Susahnya Nak Beri Kucing Makan Ubat Pil!

Susahnya bagi kucing makan ubat

SUSAHNYA NAK BERI KUCING MAKAN UBAT PIL! (8 TIPS)

“Adooooiiiii!!”
“Sakitla!”

“Nak bagi makan ubat je pun. Supaya sihat. Meronta macam dunia nak kiamat.”

“Geram betul.”

Nak beri kucing makan ubat?

Boleh trauma dibuatnya.
Sebab apa?
Kena cakar.
Kena gigit.

Cakar dengan gigit ni bukan jenis main-main.
Sungguh-sungguh kucing bagi.

Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Bagai mencucuk sampai ke otak,
rasa seperti kepala akan pecah bila-bila masa sahaja.

Kalau ada sakit yang boleh berjangkit kepada manusia.
Kan dah bahaya pada kesihatan.

Hanya disebabkan oleh sebiji pil yang besarnya adalah seperti biji kacang hijau.
Menggeliat-geliat badan 360 darjah.

Kalah ahli akrobatik gayanya.
Macam dunia ini sedang mengalami kehancuran,
dan sedaya upaya nak “menyelamatkan” diri.

Mungkin masa itu, anda pun dah tak nampak kucing tu macm kucing lagi dah.
Sudah jadi lembaga hitam, dengan ajaibnya membesar 200 kali ganda.

Tiba-tiba kucing comel sudah bertukar menjadi BADAK hitam dalam sekelip mata.

Pening kepala.
Sakit kepala.
Sudah kena cakar.
Digigit pula.
Geram.

Mungkin itu realiti yang sedang berlaku.
Sekarang.
Pada masa ini.

Saya faham.
Kita sebenarnya mahukan mereka ini sihat semula,
Ceria semula,
Aktif semula,
Dan elak risiko kepada penyakit lebih serius.

Tetapi, lain pula yang jadinya.

Persoalannya,
sampai bila mahu biarkan semua itu terus begitu?

Mahu tidak mahu, akan ada masa kita terpaksa buat sendiri di rumah.
Tidak kira apa sebabnya.

Mungkin sekadar memberi ubat cacing secara berkala.
Vitamin.
Atau ubat antibiotik.
Mungkin juga ubat tahan sakit.

Bergantung kepada isu kucing tersebut.

Kalau diberinya 2 atau 3 ubat untuk satu-satu masa.
Pengsan.

Jadi, bagaimana nak beri kucing makan ubat pil dan melayan perangai kucing-kucing yang pelbagai ragam ini?

Jom ikut tips nak beri kucing makan ubat di bawah.

7 Tips Nak Beri Kucing Makan Ubat

1. Buat di Atas Meja

Tips pertama kita adalah buat di atas meja dan bukan atas lantai.
Seperti di klinik.

Di klinik kan doktor menggunakan meja.
Cuba tiru ketinggian meja dan posisi doktor.

Doktor kan mengendalikan haiwan setiap hari.
Jadi, sudah pasti mereka perlukan posisi yang terbaik supaya mereka dapat mengawal haiwan seperti kucing.

Cuba cari tempat yang boleh kita gunakan,
yang menyerupai meja di klinik.

Posisi berdiri tersebut bukan sahaja
malah, stabil bagi doktor memegang, mencapai, dan mengendalikan haiwan.

Terutama apabila haiwan itu cuba untuk bergerak.

Begitu juga di rumah bagi mengendalikan kucing,
terutamanya yang tidak tahu duduk diam semasa mahu diberi makan ubat.

Lebih mudah mengawal berbanding melakukannya di atas lantai.
Di mana posisi anda kurang stabil.
Menyebabkan kucinng lebih mudah melepaskan diri dari pegangan anda.

Apabila berdiri dan menggunakan meja,
Posisi yang kemas dan tegap,
Pergerakan kucing lebih mudah anda matikan/kunci.

2. Lakukan 2 orang

Tips yang kedua adalah dapatkan bantuan.
Jangan lakukan seorang.

Apa yang penting?
Kerjasama.

Kerjasama yang baik akan membuahkan kejayaan.
Dua orang yang memegang lebih mudah untuk mengunci pergerakan kucing.

Minta ahli keluarga untuk membantu memegang kucing di bahagian belakang sementara anda beri kucing makan ubat tersebut.

3. Sorok di dalam Makanan

Cara ini adalah cara yang selamat dan mudah untuk beri kucing makan ubat pil.

Biasanya kita akan gunakan wetfood.
Dan pastikan wetfood tersebut adalah makanan kegemarannya.
Yang dia akan berlari-lari datang dari jauh lagi apabila terbau.
Atau tak panggil lagi dah datang sendiri.

Kucing lapar dan menunggu waktu makannya adalah yang terbaik,
Sebab kucing akan makan bersungguh-sungguh.

Sehingga tidak perasan ubatnya.

Ha, makanan yang ini yang kita mahukan.
Tidak kisah makanan dalam tin ataupun homemade.
Kita mahu yang PALING kucing kita suka.

Apa wetfood kegemaran kucing anda tu ya?

OK.
Dah sedia dengan wetfood, bagus.

Ada beberapa trick yang anda boleh gunakan.
Tidak kisah nak buat bagaimana, asalkan kucing makan ubat tersebut.

Satu,
Letak sahaja ubat ke atas makan makanan tersebut,
Atau sorokkan sedikit di dalam makanan,
dan biarkan kucing makan sendiri pada pinggannya.

Kalau kecik, tak perlu patahkan.
Kalau ubat besar, boleh patah-patahkan terlebih dahulu.

Dua,
Balut ubat dengan sedikit makanan dan berikan pada kucing.
Yang ini lebih jimat untuk anda sekiranya kucing tidak mahu makan pada suapan pertama.

Atau apabila ubat besar dan perlu dipatahkan kepada lebih kecil.
Atau ada beberapa biji ubat yang perlu diberi makan pada masa yang sama.

Sebab anda boleh cuba lagi.

Beri sedikit demi sedikit.
Oleh itu, kita dapat pastikan ubat tersebut telah dimakan.
Jika tidak, lebih mudah nak ulang kerana kucing masih mahukan makanan tersebut.

Kucing akan rela hati makan makanan tersebut berbanding apabila dipaksa makan.
Betul kan?

Tiga,
Hancurkan/tumbuk pil tersebut dan gaul dengan makanan.

Sebab itu kita nakkan makanan kegemaran,
yang ada bau sedap meletop-letop,
meleleh air liur.

Salah satunya boleh menutup bau dan rasa ubat itu sendiri.

Cara ini mudah, cepat dan tenang untuk memastikan kucing makan ubat yang dibekalkan.

Ada kucing yang akan makan semuanya, ubat dan makanan, sehingga habis.
Dengan baik sekali.
Habis licin.

Masa ini boleh berbangga dengan usaha anda.
Jangan lupa senyum lebar ya.

Dan jangan lupa juga berikan ganjaran kepada kucing anda.
Seperti membelai.
Dan memuji kucing anda kerana makan ubat dengan baik.

Bukan anda sahaja sukakan pujian dan perhatian.

Tetapi, ada juga kemungkinan kucing tidak makan ubat tersebut.
Yang dihabiskan hanya makanan tersebut.
Ubat tak bersentuh langsung.

Sutuasi lain pula,
Kalau masukkan beberapa ubat sekaligus, atau
Hancurkan ubat dan gaul dalam makanan,
Langsung tak bersentuh makanan tersebut.

Walaupun makanan itu makanan kegemarannya.
Kerana bau ubat tersebut lebih menguasai, terus mematikan selera.

Ada tak yang kucing kesayangan berkelakuan seperti itu?
Itu adalah kemungkinan yang boleh berlaku.

4. Gunakan Pill Gun/Pill Popper

Pill popper adalah satu alat untuk bantu pegang ubat pil.
Jika tidak mahu pegang dan suap guna tangan,
Boleh guna pill popper.

Buat seperti cara manual menyuap ubat.
Ngangakan mulut kucing dan masukkan ubat ke tekak menggunakan pill popper.

Boleh juga menyuap melalui bahagian tepi seperti memberi ubat jenis cecair.
Tetapi pastikan kita masukkan hujung pill popper yang mempunyI ubat sehingga ke tengah supaya masuk terus ke tekak kucing dan kucing akan menelan ubat tersebut.

Ia amat mudah didapati di kedai barangan haiwan ataupun di klinik haiwan.

5. Gunakan Syringe

Cara yang lain untuk beri kucing makan ubat pil adalah dengan menggunakan syringe.

Boleh pecahkan sehingga agak halus.
Campurkan sedikit air, cukup sekadar supaya boleh disedut ke dalam syringe.
Konsepnya adalah menjadikan ubat dalam bentuk cecair.
Dan suap seperti memberi makan ubat jenis cecair.

Kita tidak mahukan terlalu banyak air kerana sesetengah ubat adalah pahit.

Sedikit sahaja diperlukan.
Dan kita mahukan kucing menelan dengan pantas.

6. Bedung Kucing

Tips seterusnya pula adalah bedung/bungkus keseluruhan badan kucing.
Lakukan terbaik dan dengan kemas.
Dan pastikan kaki hadapan juga tidak dapat dikeluarkan.

Supaya kucing tidak dapat bergerak.
Anda selamat dari dicakar.

Seakan-akan bedung baby.
Kepala sahaja yang kelihatan.

Masa itu, nampak comel dan innocent sangat.
Dengan mata terkebil-kebil.

Tetapi,
Kuatkan semangat kerana kita nak pastikan kucing makan ubat yang dibekalkan, ikut masa yang ditetapkan.

7. Sediakan Sedikit Air

Sebagai langkah tambahan dan berjaga-jaga,
Boleh sediakan sedikit air di dalam syringe.
Air untuk kucing minum.

Air akan bantu kucing telan ubat tersebut.
Sejurus selepas menyuap ubat, masukkan sedikit air ke dalam mulut kucing.

8. Pergi ke Klinik

Yang ini juga boleh.
Anda tak perlu buat apa-apa.
Tak perlu melayan kerenah kucing tak mahu makan ubat.
Tak perlu pening-pening.
Tak perlu kena cakar.

Bawa sahaja ke klinik dan minta doktor uruskan, semua selesai.
Mungkin ada sedikit cas yang akan dikenakan.

Dalam masa yang sama, anda boleh mencuba terus di situ.
Practice makes perfect.

Mungkin yang anda perlukan hanyalah beberapa kali percubaan untuk mendapat rentaknya.

Jadi, yang mana satu mahu digunakan?
Mana-mana sahaja yang berjaya membuatkan kucing anda makan ubat tersebut.

Jika tidak berjaya, boleh gunakan cara lain.
Dan gabungkan beberapa tips untuk mendapat kesan yang lebih baik.

Ada tips lain yang anda gunakan untuk beri kucing makan ubat pil?
Boleh sharekan pada ruangan komen di bawah.

Mungkin berguna pada teman-teman di luar sana.

Share bersama rakan yang lain jika bermanfaat.

Adakah anda sedang stress dengan masalah rumah BAU BUSUK kucing, BULU KUCING bertebaran di serata rumah, ALAHAN kucing, anak BERSIN TAK HENTI-HENTI, sehingga dilabel tidak pandai jaga anak dan seakan dipulau oleh saudara-mara, suami dan ibu mertua.

What if saya boleh bantu anda selesaikan masalah-masalah di atas, 24 jam sehari bekerja untuk anda, dengan Penapis Udara Coway. Hubungi kami untuk KONSULTASI PERCUMA.

 

This Post Has One Comment

Leave a Reply