Neutering, Penjagaan Kucing

5 Kelebihan Mandulkan Kucing Peliharaan

5 Kelebihan Mandulkan Kucing Peliharaan. Samada anda memelihara kucing jantan ataupun kucing betina, memandulkan kucing peliharaan anda memberi pelbagai kelebihan bukan sahaja buat anda sebagai pemilik malah kucing peliharaan itu sendiri.

Apa itu pemandulan/kembiri/kasi/neutering?

Pemandulan, yang juga dikenali sebagai kembiri atau kasi, membawa maksud yang sama iaitu menghilangkan keupayaan seseekor haiwan untuk mengawan atau beranak pinak.

Terminologi pemandulan (neuter) haiwan :

Terdapat dua term yang biasa digunakan di dalam proses pemandulan haiwan kucing iaitu:

1. “Castration” / “castrate” – merujuk kepada pemandulan kucing jantan
2. “Spaying” / “spay” – merujuk kepada pemandulan kucing betina

Kelebihan Mandulkan Kucing Peliharaan

Kelebihan mandulkan kucing peliharaan bukan sahaja kepada pemilik, malah kepada kucing peliharaan juga. Jom lihat apa kelebihan mandulkan kucing peliharaan.

1. Rumah Lebih Bersih

Kucing jantan, terutamanya, suka menanda kawasan mereka dengan memancutkan air kencing ke merata tempat. Kawasan yang sering menjadi mangsa adalah sofa, almari, rak, dinding, dan karpet anda sendiri. Mengikut logik kucing, lebih banyak tempat yang dipancut, membuktikan yang mereka berkuasa di situ dan mereka nak beri signal pada kucing betina ada hot cat di situ.

Tetapi, untuk owner, rasa nak pecah kepala dan hidung kan?

Salah satu cara yang berkesan untuk menjadikan kucing tidak memancut merata-rata di dalam rumah adalah dengan memandulkan mereka. Bukan sahaja rumah bersih dari kesan pancuran air mereka, bau busuk yang ditinggalkan bersama juga sudah tiada.

Namun begitu, jangan terkejut, aktivit pancut-memancut juga boleh dilakukan oleh kucing betina.

Ya, kucing betina yang sedang on heat memancut untuk memberi isyarat kepada kucing jantan yang lain supaya datang mengorat.

Dengan memandulkan kucing betina juga boleh selesaikan masalah tersebut.

2. Kucing Lebih Manja

Yang ini kucing jantan dan kucing betina pun sama. Lepas dimandulkan akan jadi lebih manja. Takda la garang dan sibuk nak bergaduh dan mengawan kan.

Lagi pula, kucing pun dah kurang nak menanda kawasan lepas dimandulkan. Lebih-lebih lagi sekiranya ada beberapa ekor kucing jantan di dalam rumah pada waktu yang sama. Bila takde kawasan, kurang nak bergaduh dan jadi lebih manja dan suka dibelai.

3. Rumah Lebih Aman, Tenang, dan Tenteram

Kucing jantan yang tengah on heat bersifat lebih betenaga dan agresif lebih dari biasa. Ada masanya dia akan berlari dan memecut laju ke sana ke mari. Kesabaran owner kadang-kadang diuji lebih sebab meja kaca, pasu kaca, cawan pinggan boleh pecah dibuatnya akibat dia memanjat sana sini.

Ada juga kucing yang akan me’ngiaw’ yang berpanjangan selama tempoh mengawan selagi tidak dapat mengawan. Kucing bukan mengawan setahun sekali, tetapi boleh jadi berkali-kali dalam sebulan. Situasi seperti itulah yang anda akan hadapi di dalam rumah anda setiap kali musim mengawan selagi mereka belum dikasi. 

Memandulkan kucing mengurangkan agresif kucing dan menjadikan rumah lebih tenang.

4. Memelihara Keselamatan Kucing

Sebab kucing akan kurang berasa ingin keluar dari rumah. Kucing yang sedang on heat ini, nalurinya akan rasa keperluan untuk pergi mencaridan mendapatkan pasangan. Dalam waktu tersebut, kedua-dua kucing jantan dan kucing betina akan cuba untuk melarikan diri ke luar rumah.

Waktu-waktu inilah cabaran nak membuka pintu berlaku. Lagi-lagi kalau kucing yang dibela bergerak bebas di dalam rumah. Waktu buka pintu, ada sahaja yang mengambil peluang untuk melepaskan diri.

