Penjagaan Kucing

Panduan Step-by-Step Kenalkan Kucing Baru Tanpa Stress

PANDUAN STEP-BY-STEP KENALKAN KUCING BARU TANPA STRESS

Pernah tak anda excited untuk membawa pulakng kucing baru.
Tak sabar rasanya nak kenalkan kawan baru kepada anak bulus kesayangan di rumah.

Lagi-lagi, kucing baru comel sungguh, manja.
Dirasakan sesuai sangat nak jadikan teman kucing di rumah.
Dapat kawan baru.
Boleh bermain bersama.

Rumah bakal jadi lebih meriah dengan celoteh kucing-kucing ini.

Tetapi rupanya,
Panas tidak sampai ke petang.
Hujan di tengah hari.

Sampai sahaja kat rumah, langsung tidak serasi.
Menderam-deram.
Diikuti lantunan suara bersilih ganti.

Aksi vokal yang layak mendapat markah A++.
Dengan anda sekali terus terangkat menjadi penyayi soprano.

Aksi kejar-mengejar.
Dan mengundang kepada pergaduhan yang dahsyat.

Ibaratnya dunia ini ikut musnah bersama dek pergaduhan tersebut.
Dan lebih teruk lagi, kecederaan berlaku.
Samada kepada kucing, mahupun manusia.

Sakit tak terhingga bila sudah terkena.

Hilang ketenteraman.
Kucing dulu yang manja sentiasa naik taring.
Ada sahaja yang tidak kena.

Tips Kenalkan Kucing Baru kepada Kucing Sedia Ada

Ha, sebenarnya nak kenalkan kucing baru ada stepnya.
Tidak boleh anggap mereka akan automatik terus berkawan.

Itu yang jadi seperti drama di atas.

Macam manusia.
Ada yang boleh buat kawan terus.
Ada yang tak masuk bulu langsung.

Tetapi kucing tak masuk bulu, kita boleh usahakan.

Kalau manusia tak masuk bulu?

. . . . .

Step ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memperkenalkan kucing baru kepada kucing sedia ada.

Malah boleh juga digunakan sekiranya kucing sedia ada mengalami konflik.
Kita boleh cuba memperkenalkan semula mereka.

Kuncinya adalah MASA dan RUANG.
Sama seperti manusia,
Ada sela masa untuk kucing-kuicng tersebut untuk membiasakan diri dengan kehadiran antara satu sama lain.

Boleh lakukan mengikut step-step di bawah.

1. I Smell You, You Smell Me

Tips pertama untuk kenalkan kucing baru adalah asingkan di kawasan yang berlainan.

Pada permulaan, asingkan mereka di dalam bilik yang berbeza.
Di mana mereka tidak dapat melihat antara satu sama lain.

No looking. No peeking. No eye contact.

Hanya boleh bau antara satu sama lain.

Tetapi, bagaimana kucing nak bau kalau tidak menyentuh satu ama lain?
Tidak menjadi masalah.
Kerana kucing meninggalkan bau mereka semasa mereka menggosok-gosokkan badan dan muka ke dinding, perabot, dan sebagainya.

Sebenarnya kucing telah melantik anda sebagai “personal butler nya” semasa menggesel-geselkn badannya kepada anda.

. .

. . .

(krik2)

OK.

Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan,
untuk tips pertama ini.
Bergantung kepada kesesuaian ruang dan keselesaan anda.

Pertama,
boleh gunakan bilik sebelah menyebelah,

Yang dipisahkan oleh sekeping pintu.

Mereka boleh mengetahui kehadiran apabila saling bertembung di balik pintu.

Kedua,
Boleh juga gunakan bilik berasingan yang jauh antara satu sama lain.

Untuk cara kedua,
Boleh tukarkan tempat masing-masing dari masa ke semasa untuk masing-masing menyebarkan bau.

Contohnya, kucing A di bilik A, kucing B di bilik B.
Keesokannya, tukarkan posisi.
Kucing A di bilik B, kucing B di bilik A.

Lakukan beberapa kali sehingga kucing kelihatan agak selesa.

Ketiga,
Boleh gunakan bilik yang sama,

Tetapi menggunakan 2 sangkar yang berbeza.
Mulakan dengan jarak yang jauh terlebih dahulu.

Letakkan enghadang atau kain supaya,
Tidak boleh melihat antara satu sama lain.
Tidak boleh menyentuh antara satu sama lain.
Hanya boleh dapat bau.

Tidak mengapa anda tidak merasakan perbezaan bau.
Kerana deria kucing lebih peka dan dapat tahu perbezaannya.

Kuncinya adalah memberikan setiap kucing RUANG mereka sendiri.
Mahu biarkan mereka selesa.
Selesa dengan ruang mereka.
Selesa dengan bau sekeliling juga.

Penting untuk mereka rasa “memiliki” ruang tersebut.
Boleh makan, minum, dan tidur dengan tenang.

Tugas anda dalam tempoh ini adalah,
Pantau perkembangan mereka.

Langkah seterusnya adalah menyediakan rutin yang baru.
Yang melibatkan kehadiran kedua-dua ekor kucing tersebut.

Iaitu menggunakan waktu makan.
Mulakan dengan jarak yang jauh antara satu sama lain dahulu.

Cari jarak yang selesa bagi kucing.
Kedua-dua kucing boleh makan dengan tenang.
Ulang beberapa kali pada jarak yang sama sebelum menukar posisi bekas makanan.

 

2. Pertembungan 4 mata, Peek-a-boo Session

Tips kedua pula adalah sesi perkenalan dengan mata.
Dari mata jatuh ke hati begitu.

Di dalam fasa ini,
Pertembungan mata sahaja.

Masih tak boleh sentuh antara satu sama lain.

Boleh mula bagi mereka nampak antara satu sama lain.
Sedikit demi sedikit.

Mulakan dengan waktu yang singkat dahulu.
Main cak-cak.
Sekejap nampak, sekejap tidak nampak.
Sekejap ada sekejap tidak ada.
Intai mengintai antara satu sama lain.

Bagi mendapatkan hasil yang lebih bagus, dan mengecapi kemajuan
Gunakan makanan sebagai umpan.

Gunakan sebaik mungkin waktu makan mereka.

Bagaimana?
Juga melalui makanan. Berikan makanan pada masa yang sama.
Letakkan pada jarak yang selamat/jauh antara satu sama lain.
Di dalam masa yang sama, mereka boleh melihat antara sama lain.

Matlamatnya, anda mahu kedua-duanya sibuk dengan makanan.
Dalam minda kucing,
“Saya nampak kamu tetapi saya lapar dan makanan ini sedap.”

Ianya membantu sekiranya anda mempunyai jadual makan yang tetap berbanding makanan sentiasa tersedia.
Kerana mereka lapar dan hanya akan fokus pada makanan sahaja.

Dalam proses ini,
Rapatkan jarak makanan antara mereka sedikit demi sedikit.
Setiap hari, sedikit demi sedikit.

Sekiranya kedua-duanya boleh makan dengan baik, itu satu petanda yang bagus.

Selain menggunakan makanan sebagai umpan,
Boleh juga gunakan alat permainan.
Samada letakkan di dalam sangkar masing-masing.
Atau sesi bermain dengan anda berganti-ganti.
Main dengan kucing A, kucing B boleh nampak.
Main dengan kucing B, kucing A boleh nampak.

Sambil bermain boleh cuba tarik kucing kepada jarak lebih dekat antara satu sama lain dan boleh bermain bersama.

Kerana, kita mahukan pertembungan MATA dan BAU sahaja dahulu.

 

3. Pertembungan 4 mata, 8 kaki

Langkah terakhir untuk kenalkan kucing baru adalah semestinya bertemu secara fizikal.
Boleh menyentuh dan menghampiri satu sama lain.
Boleh berselisih dengan aman.
Tiada sebarang provokasi.

Pastinya pada permulaan dengan pemantauan anda.

Semasa proses ini, anda boleh alihkan perhatian mereka dengan sesi bermain dan menggunakan alat permainan.

Serlahkan sifat pemburu mereka ke arah alat permainan,
daripada fokus kucing lain.

Alat permainan yang bagaimana?
Alat permainan yang mereka nampak seakan magsa dan boleh diburu dan dikejar.

Jik mereka mengejar dengan dan galak dengan alat permainan tersebut,
Anda telah mendapat permainan yang betul.
Kita mahu kucing melompat dan mengejar permainan tersebut.

Selalunya permainan yang berbulu paling disukai,
yang anda boleh layangkan ke sana ke mari,
dan mereka boleh mengejar mangsa dengan gerakan rawak.

Oleh itu, usaha proaktif dari pemilik juga sangat digalakkan terutama sewaktu sesi bermain ini.

Usah bimbang jika kali pertama tidak berjalan dengan lancar.
Lakukan secara konsisten setiap hari dan anda akan dapat melihat perubahannya sedikit demi sedikit.

Bukan kah kita juga rapat dengan seseorang itu selepas beberapa waktu mengenai antara satu lain?

Ianya merupaka satu proses, kerana kita mengendalikan sesuatu yang hidup, bernafas & bergerak.
Walaupun tidak mempunyai akal, mereka dikurniakan otak dan naluri sebagai seekor pemburu.

Kucing juga hidup dalam kelompok.
Kerana di dalam kelompok, mereka menjadi lebih kuat dan lebih mudah mempetahankan diri dari bahaya.
Bukanlah hidup berseorangan.

Apa yang penting dalam proses kenalkan kucing baru kepada kucing sedia ada,
bagi anda dan saya yang memilih memlihara kucing secara indoor,
adalah konsisten untuk kenalkan mereka setiap hari mengikut langkah-langkah di atas sehingga berjaya.

Selamat mencuba.

Adakah anda sedang stress dengan masalah rumah BAU BUSUK kucing, BULU KUCING bertebaran di serata rumah, ALAHAN kucing, anak BERSIN TAK HENTI-HENTI, sehingga dilabel tidak pandai jaga anak dan seakan dipulau oleh saudara-mara, suami dan ibu mertua.

What if saya boleh bantu anda selesaikan masalah-masalah di atas, 24 jam sehari bekerja untuk anda, dengan Penapis Udara Coway. Hubungi kami untuk KONSULTASI PERCUMA.

P.S : Boleh anda bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Supaya manfaatnya lebih tersebar luas.

Klik butang “SHARE”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *