Pasir Kucing, Penjagaan Kucing

Litter Review: Fatty Cat Bentonite Cat Litter

Litter Review: Fatty Cat Bentonite Cat Litter.

Baru-baru ini, saya telah mengunjungi Pet Expo Malaysia – Cat Edition  yang berlangsung dari 29 September 2017 hingga 1 Okt yang lepas di MATRADE Exhibition & Convention Center. 

Memang ramai pencinta kucing yang datang memeriahkan ekspo tersebut.
Sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan barang keperluan kucing kesayangan.

Tidak kurang juga dibanjiri oleh peserta-peserta aka “kucing” yang menyertai FIFE International Cat Competition.

Gebu-gebu sungguh kucing-kucing yang menyertai acara tersebut.

Kiri kanan depan belakang, semuanya berkaitan kucing.
Ibaratnya seperti masuk ke dalam sebuah kedai barangan haiwan khas untuk kucing yang super besar.

Gedung keperluan kucing.

Positifnya, kita akan terdedah dengan pilihan yang lebih luas.
Memungkinkan kita mendapatkan keperluan yang terbaik.

Tetapi, dengan pilihan yang pelbagai dan setiap satu mengatakan produk mereka yang terbaik, kita perlu bijak menilai.

Untuk tujuan review kali ini, pasir kucing yang terpilih adalah dari jenis bentonite.
Pasir bentonite merupakan jenis clumping.

Kelebihan Fatty Cat Bentonite Cat Litter

1. Penyerapan yang Bagus

Pasir jenis bentonite mempunyai penyerapan yang sangat bagus. 

Air kencing menggumpal dengan baik sekali.
Menggumpal pada kawasan tersebut sahaja.
Hampir tiada penyebaran yang luas ke ruang sekitarnya atau terpisah menjadi gumpalan yang lebih kecil.

Tahi pula akan tertutup dengan kemas.
Beri sedikit masa, dan tahi akan mengering, memudahkan proses pembuangan.

 

2. Najis Mudah Dibuang

Najis menjadi satu gumplan yang kemas.

Bahagian luar juga akan diselaputi keseluruhan.

Oleh itu, najis mudah untuk dibuang.

3. Enonomical

Economical dari segi penggunaan pasir.

Oleh kerana najis clump dengan bagus sekali, anda hanya perlu dan akan membuang najis yang terkumpul sahaja.
Hanya sedikit najis yang pecah menjadi serpihan/kumpulan kecil.

Tidak banyak pasir yang akan terbazir. 
Menyalin keseluruhan pasir di dalam kotak pasir tidak perlu dengan kerap.

 

Kekurangan Fatty Cat Bentonite Cat Litter

1. Berhabuk

Sejujurnya, ini kekurangan yang paling besar untuk pasir kucing jenis bentonite.

Super penyerapan didatangakan sekali dengan pakej super berhabuk.

Saya tidak main-main bab ini.
Memang super berhabuk.

Tidak kira  samada ketika menuang pasir, semasa kucing melepaskan hajat, ataupun semasa nak menguruskan najis di dalam kotak pasir.

Saya pernah mencuba dua jenama pasir bentonite di pasaran dan kedua-duanya memang barhabuk.

Udara yang tidak bagus untuk kucing dan tuannya.

 

2. Sticky

Bukan sticky seperti gam.

Tetapi, ianya mempunyai risiko untuk melekat pada celahan jari dan kuku kucing.

Kemudian, serpihan kecil mungkin berakhir di dalam mulut kucing semasa kucing menjilat dan membersihkan kawasan tapak kakinya.

 

Kesimpulannya

Pada pendapat saya, pasir kucing bentonite diakui mempunyai penyerapan yang bagus.

Di dalam masa yang sama juga, ia sangat berhabuk.

Adakah anda akan memilih menggunakan pasir bentonite?

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *