Kisah Anak Bulus, Kucing

7 Cara Kucing Memberitahu I Love You

7 Cara Kucing Memberitahu I Love You. Kucing dan manusia di bumi dah diketahui tidak menggunakan bahasa percakapan yang sama. Membela kucing juga banyak tanggungjawab, pengorbanan, dan juga kasih sayang yang dicurahkan oleh pemilik macam anda dan saya. 

Tetapi, kucing sayangkah pada kita?

Gila namanya kalau kata nak dengar kucing kata I Love You ikut bahasa kita. Tetapi, nak menunjukkan kasih sayang bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi perbuatan juga.

Nak tahu macam mana cara kucing memberitahu I Love You kepada? Jom lihat 7 cara kucing lakukannya supaya anda sentiasa tahu kucing juga menyayangi anda.

7 Cara Kucing Memberitahu I Love You

1. Berguling & Bellies Up

Pernah lihat keadaan di mana kucing anda tiba-tiba merebahkan badan ke lantai dan berguling sehingga menampakkan perutnya? Bukan setakat badan sahaja, sekali dengan riak muka manja dan mengada ditunjukkan untuk mendapatkan perhatian. 

Itu maksudnya kucing merasa sangat selesa dan mempercayai anda seluasnya. Ianya sama sekali tidak bermaksud “tolonglah datang dan usap perut saya”.

2. Head butting

Ini kami panggil waktu menyondol kepala. Sebab kami ada seekor kucing ni yang suka buat head butt ni dengan penuh semangat. Ada masa yang lain pula, mereka akan bergesel-gesel di anggota abdan ataupun muka dan pipi. 

Yang mana satu perkara yang mereka lakukan sebenarnya ada satu tujuan sahaja. Mereka nak menanda kawasan iaitu saya dan anda. Bukan setakat kawasan statik sahaja, kawasan yang bergerak pun nak ditanda.

Sebab apa?

Sebab kucing dah bagi ‘bau’ dia pada kita. Bila ‘bau’ dah sama, maksudnya kita geng atau kita satu keluarga.

Dalam erti kata lain kucing nak bagitahu yang “I love you, & YOU are mine“.

3. Kneading/’Menguli’

Aktivit ‘menguli’ bermula ketika kucing masih kecil lagi. Kucing menguli semasa menyusu dengan ibunya. Terdapat beberapa sebab mengapa kucing melakukan kneading. Salah satunya membantu pengaliran susu yang bagus dan berterusan. Ia juga merupakan tanda kucing itu kucing selesa dan merasa selamat.

Oleh itu, sekiranya kucing anda berbuat demikian kepada anda, anggaplah ia sebagai satu pujian buat anda.

4. Purring

Purring ni memang selalu dirasai terutamanya bila kucing nak minta dibelai, atau sewaktu kita membelai. Tak kisah la masa tu dia duduk atas badan ke, atau duduk atas riba ke, mereka akan mengeluarkan bunyi yang unik itu. Sebab tu la kita pun rasa semacam tenang aje kan.

Tambahan pula, untuk yang membela lebih dari seekor kucing mungkin akan perasan bunyi setiap purring mereka juga berlainan. Ada yang frekuensinya laju sikit, ada yang perlahan sedikit, ada yang kuat, ada pula yang slow bunyinya. Gaya pernafasan pun lain-lain. Tak percaya cuba la lepas ini dengan kucing-kucing anda. 

Purring tidak semestinya bermaksud kcuing itu bahagia dan gembira kerana kucing juga membuat bunyi itu sekiranya dia berada dalam takut atau tercedera. Namun begitu, sekiranya kucing anda membuat bunyi ketika menggesel-gesel di kaki anda atau ketika sedang duduk di atas riba anda, yakinlah bahawa kucing sedang berada dalam keadaan yang gembira dan tenang.

5. Slow Blink

Slow blink / berkedip dengan perlahan bukanlah bermakna kucing tu sombong. Itu merupakan salah satu tanda kucing anda sayangkan anda sebenarnya. Sebab apa saya kata sombong? Sebab kucing saya nama Miko suka buat slow blink ni sambil menjeling pandang ikut side. Nampak luarna macam sombong pula, tapi sebenarnya nak beri lebih kasih sayang tu. 

Dalam dunia kucing, memandang ke arah mata kucing yang tidak dikenali adalah merupakan suatu cabaran. Maksudnya, dia nak ajak beradu. Boleh jadi sebabnya kerana nak tunjuk jaguh dan mendapatkan hak untuk mengawan ataupun hak kawasan. 

Tetapi, dengan kucing atau orang yang dia percaya dan selesa lain pula cara pandangnya. Bukan setakat percaya, tapi betul-betul percaya dan selesa dengan anda bila kucing melakukan slow blink.

Saya tak pasti dengan anda, tapi saya akan balas semula dengan slow blink juga. Kalau orang yang kita sayang cakap I Love You, kena la balas dengan I Love You Too kan?

6. Mengekori Anda

Ada pula kucing menyatakan I Love You dengan mengekori anda ke mana sahaja. Anda ke kanan, kucing akan ke kanan, anda ke kiri, kucing pun akan ikut ke kiri. Mengekor ke mana sahaja anda pergi. 

Pernah tak kucing mengekori anda sampai ke bilik air, atau anda dikejutkan dari tidur dengan lembaga berbulu di muka anda? Jika ya, itu tandanya kucing menyayangi andadan suka berada di samping anda. 

Macam stalker pula. Tapi yang penting stalker yang ni comel tak terhingga.

7. Memberi Hadiah

Akan ada satu ketika di mana anda mungkin menerima ‘hadiah’ daripada kucing anda. Sekiranya,kucing anda merupakan kucing indoor, anda masih boleh merasa selesa kerana ‘hadiah’ yang anda terima mungkin terdiri daripada alat permainan mereka atau mungkin juga dari barang-barang diambil rawak di dalam rumah.

Walaubagaimanapun, kisah yang berbeza mungkin terjadisekiranya kucing anda merupakan kucing indoor-outdoor. Senyuman pagi dari kucing anda mungkin diiringi dengan bangkai haiwan yang sudah mati di depan pintu rumah anda.

Jangan terkejut kerana kucing anda hanya mahu memberikan hadiah sebagai tanda cinta dan sayang serta sebagai tanda terima kasih kepada anda dengan berkongsi kemenangan dengan anda iaitu hasil buruannya yang berjaya ditangkap. 

“We Love You Too”

Sekarang sudah pasti bahawa kucing juga sayangkan anda. Cuma cara kucing memberitahu I Love You sedikit berbeza dari kita. Semestinya haiwan juga tahu berkasih-sayang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *