak gunakan bekas makanan dan air sebelah menyebelah.

Lebih bagus gunakan secara berasingan dan jarakkan sedikit antara bekas makanan dan minuman.

 

Sesetengah kucing tidak gemar sekiranya makanan dan minuman sebelah menyebelah.

Kebanyakan mungkin OK untuk menggunakannya.

Walaupun begitu, saya tidak menggemarinya kerana air cepat menjadi kotor atau berkeladak akibat serpihan kibbles yang masuk ke dalam.

Selain itu, air akan kelihatan kotor bagi kucing dan mereka mungkin tidak mahu minum dari bekas tersebut.

Agak leceh untuk dibersihkan kerana perlu juga letakkan makanan yang berbaki di dalam bekas yang lain juga.

Bekas makanan dan minuman yang berasingan pula sebaiknya letakkan sedikit menjauhi.

Mahu air lebih bersih sepanjang masa dan memastikan kucing minum air secukupnya, boleh juga gunakan water fountain, siap dengan penapis mini.

Kebanyakan kucing juga lebih suka minum dari air yang mengalir dari water fountain tersebut walaupun mungkin agak jangkal pada permulaannya.

Catit water fountain

 

3. Kotak Pasir/Litter Box

Kotak pasir dan pasir kucing memang diperlukan apabila memelihara kucing di dalam rumah.

Jika tidak, rumah atau bilik anda akan dipenuhi najis dan berbau busuk kerana kucing berak dan kencing merata.

Secara ringkasnya, pilih kotak pasir mengikut saiz kucing anda.

Gunakan kotak pasir yang lebih kecil untuk anak kucing supaya kucing tiada masalah untuk memanjat masuk ke dalam.

Apabila kucing semakin besar, atau memang kucing anda sudah besar, gunakan kotak pasir untuk kucing dewasa.

Kotak pasir mestilah panjang dan lebar 1.5 kali ganda lebih besar dari saiz kucing anda.

Jika tidak, najis mungkin akan terkeluar dari kotak pasir kerana kucing tidak dapat berdiri degan baik di dalamnya.

Sekiranya kotak pasir kecil dan kucing tidak selesa, anda juga yang akan pening kemudian hari apabila kucing kucing menjadikan lantai rumah anda sebagai tandasnya.

Ditambah pula dengan bau tahi di udara.

Tiada siapa yang gembira di dalam perkara ini bukan.

Ada kucing yang bersaiz lebih besar?

Anda boleh gunakan kotak pasir untuk anjing kerana saiznya besar.

Atau gunakan kreativiti anda bagi mendapat saiz yang diperluakan seperti menggunakan bekas plastik untuk barangan dan sebagainya.

 

4. Pasir Kucing/Cat Litter

Sekiranya anda gemarkan pasir kucing jenis clumping, saya cadangkan gunakan pasir kucing Cat’s Best Oko Plus Original.

Kualiti serapannya lebih bagus berbanding pasir jenis clumping yang lain walaupun selepas digunakan untuk 2 ke 3 minggu.

Penggunaannya dapat bertahan lebih lama, jimat wang.

Ianya seperti kacang almond yang dikisar kasar dan ianya tidak berdebu.

Cat’s Best Oko Plus Original amat berbaloi bagi saya, berbanding jenis clumping yang lain dan saya suka sekiranya anda juga dapat menggunakannya dengan gembira.

Pasir kucing pula, sama kesnya seperti makanan tadi.

Gunakan pasir yang sama digunakan oleh pemilik sebelum ini sebelum menukar kepada pasir yang lain untuk 1 ke 2 minggu pertama.

 

Tips Menukar Pasir Kucing Lama kepada Baru

 

Jika anda guna pasir non-clumping, gunakan kotak pasir yang mempunyai sieve/pengayak.

 

5. Scoop

Scoop kegemaran saya yang ini.

Scoop Cat It.

Beratnya sedap dan rasanya tegap bila memegang.

Paling best, hujungnya tajam dan padu.

(Ada kena mengena ke tajam dan padu?)

Tetapi, memang best scoop yang lebih tajam, tegap dan padu.

 

6. Cage/Sangkar Kucing

Sangkar kucing juga salah satu keperluan yang penting walaupun kucing tidak menggunakan sangkar 24 jam.

Salah satunya untuk toilet train kucing.

Ingat tidak cerita saya di atas, kucing saya kencing dan berak merata pada permulaan.

Walaupun ketika itu saya sudah sediakan kotak pasir dan pasir kucing?

Salah satunya kerana saya tidak menggunakan sangkar.

Satu kesilapan saya dahulu adalah memandang remeh hal ini.

Saya tidak boleh memberikan tumpuan pada kucing yang lepas di dalam bilik tersebut 24 jam sehari.

Mungkin kebanyakan anda juga begitu.

Dan oleh kerana itu, saya tidak sempat untuk membawa lari anak kucing tersebut ke dalam kotak pasirnya menyebabkan lantai menjadi mangsa.

Jika di dalam sangkar, anda lebih mudah untuk monitor kucing anda sudah berak kencing atau belum serta mengelakkan tragedi berlaku.

Walaupun kucing sudah ditoilet train oleh pemilik sebelumnya, penggunaan sangkar juga idea yang bagus untuk permulaan.

Kerana kucing di tempat baru mungkin belum membiasakan diri dengan suasana dan tuan yang baru.

Kucing mungkin tidak mahu ke kotak pasirnya kerana takut dan sebagainya.

Penggunaan sangkar akan memberikan ruang peribadinya.

Kucing di rumah baru akan mengambil masa untuk berasa selesa dengan anda dan rumah barunya.

Ia adalah sesuatu yang normal sekiranya kucing seperti tidak suka pada anda pada minggu pertama.

Oleh itu, penggunaan sangkar akan memberikan masa dan ruang kepada kucing anda untuk membiasakan diri dengan keadaan sekeliling tanpa stress yang melampau.

Saya cadangkan gunakan sekurang-kurangnya sangkar 2 tingkat.

Atau lebih besar sekiranya anda mahu menempatkan kucing secara tetap.

Dengan itu, kucing ada ruang untuk bergerak dan meregang badan.

Ia lebih bersih untuk makanan dan minumannya yang jauh dari kotak pasir.

Tiada siapa yang suka makan di tandas atau berhampiran tandas, begitu juga kucing.

 

7. Scratching post

Scratching post penting untuk mengelakkan perabot, sofa, katil, karpet atau pakaian anda dicakar dan dihancurkan kucing.

Oh ye, baju juga boleh menjadi mangsa.

Saya sudah kena…

.

Kucing mencakar tidak boleh nak halang kerana memang naluri mereka begitu.

Kuku mereka perlu diasah dari masa ke semasa selain bertujuan untuk menanda kawasan.

Scratching post yang macam mana yang akan membuatkan kucing puas?

.

Kucing puas menggunakan scratching post apabila kucing boleh meregang badan sepuasnya di dalam masa yang sama.

Jadi, ketinggian atau panjang scratching post itu penting.

Scratching post boleh digunakan selama bertahun-tahun!

Scrathing post kecil dengan alat permainan simple
Cat tree juga datang bersama scratching post

 

 

8. Alat Permainan

Alat permainan ini kegunaannya untuk mengelakkan badan anda yang dicakar dan digigit, kucing yang garang, dan sebagainya.

Alat permainan adalah kuasa yang kuat untuk membuatkan kucing anda menjadi manja selain kuasa makanan yang sedap.

Di dalam banyak-banyak permainan kucing yang ada di luar sana, yang kebanyakannya memang bagus, ini yang paling membuatkan kucing aktif.

Wand cat toy

 

Ini yang akan membuatkan kucing teruja.

Mereka boleh bermain dengan permainan ini 2 jam tanpa henti.

Mungkin saya dan anda yang kehilangan stamina.

Namun begitu, kucing akan mudah untuk menerima belaian dan menjadi manja setelah puas bermain.

Cubalah lakukannya selalu bersama kucing anda!

 

9. Pet Carrier

OK, secara jujurnya, pet carrier mungkin tidak akan digunakan selalu.

Cat carrier penyelamat saat kritikal

 

Tetapi, di masa anda paling perlukan, dialah penyelamat Nombor 1.

Contohnya:

Semasa anda ingin membawa pulang kucing yang baru, lebih selamat dan tenang letakkan di dalam pet carrier.

Semasa ingin membawa kucing ke klinik.

Semasa ingin membawa kucing ke pet boarding.

Untuk membawa kucing di dalam perjalanan jauh.

Kesimpulannya, untuk kegunaan travelling tidak kira jauh atau dekat.

Menggunakan pet carrier bukan sahaja akan membantu kucing lebih tenang di dalam kenderaan, pemanduan anda juga lebih selamat apabila kucing tidak memenuhi ruang kereta anda dari hadapan ke belakang, atas dan bawah.

.

.

Saya sangat teruja sekiranya anda berniat untuk memelihara kucing dan sebagai peneman.

Diharap post ini membantu anda memelihara kucing di dalam rumah dengan aman dan tenteram!

Anda ada soalan lain berkenaan penjagaan kucing?

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah sekarang.

.

Some of the links above are affiliate links which means that if you click on them and make a purchase, we may receive a small commission at no additional cost to you. You are not obligated in any way to make your purchase by using these links but please know that when you do, it supports the work of this blog and for that, we thank you.  🙂 

Share on facebook
Share on google

This Post Has 2 Comments

  1. saya ada kucing mix american curl.. baru berusia 5 bulan.. bolehkah wet food diberikan selalu.. ada orang kata wet food penyebab cacing.. satu lg saya tempatkan kucing dalam bilik.. pintu akan ditutup pd malam hari.. persoalannya adakah ia memudaratkan kucing jika pengudaraan tidak baik sbb tingkap dan pintu ditutup rapat.. dan lampu juga ditutup.. mohon padangan tuan. terima kasih

Leave a Reply

AzhaniAzhar

hi, assalamualaikum

For any enquiries, kindly email to hi@azhaniazhar.com
or contact us at +60111-3016756