Bila dah dapat keluar, mereka akan pergi keluar far and wide mencari partner. Pada waktu ini, kucing kebiasaannya akan bergerak dengan jarak yang lebih jauh dari kawasan rumah anda dan akan pulang hanya untuk makan dan berehat. Sepanjang berada di luar rumah mereka terdedah kepada risiko dilanggar kenderaan yang lalu lalang.

Haiwan peliharaan yang dikasi akan kurang keluar merayau keluar rumah.

5. Mengurangkan Kos

Anda sebagai pemilik dapat menjimatkan kos untuk jangka masa pendek dan panjang.

Kos apa?

Kos perubatan dan kos penjagaan.

Macam mana?

Perubatan

Kucing yang tidak dikasi/dimandulkan lebih cenderung menjadi lebih agresif kerana 2 sebab utama. Pertama, kucing jantan perlu mempertahankan kawasan jajahannya dan yang kedua, bagi mendapatkan hak untuk mengawan dengan kucing betina.

The survival of the fittest. Kucing yang paling kuat akan bertahan dan mendapat hak untuk mengawan.

Sepanjang musim mengawan, pergaduhan akan lebih kerap berlaku di antara kucing-kucing jantan, lebih-lebih lagi jika terdapat kucing betina yang sedang on heat berdekatan. Risiko mendapat kecederaan yang serius semakin meningkat dari masa ke semasa.

Kucing mungkin luka dan bernanah sehingga berulatdan worst case scenario, perlu dipotong sebahagian anggota. Ini akan menelan kos perubatan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kos memandulkan kucing tersebut.

Selain itu, pertembungan antara kucing semasa musim mengawan juga boleh menyebabkan kucing mendapat penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit ini kadangkala boleh membunuh dan rawatan perubatan mengambil kos yang tinggi.

Selain itu, beberapa penyakit boleh menjangkiti manusia dan pemilik juga perlu berubat. 

Dengan  memandulkan kucing, anda dapat menjimatkan kos perubatan.

Penjagaan kucing dan anak-anak kucing (kitten)

Kebiasaannya, kucing betina yang bunting akan melahirkan 4-5 ekor anak kucing bagi setiap kelahiran. Namun, terdapat juga kucing yang melahirkan lebih dari 5 ekor di setiap kelahiran.

Cuba kira semula perbelanjaan anda setakat ini dan darabkan dengan 5. Anda akan mengetahui kos wang ringgit setiap bulan diperlukan bagi memelihara 5-6 ekor kucing. Keperluan dari segi wang ringgit (makanan kucing, peralatan tandas kucing, vaksinasi, ubat-ubatan) akan meningkat dengan baik sekali berbanding kos anda memandulkan kucing.

Bukan sahaja komitmen wang ringgit, malah komitmen masa dan tenaga anda juga diperlukan.

Akhir kata

Berdasarkan kelebihan mandulkan kucing seperti di atas, saya juga menggalakkan pemilik-pemilik yang memelihara kucing di luar sana untuk memandulkan kucing peliharaan bagi kesejahteraan bersama.

Masalah paling serius pada pandangan saya adalah kucing peliharaan yang tidak dimandulkan mungkin berakhir di jalanan.

Bahaya paling besar sekali buat mereka adalah berpunca dari kebuasan manusia yang tida berhati perut. Sesetangah end up menjadi punch bag manusia yang telah hilang akal dan sifat perikemanusiaan dengan mendera dan menyakiti haiwan tersebut.

Agama bukan lagi menjadi sandaran perbuatan walaupun di dalam pengenalan tertulis jelas agama yang dianuti.

3 thoughts on “5 Kelebihan Mandulkan Kucing Peliharaan

  1. Selain sbb nya .masa kecil kucing di syg2 .masa kucing besar .dah pancit .sana sini .kawasan rumah berbau .harta benda ada y rosak dek kesan air kencing kucing .masa ni pemilik nya akn hilang pertimbangan .marah kucing .asing kan kucing .malah ada y membuang .fitrah kucing mmg mcm tu .kite tk boleh nk ubah .jika di mandul kn .risiko utk perkara tu berlaku mgkin 30% shja .masa comel di sayang2 .dah tua di marah .itu pendapat sy .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *