Pemakanan, Penjagaan Kucing

Adakah Kucing Perlukan Mangkuk Makanan Berasingan?

Adakah Kucing Perlukan Mangkuk Makanan Berasingan? Mempunyai satu bekas atau mangkuk makanan yang boleh digunakan oleh kesemua kucing peliharaan kelihatan lebih mudah.

Ianya menjimatkan ruang, dan boleh juga mengelakkan pembaziran makanan kerana makanan akan tertumpu pada satu kawasan sahaja. Anda juga boleh menjimatkan masa menguruskan keseluruhan kawasana makan dan menguruskan mangkuk makanan yang lebih sedikit.

Tetapi, bagaimana pula dengan kucing anda?

Adakah masa makan berjalan dengan lancar antara kucing-kucing anda?

Penyediaan begini mungkin tiada masalah bagi kucing anda dan mereka boleh berkongsi dengan baik. Namun, terdapat kucing lain pula tidak menyukai untuk berkongsi makanan di dalam bekas yang sama. Kadangkala berakhir dengan pertengkaran antara kucing-kucing tersebut.

Adakah Kucing Perlukan Mangkuk Makanan Berasingan?

Menyediakan mangkuk makanan yang berasingan untuk kucing mempunyai beberapa kelebihan kepada kucing kesayangan dan membantu mengembalikan keamanan antara kucing-kucing tersebut.

1. Jumlah yang Berbeza

Bagi yang memelihara lebih dari seekor kucing terutamanya pasti perasan yang corak badan, tingkah laku, setiap kucing itu berbeza. Tiada 2 ekor kucing yang sama. Comel, cantik dan hensem sama macam tuannya, kan?

Bukan setakat itu sahaja, bab makan juga lain-lain. Walaupun umur kucing-kucing kita ni sama/hampir sama, tetapi ada yang makan lebih banyak, ada yang makan sedikit, ada yang makan gelojoh, ada yang makan sopan sangat-sangat.

Jika kita berikan semua makan secara berkongsi, yang makan dengan lebih cepat atau makan dengan lebih banyak ini akan mengambil bahagian yang lebih banyak berbanding yang lain. Sesetengah yang lain pula tidak mendapat bahagian yang mencukupi. Bagi yang bersaiz lebih besar pula akan mendominasi mangkuk makanan sehingga yang lain terpaksa mengelak pula atau mencuri-curi makan.

Kenapa situasi tersebut tidak bagus?

Pertama, kawasan makan anda menjadi lebih bersepah setiap kali masa makan kerana ada kucing yang akan menarik keluar makanan dari mangkuk makanan di dalam usaha mendapatkan makanan tersebut. Kucing juga mungkin melarikan makanan tersebut ke tempat yang lebih jauh dan sekaligus menyepahkan pula kawasan tersebut. Kedua, kucing yang baru menyertai keluarga kucing anda mungkin belum dapat menyesuaikan diri dan akhirnya tidak mendapat makan dengan baik kerana perebutan tersebut.

Ketiga, kucing yang tidak sihat/sakit mungkin tidak akan memakan langsung makanan tersebut kerana mengelakkan perebutan makanan yang sukar itu. Kesannya, kucing akan bertambah sakit dan lemah kerana kelaparan.

Keempat, kucing terdorong untuk memakan dengan cepat dan gelojoh. Apabila kucing makan begini, kucing cenderung untuk memuntahkan makanannya kemudian kerana makan terlalu cepat. Satu lagi kotoran untuk anda selesaikan dan kucing menjadi lapar semula.

2. Diet Khas

Terdapat kemungkinan kucing anda memerlukan diet khas berbanding yang lain sepanjang tempoh hayat kucing itu. Keperluan diet khas untuk kucing tersebut mungkin disebabkan oleh peningkatan umur, masalah kesihatan (sakit buah pinggang yang kronik, masalah gigi dan gusi dan sebagainya), anak kucing yang masih kecil yang memerlukan makanan yang lebih lembut, kucing yang terlalu yang memerlukan diet rendah kalori, alergi makanan dan sebagainya.

Setiap situasi memerlukan diet yang berlainan sesuai dengan situasi mereka. Mempunyai hanya satu bekas makanan bermakan kucing-kucing anda akan memakan makanan yang sama di saat mereka memerlukan diet yang lebih spesifik.

3. Keagresifan

Kucing juga boleh menjadi agresif jika mereka makan di dalam mangkuk makanan yang sama. Samada kucing boleh berkongsi atau tidak dengan berkongsi mangkuk makanan bergantung kepada kucing anda, kerana terdapat kucing yang boleh menerimanya. Sesetengah ang lain pula langsung tidak menyukainya dan akan menderam kepada kucing lain yang menghampiri, dan ditambah pula dengan serangan tamparan sepantas kilat.

Ianya berbalik kepada naluri kucing dalam meneruskan hidup serta fakta yang makanan merupakan keperluan hidup yang paling asaa , kucing mungkin merasa dicabar, terancam dan merasakan makannya dicuri jika berkongsi. Bagi mereka, kelakuan agresif hanyalah untuk mempertahankan sumber makanan mereka dari kucing lain.

Penyelesaian

Saya juga mempunyai beberapa ekor kucing dan ada antara mereka yang tidak kisah berkongsi mangkuk makanan dan yang lain pula sangat tidak suka diganggu kawasan makanan mereka. Apa yang terjadi, kucing mengelak sama sekali untuk makan ataupun berlaku keagresifan.

Ada yang masih boleh berkongsi tetapi menyebabkan kawasan lebih bersepah kerana mereka akan menarik makanan keluar dari mangkuk makanan.

Ada pula yang sudah diberi bekas makanan individu tetapi masih cuba mendapatkan makanan dari bekas makanan kucing yang lain, juga menimbulkan masalah yang sama.

Tetapi, ada beberapa cara penyelesaian yang anda boleh cuba dan praktikkan untuk membantu menyelesaikan masalah di atas.

Satu, berikan mangkuk makanan berasingan utuk setiap individu supaya mereka tenang sewaktu makan tanpa risau ancama dicuri.

Dua, letakkan mangkuk makanan antara satu kucing dengan kucing yang lain dalam jarak yang lebih jauh.

Tiga, beri makan di dalam bilik yang berasingan semasa waktu makan.

Diharap info dan tips di atas sedikit sebanak dapat membantu anda menyelasaikan masalah yang berlaku.

Kongsikan bersama rakan anda sekiranya bermanfaat.

8 thoughts on “Adakah Kucing Perlukan Mangkuk Makanan Berasingan?

  1. kami bukan dari jenis yang memelihara kucing.. namun di rumah ada disediakan makanan kucing. dah jadi rutin kucing datang makan sebelum kami keluar rumah setiap pagi. kesian dengan kucing yang tidak diurus baik oleh tuannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *