Penjagaan Kucing, Travelling

Bawa Kucing Naik Kereta Mudah & Tenang untuk Perjalanan Jauh dengan 15 Tips Ini

15 TIPS BAWA KUCING NAIK KERETA UNTUK PERJALANAN JAUH.

Vroom Vroom

Musim cuti sekolah atau perayaan hampir tiba.

Jadi, satu keluarga merancang mahu pulang ke kampung halaman.
Seperti kebiasaan bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Tetapi, ada satu perkara penting yang perlu diambil kira untuk pencinta kucing.

Bagaimana dengan kucing kesayangan.

Nak letak di mana?

Sebahagian mengamil keputusan tinggalkan di pet hotel.
Ada pula yang menggunakan servis pet sitter.
Ada yang memilih untuk tinggalkan kucing di rumah.

Tidak kurang juga yang membawa kucing bersama pulang ke kampung.

Ada beberapa pantang larang yang perlu dijaga bagi setiap pilihan tersebut.
(Ada pantang larang juga tau.)

Entri kali ini kita akan fokus pada tips dan pantang larang semasa bawa kucing naik kereta untuk perjalanan jauh.

Oleh itu, kita mahukan perjalanan berjalan lancar.
Dan cuba mengekalkan ketenangan kucing dan pencinta kucing.

Kucing tenang, anda juga tidak stress.

Sebab perjalanan kan jauh, 3 jam, 4 jam, 5 jam, 9 jam.
Untuk musim perayaan pula, mungkin perjalanan akan lebih lama dari biasa.

15 Tips Bawa Kucing Naik Kereta untuk Perjalanan Jauh

1. Gunakan Carrier/Cage

carrier kucing

Cara paling selamat dan senang nak bawa kucing naik kereta dengan tenang adalah menggunakan carrier.
Sebab itulah perlu ada carrier.

Walaupun tidak digunakan selalu, akan guna untuk perkara yang penting.
Contohnya untuk travelling.
Atau nak bawa kucing ke klinik.

Tak kisah carrier yang dibeli atau DIY.
Yang penting kucing kukuh dan ada ruang yang selesa untuk kucing.

Semasa memandu kita kena fokus.
Lebih-lebih lagi memandu seorang sahaja. 

Ada carrier senang.
Tak perlu risau kucing berlegar-legar di dalam kereta.

Lebih bahaya jika kucing pergi ke bahagian pemandu.
Mungkin kerana ruangan di bawah itu gelap membatkan kucing tertarik.
Atau pemandangan yang terlebih menarik pada dashboard.

Untuk kucing yang terlebih stress apabila naik kereta sesuai sangat gunakan carrier.

Mungkin kucing tidak biasa menaiki kereta dan tidak biasa dengan persekitaran yang baru.
Tidak tentu arah jadinya di dalam kereta.

Sekejap ke depan, sekejap ke belakang.
Mengiaw tak berhenti.
Nak memandu pun tidak senang.

Penyelesaian terbaik, ambil kucing dan letak di dalam carrier.
Kucing ada tempat menyorok, lebih tenang dan tenteram.

Anda juga tenang ketika memandu.


2. Latihan

Biasa dengar orang cerita,
“Kucing saya bukak sahaja pintu kereta, laju je masuk. Nak ikut berjalan sekali”

Tak perlu adegan drama kejar-mengejar atau paksa-memaksa.

Kita ni punya la susah hati nak bawa kucing naik kereta.
Orang lain senang-senang sahaja.

Rahsianya:
Mereka sudah latih kucing naik kereta.

Sebenarnya, kucing anda pun boleh juga begitu.

Perkara penting yang perlu ada: Treats/favourite food kucing.
Sebagai hadiah di akhir sesi latihan.

Dapat ganjaran, barulah kucing lagi teruja nak naik kereta.
Sebab bila naik kereta sahaja, mamy bagi hadiah best.

Macam budak-budak.
Teruja apabila ibu bapa ajak berjalan keluar.

Sebab boleh dapat sesuatu yang digemarinya.

Untuk permulaan:
Gunakan bantuan carrier.
Perjalanannya singkat.

Warm up dahulu.

Objektifnya, mahu kenalkan kucing dengan bau kereta dan situasi kereta yang bergerak.

Sekiranya kucing nampak OK dan biasa, boleh tambah jarak perjalanan dari masa ke semasa.

Akhir sekali jangan lupa beri ganjaran buat si comel.


3. Beri Ganjaran

Yang ini kita sudah ceritakan juga bersama poin nombor 2.

Bawa kucing naik kereta boleh menjadi pengalaman yang gembira untuk kucing.

Mudah sahaja.
Selepas selesai sesi meronda, tidak salah untuk berikan sedikit ganjaran sebelum turun dari kereta.

Semestinya ganjaran berupa makanan yang digemari kucing atau cat treats.

Supaya kucing anda rasa suka duduk dalam kereta.
“Nanti mamy bagi treats” kucing kata.


4. Sediakan Satu Beg Khas Keperluan Kucing

Sebaiknya, sediakan satu (atau dua) beg khas keperluan kucing.

(Psst, kucing pun nak beg travel sendiri.)

Eh, yeke?

Betul dan benar.

Beg 1:
Kibbles, makanan basah, toys, bekas makanan, tuala/kain atau selimut extra, susu, botol sus dan sebagainya.

Beg/bekas 2:
Kotak pasir, pasir kucing, scoop

Keperluan selain makanan boleh bawa yang extra dan tinggalkan di kampung.
Next time, tak perlu bawa banyak barang.

Nak lebih mudah, kibbles dan pasir kucing masukkan dalam container dan bukan dalam plastik asal.
Lebih kemas dan lebih mudah nak dibawa.

Apabila nak bawa kucing naik kereta balik kampung, barulah senang dah ada begnya sendiri.

Tak adalah anda tercari-cari barang keperluan kucing di sana sini.


5. Puasakan Kucing

Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, perkara mesti dilakukan berhenti di RnR untuk menjamu selera.

(Walaupun hakikatnya duduk sahaja sepanjang perjalanan. Eh?)

Tetapi, kucing perlu dipuasakan.

Yang ini perkara penting sekali.

Bukan puasakan kucing speperti sebelum nak mandulkan kucing itu.

Puasakan kucing 3-4 jam sebelum bertolak.
Supaya kucing ada masa berak dan kencing sebelum bertolak.

Penting untuk keselamatan diri anda di dalam kereta.
Selamat dari penderaan bau tahi dan hancing di dalam kereta.

Dan mengelakkan kucing muntah di dalam kereta akibat pening dan loya.

Terseksa tau terpaksa menahan bau.
Lebih-lebih lagi jika hentian rehat seterusnya masih jauh.

Mahu buka tingkap, siang hari cuaca panas.
Dan bahaya kucing boleh melompat keluar.

Oleh itu, rancang masa perjalanan anda supaya anda dapat memberi masa untuk kucing anda berak dan kencing sebelum perjalanan bermula.


6. Tiada Makanan & Minuman di dalam Carrier

Mungkin anda rasa nak mudahkan kucing makan apabila ia rasa lapar.

Sebenarnya ia lebih menyulitkan keadaan.

Air akan tumpah kerana kereta bergerak-gerak.
Tumpah pula ke dalam makanan.

Bukan sekadar makanan, dalam carrier pun basah.

Makanan pun mungkin tertumpah sebab kucing bergerak di dalam ruang carrier yang  mengecil.
Bersepah.

Kucing jadi stress sebab ruang dalam carrier basah dan bersepah.
Dan bertambah kerja anda di dalam kereta untuk bersihkan segera.

Lambat-lambat nanti kesejukan pula kucing dengan suasana aircond.

Lebih mudah dengan tidak meletakkan sebarang makanan atau minuman di dalam carrier/cage.
Kucing juga lebih selesa dengan ruang carrier yang lebih luas.

Sekiranya anda nak beri kucing makan, boleh beri sedikit untuk mengalas perut kucing di hentian RnR.


7. Asingkan Sedikit Makanan Kucing

Asingkan sedikit makanan kucing dan simpan di tempat yang mudah dicapai.

Anda boleh gunakannya sebagai mengalas perut kucing andai perjalanan jauh atau mengambil masa yang lebih panjang dari biasa.

Maklumlah, yang pulang kampung bukan kita sekeluarga sahaja.
Jalan raya oula terlebih sesak.

Atau,

Perjalan dari Pulau Pinang ke Johor, KL ke Perlis, Johor ke Kelantan.

Makanan ini anda boleh berikan kepada kucing untuk mengalas perut.

Kasihan juga. Sudah berpuasa berjam-jam.
Lapar juga mereka.

 


8. Alas Carrier/Cage

Anda boleh guna tuala, kain, atau pelapik khas kucing.

Buat tebal-tebal. Sedap seperti kerusi kereta yang empuk.
Kan lembut. Nak baring pun selesa untuk perjalanan yang lama.

Kucing pun tak ada lah mabuk sangat.
Kerana ada penyerap hentakan yang high quality.

Alas juga berguna sekiranya kucing tiba-tiba membuang air.
Mungkin kerana penggunakan pendingin hawa yang menyejukkan.

Kucing juga terasa mahu terkencing lagi.

Sekurang-kurangnya ada kain alas.
Boleh ditukar dengan mudah.

Lebih mudah berbanding membersihkan carrier sewaktu di dalam perjalanan.

Ada juga yang meletakkan surat khabar pada lapisan atas sekali supay mudah diganti andaikata kucing kencing.

Serampang dua mata.

Objektifnya adalah nak memastikan kucing selesa.
Dan sebagai pertahanan pertama sekiranya kucing terkencing di dalam perjalanan.

Apa-apa jenis alas yang anda gunakan, pilihlah yang kucing anda paling selesa.

(Amboi, seperti besar pula mandat kucing ini ya.)


9. Tutup Carrier dengan Kain

Ada juga situasi di mana kucing masih mengiaw dan kelihatan resah walaupun setelah menggunakan carrier.

Sekiaranya anda mengalami situasi begitu, cuba tutup carrier dengan kain.
Tetapi, pastikan juga kucing ada ruang udara untuk bernafas.

Suasana yang gelap dan seperti gua, seolah-olah tempat persembunyian yang sempurna.
Gelap dan tenteram.

Kucing akan merasa lebih selamat dan tenang.


10. Baca Jampi

kucing tidur

“Haai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin”

Eh, bukan yang itu.
Jauh menyimpang tu.

Bacalah ayat Kursi dan hembus perlahan pada muka kucing.
Dalam hati niatkan perjalanan dipermudahkan dan niatkan kucing tenang dan berperangai baik sahaja di dalam perjalan.

Ulang 2 3 kali semasa nak mulakan perjalanan.
Dengan izin Allah kucing akan lebih tenang sepanjang perjalanan.

Sambil-sambil itu boleh berzikir, dan berselawat.

Selain itu, elakkan membuka radio dengan kuat.
Akan membuatkan kucing bertambah stress dan tidak duduk diam.


11. Berhati-hati Semasa Membelok

Bawa kucing dalam kereta ini, gaya pemanduan kena berhemah seperti ada bayi dalam kereta.

Bayi tidak boleh nak kawal diri dengan baik jika belok tajam, laju dan mendadak.

Bukan seperti orang dewasa.
Boleh seimbangkan badan mengikut rentak. 

Kereta membelok laju, kucing bukan senget-senget badan ikut membelok.
Terus tergolek dalam carrier itu.

Silap gaya, dengan carrier tu bergolek sekali.

Jadi, berhati-hati semasa membelok dan juga membrek.

Amalkan gaya pemanduan berhemah.

Baby on board.

Bukan . . . 

Ini, cats on board.


12. Pakai Leash

Anda juga boleh menggunakan leash sebagai alternatif menggunakan pet carrier.

Leash yang bersambung dengan badan sekali.
Lebih kemas memegang badan kucing.

Kaedah ini anda boleh gunakan sekiranya ada individu lain yang boleh menjaga dan memerhatikan kucing sepanjang perjalanan.

Pulang ke kampung mungkin bersama satu keluarga.
Ruang pula telah dipenuhi barang.

Jadi, tiada ruang untuk banyak carrier.

Leash akan menghadkan pergerakan kucing.
Dan mengelakkan kucing pergi ke bahagian pemandu.


13. Guna Pasir Kucing Scentless

Kucing dalam carrier ada alas sebagai langkah keselamatan.

Bagi kucing yang bebas di dalam kereta, mungkin anda nak sediakan satu bekas pasir kucing.

Sekiranya anda memilih begitu, gunakan pasir kucing yang tiada bau (scentless) atau gunakan yang natural scented.

Bau pewangi dari pasir kucing mungkin terlalu kuat untuk keadaan kereta yang tertutup.

Dan gunakan pasir yang fresh.
Anda tidak mahu duduk di dalam kereta yang dipenuhi bau tahi.

Pening kepala.


 14. Buka Pintu Berhati-hati

Terutamanya jika kucing tidak duduk di dalam carrier.

Berhati-hati membuka pintu kereta untuk mengelakkan kucing anda meluru keluar di tempat awam.


15. Gunakan Ubat Pelali

Selain usaha-usaha fizikal, anda boleh memilih menggunakan ubat pelali.

 Ubat pelali khas untuk bawa kucing travel.
Bukan ubat manusia.

Jadi, kucing anda akan tidur sepanjang perjalanan.

Ubat ini boleh didapati di klinik veterinar.
Bincang dengan doktor anda jenis ubatan, dos yang terbaik dan sesuai dengan kesihatan kucing pada masa itu.

Semoga Anda Tiba di Destinasi dengan Selamat

 Ke mana sahaja destinasi anda, saya harap anda sekeluarga tiba dengan selamat bersama bulus-bulus kesayangan.

Di dalam masa yang sama, boleh aplikasikan beberapa tips bawa kucing naik kereta untuk perjalanan jauh seperti yang dikongsikan di atas supaya perjalanan anda lebih tenang dan lancar.

Kongsikan tip ini bersama rakan anda.

 

3 thoughts on “Bawa Kucing Naik Kereta Mudah & Tenang untuk Perjalanan Jauh dengan 15 Tips Ini

    1. begitulah..
      sebab kucing tidak duduk diam boleh mengganggu pemanduan..
      terutama sekali jika termasuk ke bahagaian pedal minyak dan brek..

      lebih mudah dan selamat dengan mengambil langkah pencegahan awal..

  1. Kalau nak bawa kucing naik flight dari semenanjunh ke sabah pula macam mana.. and if dia bunting bole bawa naik flight ke.?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *