8 Tips Elak Bogus Vet & Pilih Doktor Veterinar Bertauliah

8 Tips Elak Bogus Vet & Pilih Doktor Veterinar Bertauliah

TIPS ELAK BOGUS VET & PILIH DOKTOR VETERINAR BERTAULIAH

Pernah tak dengar perkataan bogus vet?
Secara umumnya, bogus vet ini adalah individu yang memberikan lerkhidmatan seakan-akan doktor veterinar.

Tetapi, tidak mempunyai sebarang kelayakan.
Tiada ijazah yang berkaitan.
Dan tiada lesen untuk bergerak sebagai seorang doktor veterinar.

Ayat mudah, vet tipu, vet palsu.

Kenapa isu ini penting buat pencinta kucing?
Supaya mengelak anda dari kekesalan berpanjangan kerana telah membahayakan nyawa anak kucing kesayangan.

Disebabkan bogus vet ini tidak belajar di dalam bidang veterinar,
Mereka tidak tahu keadaan sebenar kucing.
Diagnosis penyakit kucing adalah berbeza mengikut simptom-simptom yang dihadapi.

Apa yang mereka tahu hanyalah kucing demam, kucing selsema, kucing luka.
Risikonya terjadi apabila memukul rata semua keadaan.
Sedangkan isunya mungkin jauh berbeza antara satu kucing dengan kucing yang lain.

Bukan melihat dari luaran sahaja.

Apabila diagnosis tidak tepat, kesannya pada rawatan yang salah.
Dan langsung tidak sesuai untuk situasi kucing tersebut.

Namun, isu ini bukan sekadar memberikan rawatan sakit seperti demam, selsema, dan vaksinasi sahaja.

Malah, ada yang berani menawarkan perkhidmatan pembedahan, termasuk neutering dan spaying.
Pembedahan pada kucing ini bukan main-main ya.

Perlu berhati-hati dengan saluran darah.
Amaun anesthesia (ubat pelali) yang tepat.
Potongan pada kawasan yang tepat.
Kebersihan semasa pembedahan.
Dan sebagainya.

Sebab itu bukan isu main-main.
Sama sahaja seperti pembedahan manusia.

Terutama sekali neutering, mansul kucing betina.
Ibarat seperti melalukan C-Section pada manusia.
Mana ada buat C-section tanpa doktor bertauliah.

Contoh kes-kes yang pernah berlaku kepada pemilik-pemilik kucing selepas dirawat bogus vet:

Menggunakan jarum cucuk lebih dari sekali
» risiko jangkitan penyakit berjangkit dan boleh membawa maut

Ubat yang diberikan lebih dari dos yang sepatutnya untuk kucing
» kucing akan menjadi sakit dan boleh menyebabkan kegagalan organ dalaman

Tertinggal sesuatu di bahagian dalam semasa pembedahan
» risiko berlaku infection yang teruk
» pembedahan kali kedua sekalipun tidak dapat menyelamatkan nyawa

Diagnosis salah
» ubat diberikan salah, tidak merawat langsung, malah memburukkan keadaan
» masalah kesihatan yang mudah dirawat menjadi penyakit yang mengancam nyawa akibat salah ubat dan rawatan yang diberikan.

Pernahkah anda “ter-menggunakan” perkhidmatan bogus vet ini?
Bagi yang pernah melaluinya, ia boleh menjadi satu pengalaman yang ngeri, meruntun jiwa, meragut nyawa.

Yang terselamat pula, mungkin mengambil masa untuk pulih semula dengan kos rawatan yang tinggi.

Sekiranya berjaya mendapatkan nasihat kedua dari doktor veterinar bertauliah,
Barulah menyedari masalah telah menjadi sangat besar,
Sehingga tidak lagi dapat dibantu oleh doktor tersebut.

Di dalam masa yang sama,
Bukanlah bermaksud doktor veterinar itu dapat memulihkan kucing sekelip mata.
Seperti magis.

Dengan satu perkataan sahaja,
Allaakzaam!
Hocus Pocus!
Abracadabra!
Satu saat sudah baik.

Tidak.
Kerana ia juga bergantung kepada tahap kesihatan kucing tersebut.
Sakit biasa atau ianya berpunca dari virus dan bakteria.
Perlu mengetahui punca sebenar di sebalik isu kesihatan tersebut.

Namun begitu, cara doktor veterinar bertauliah memberikan konsultasi dan rawatan adalah berbeza.

Oleh itu, topik yang akan kita kali ini adalah tips memilih doktor veterinar yang bagus dan bertauliah.

Kerana anda layak mendapat yang terbaik.

8 Tips Elak Bogus Vet & Pilih Doktor Veterinar Bertauliah

1. Kemas, Bersih, dan Teratur

Apa yang kemas, bersih, teratur?
Semestinya klinik veterinar tersebut.

Lantai bersih.
Ruang rawatan bersih.
Susun atur bilik kesihatan kemas.
Ruang menunggu kemas dan bersih.
Rak barangan bersih.
Doktor dan pembantu klinik kemas.
Kaunter pendaftaran kemas.

Habuk pun tak ada.

Macam pergi klinik manusia.
Kan semua kemas, bersih, dan teratur.

 

2. Bertanya Soalan Bertubi-tubi

Doktor yang bagus ini akan tanya banyak soalan.
Bertubi-tubi.
Macam peluru machine gun.

Kita pun kena faham juga mengapa doktor banyak bertanya itu dan ini.
Doktor tu bukan dia mengadap 24 jam kucing kita.
Mana la dia tahu apa masalahnya.

He who asks is a fool for five minutes,
but he who does not ask remains a fool forever.

(Sesuai ke konteksnya?)

The point is,
Untuk mengeluarkan diagnosis yang terbaik dan tepat.
Kena lah tahu keadaan pesakit.
Nak tanya kucing, bukannya kucing boleh bercakap bahasa manusia.
Kena lah tanya tuan dia.

Soalan biasa yang akan ditanya termasuklah
Sakit apa?
Bahagian mana?
Berapa lama dah sakit?
Macam mana boleh jadi macam ni?
Kucing indoor atau outdoor?
Makan minum OK?
Bagi makan apa?
Wetfood bagi makan?
Berak kencing OK?
Ada cirit-birit muntah-muntah?
Makan berapa kali sehari?
Ada bagi ubat apa sebelum ni?
Dah vaksin?
Dah mandul?

Kan bertubi-tubi tu.

Dan soalan-soalan lain juga akan ditanya bergantung kepada apa keadaan kucing ketika itu.
Jika sudah ada history dengan klinik, mungkin kurang sikit doktor bertanya.

Ada tak rasa macam kena soal-siasat polis sahaja.

Don’t worry.
Kebanyakan doktor macam itu, bagus-bagus.

 

3. Kaki Bebel

Kaki bebel ni pun salah satu trademark doktor veterinar ni.

..

Jangan marah ya.
Itu compliment sebenarnya.

Tadi kan sudah ditanya soalan-soalan, macam disoal siasat pegawai polis.
Kalau ada tak kena, bersiaplah kena bebel.

Silap hari bulan kena sound pula.
Siapa yang pernah kena sound dengan doktor lebih kurang macam ini?

Kenapa lambat datang rawatan?
Ni kucing tak makan ni. Boleh bahayakan hati. Awak kena pastikan kucing makan, minum air cukup, makan ubat ikut jadual. Tak boleh macam ni.
Kucing dah teruk macam ni kenapa baru nak bawa jumpa saya.
Dari dulu saya dah pesan, jaga sekian-sekian.
Kucing lepas kasi kena kurung. Kalau biar kucing lepas, kucing melompat, berlari sana-sini, risiko jahitan terkoyak. Nasib baik jahitan kuat/jahit double.

OK.
Mungkin bebelnya gaya lain.

Tetapi, pointnya adalah.
Doktor membebel = Doktor bagus

Logik?
Tu tandanya doktor tu concern.
Sebab dia dah banyak tengok kes yang sama.
Berulang kali.
Dan banyak juga berakhir dengan tragik.

Saya tak kata semua doktor bagus itu macam ini.
Ada sesetengahnya.

Tidak juga bermaksud doktor tu marah-marah macam benci sangat atau tak suka.
Itu dah lain pula ceritanya.

Kalau sakit hati pun, ketahuilah sebenarnya anda beruntung dapat doktor yang membebel daripada doktor yang tidak beritahu apa-apa.

 

4. Memberi Penerangan yang Jelas

Doktor yang bagus ini akan memberi penerangan yang jelas.
Dari A hingga Z.

Apa masalahnya.
Puncanya apa.
Macam mana nak selesai.
Apa keperluan penjagaan di rumah.
Apa step seterusnya lepas ni.
Apa kemungkinan bakal berlaku.
Opsyen yang ada.
Risiko yang ada.
Apa masalah yang sebenarnya.

Siap buat demo yang berkaitan lagi.
Sambil buat sambil terangkan.
Supaya mudah nak jaga dan teruskan di rumah.

Dan tanyalah apa-apa soalan.
Doktor akan terangkan satu-persatu.

 

5. Cara Mengendalikan Kucing yang Bagus

Doktor akan mempunyai cara mengendalikan kucing yang bagus.

Bagus tu macam mana?
Sangat subjektif pula rasa soalan ini.

Cara pegang kucing.
Cara angkat kucing.
Cara bagi kucing tu makan ubat.
Bagaimana doktor tu melayan pesakit lah senang cerita.

Tak kisah la kucing tu garang ke tidak.
Mungkin sedikit berbeza cara mengendalikan kucing yang lebih garang kan.

Tetapi, tetap handle dengan bagus.

 

6. Menyimpan Rekod Perubatan

Nampak remeh?
Ya.

Tetapi, remeh-remeh ini mungkin akan menyelamatkan nyawa kucing kesayangan.
Dan mengelakkan dari komplikasi lebih teruk berlaku sekiranya mendapat rawatan yang salah.
Dan menyelamatkan wang ringgit anda.

Praktis perubatan yang baik adalah mesti ada fail rekod.
Setiap pemilik dan setiap kucing mesti ada rekod masing-masing.

Anda juga boleh tahu samada rekod ada ataupun tidak.

Kerana perkara pertama yang doktor akan lakukan sebelum memberi rawatan adalah timbang berat kucing.
Sebab nak dapatkan gambaran lebih jelas tentang kesihatan.
Obese atau berat normal.
Ada pertambahan atau berkurangan.

Prekripsi ubat juga dipengaruhi berat badan.
Supaya tak berlaku kes overdose.

Dah timbang mesti nak kena rekod serta merta.
Bukan seekor dua yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Berpuluh ekor.
Jika tidak direkod dengan baik, nanti tak ingat bukan.

Kecuali kes-kes kecemasan.
Ialah doktor akan beri rawatan dahulu.

Tetapi, doktor masih akan merujuk sejarah rawatan yang lepas, selepas itu.

 

7. Trust your Instinct

Di dalam banyak hal, sebenarnya kita dikurniakan instinct yang sangat bagus.

Jadi, percayakan instinct anda.
Jika anda rasa sesuatu tidak kena, tidak salah mendapatkan pandangan doktor kedua.

Kebanyakannya akan mengenali doktor lain di dalam kawasan/daerah yang sama.

 

8. Sijil Annual Practicing Certificate (APC) Ditayang di Premis

Selain cara-cara di atas, kita boleh mengetahu doktor veterinar yang sah melalui sijil APC.
Sekaligus mengelak daripada bogus vet.

Sijil APC tu apa?
APC = Annual Practicing Certificate

Dan untuk beberepa kes khas, akan menggunakan TPP.
TPP = Temporary Permit to Practice.

Sijil ini merupakan sijil pengiktirafan.
Sijil ini membuktikan bahawa doktor veterinar itu mempunyai kelayakan dan bertugas secara sah.

Kerana doktor veterinar perlu berdaftar di bawah Malaysian Veterinary Council (MVC) dan wajib ada APC.

Sama seperti seorang:
Peguam perlu berdaftar di bawah The Malaysian Bar
Jurutera perlu berdaftar di bawah Board of Engineers Malaysia
Doktor merawat manusia perlu berdaftar di bawah Malaysian Medical Council
Doktor veterinar pula perlu berdaftar di bawah Malaysian Veterinary Council.

Dan sijil ini perlu ditayang di tempat yang mudah dilihat di dalam premis/klinik mereka.

Ini adalah salah satu cara untuk memastikan kita sebagai pengguna memperoleh kepastian serat sedang mendapat rawatan daripada doktor veterinar yang sah.

Jadi, maklumat apa yang kita perlu lihat daripada sijil APC tersebut?
1. Nama penuh doktor
2. Kelayakan (untuk doktor veterinar DVM)
3. Tarikh mendaftar (tempoh sah adalah 1 tahun dari tarikh mendaftar)
4. Nombor pendaftaran

Semua maklumat di atas boleh dilihat pada sijil APC tersebut.

Maklumat-maklumat ini juga oleh diperiksa secara online.

9. Laman Web Malaysian Veterinary Council (MVC)

Kita juga boleh periksa kelayakan doktor tersebut melalui laman web MVC.

Kerana doktor veterinar yang bertugas perlu mendaftar di bawah Malaysian Veterinary Council (MVC).

Sekarang sudah mudah.
Boleh periksa secara online melalui laman web MVC.

Untuk menggunakan link tersebut, kita hanya perlukan nama doktor tersebut.

Maklumat yang perlu kita akan  tahu adalah sama seperti di dalam sijil tersebut.
Nama penuh, kelayakan, dan tempoh sah (tahunan).
Samada masih aktif, sudah expired atau langsung tiada dalam senarai.

. . .

. . .

. . .

Boleh boleh?

.

Adakah anda sedang stress dengan masalah rumah BAU BUSUK kucing, BULU KUCING bertebaran di serata rumah, ALAHAN kucing, anak BERSIN TAK HENTI-HENTI, sehingga dilabel tidak pandai jaga anak dan seakan dipulau oleh saudara-mara, suami dan ibu mertua.

What if saya boleh bantu anda selesaikan masalah-masalah di atas, 24 jam sehari bekerja untuk anda, dengan Penapis Udara Coway. Hubungi kami untuk KONSULTASI PERCUMA.

 

 

 

This Post Has One Comment

Leave a Reply