Fakta Menarik, Penjagaan Kucing

3 Fakta Menarik Mengenai Mata Kucing

3 Fakta Menarik Mengenai Mata Kucing. Bak kata orang dulu-dulu, dari mata jatuh ke hati. Dari hati jatuhnya sayang. Dari sayang lahirnya cinta. Bermadah cinta pula kita kali ini.

Pernah tak anda nak mencari kucing anda di antara banyak-banyak kucing, tetapi kucing-kucing yang ada tu lebih kurang sama sahaja corak dan saiz badan. Ha, masa ni lah nak guna deria ke-6, sixth sense. Kuasa membaca minda.

Bukanlah sixth sense sangat, tapi berguna juga. Kita boleh kenal pasti kucing kita melalui pandangan mata. Macam kita kenal orang tu melalui matanya. Sama dengan kucing.

Kan ke kita tengok kucing kita hari-hari, main-main dengan dia, belai-belai dia sambil-sambil main kedip-kedip mata dengan dia. Siap ada yang bersembang lagi dengan kucing. Macam paham aje yang disembangkan tu.

Masing-masing kucing ada pandangan mata yang tersendiri dengan pemiliknya. Ada mata tu mata nakal aje, ada mata tu acah tak kisah, ada mata manja yang amat. Anda la sebagai pemiik tahu ekspresi-ekspresi ni.

Betul lah tu, dari mata turun ke hati. Sebabnya mata ni unik sangat. Bukan sekadar sebagai deria penglihatan, kucing ni memang dikurniakan mata yang bulat dan sangat comel kan. Sampai kadang-kadang nakal pun tak jadi nak marah sebab comel sangat. 

Nak tahu lagi apa yang menarik mengenai mata kucing. Jom lihat perkongsian di bawah.

3 Fakta Menarik Mengenai Mata Kucing

1. Kucing Boleh Melihat di dalam Cahaya yang Rendah

Kucing tidak boleh melihat di dalam keadaan yang gelap gelita sama dengan kita. Tetapi, kucing boleh melihat di dalam keadaan cahaya rendah. Penglihatan mereka dalam keadaan cahaya rendah jauh lebih baik daripada manusia. Kucing boleh melihat dengan baik dengan hanya perlukan 1/6 cahaya yang kita perlukan.

Menakjubkan. Patutlah dalam gelap pun boleh main kejar-kejar lagi.

 2. Penglihatan Kucing Kurang Terperinci Berbanding Manusia

Terperinci yang macam mana? Contohnya, daun-daun di atas pokok ataupun tulisan di atas kertas. Mereka tidak melihat terperincin seperti kita kerana penglihatan kucing paling tajam adalah pada jarak 2 hingga 3 kaki di hadapannya. Ini bukan bermaksud kucing mempunya rabun dekat, tetapi lebih kepada anatomi di dalam matanya yang berbeza dengan manusia.

Kalau anda perasan semasa bermain dengan alat permainan atau menghulurkan makanan kepada mereka, mereka tidak memberi respon jika barang tersebut terlalu hampir dengan mereka kecuali setelah dijauhkan sedikit. Oleh itu, sekiranya anda ingin mendapatkan perhatian kucing menggunakan alata anda, jauhkan seikit jaraknya dari mata mereka.

Namun begitu, mereka mempunyai kelebihan yang lain pula daripada manusia. Mereka melihat dengan lebih baik terhadap objek yang bergerak laju dan pantas berbanding kita. Sebab tu mereka pemburu yang sangat bagus.

3. Kucing Tidak Buta Warna Sepenuhnya

Kucing tidak buta warna sepenuhnya. Tetapi warna yang mereka boleh lihat adalah terhad. Warna apa yang kucing boleh lihat? Kucing boleh melihat warna kuning, ungu, hijau dan biru dengan agak baik tetapi tidak bagi warna coklat oren dan merah.

4. Anak Mata yang Istimewa

Perasan tak ada masa anak mata kucing bulat dan itam penuh di matanya. Ada masa matanya bertukar runcing seperi di dalam gambar di atas. Kalau lihat dalam jarak dekat rasa macam hebat sangat, sebab mata kita tak boleh buat macam tu. Hebat betul kan ciptaan mata sahaja ni kan, belum cerita yang lain lagi.

Anak mata mereka yang boleh bertukar ni bukan sekadar hiasan sahaja kepada kucing atau untuk buat kucing nampak cool sahaja. Bentuk anak mata yang tirus itu membolehkan anak mata membesar dan mengecil dengan lebih cepat berbanding dengan mata manusia yang berbentuk bulat.

Jadi, kucing boleh adjust mata mereka dengan cepat, sesuai dengan cahaya persekitaran, dan mengelakkan tidak selesa akibat pertukaran cahaya yang mendadak. Cuba bayangkan, keadaan kita yang berpanas terik di luar kemudian masuk ke dalam rumah, mata kita tidak selesa dan mengambil masa untuk adjust dengan persekitaran.

Kucing tidak begitu kerana mereka boleh adjust dari cahaya terang ke cahaya gelap atau sebaliknya dengan cepat dan effisyen.

Saya tak pasti lah anda bagaimana, tetapi kadang-kadang saya suka tengok mata-mata kucing-kucing saya. Sebab utamanya sebab mereka ni comel sangat dan ada masa mereka tak kisah. Yelah, dari mata turun ke hati kan, masa ni juga la nak bonding dengan mereka.

Semestinya banyak lagi misteri berkaitan dengan mata kucing ini. Bagaimana pula pendapat anda?

5 thoughts on “3 Fakta Menarik Mengenai Mata Kucing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *