Nak tahu bagaimana penggunaan elektrik penapis udara?

Antara soalan yang sering ditanya adala berkenaan bil elektrik apabila menggunakan penapis udara.

Jika ada isu berkaitan alahan dan asma, bulu haiwan peliharaan yang berterabur sekitar kawasan rumah, serta kehadiran asap rokok, kemungkinan besaranda akan menggunakannya selama 24 jam sehari.

Saya juga menggalakkan begitu bagi mendapatkan yang terbaik daripada penapis udara anda.

“Tetapi, bagaimana pula dengan bil elektrik saya?”

Di sini kita akan lihat lebh lanjut bagaimana penggunaan penapis udara Coway bagi 2 model iaitu Storm dan juga Lombok 2.

Sebenarnya peralatan elektrik yang effisyen dan cekap tenaga seperti penapis udara Coway lebih jimat tenaga.

Oleh itu, jimat wang pengguna.

Bagi mengira bil elektrik sesebuah alatan elektrik, terlebih dahulu perlu mengetahui kuasa dalam bentuk Watt.

Info ini biasanya diberikan oleh pengeluar sesebuah alatan elektrik dan boleh didapati pada kotak, pada alat elektrik tersebut ataupun melalui laman web pengeluar.

Senarai Watt bagi dua model Penapis Udara Coway Storm dan Lombok 2 adalah seperti berikut

Storm: 45 Watt
Lombok 2: 13-72 Watt

 

Cara kira bil elektrik penapis udara

= kWatt penapis udara x jumlah jam sebulan x Berapa sen setiap kWJ

 

Penapis Udara Coway Storm

45 W >>> 0.045kW

Digunakan 24 jam sehari selama 30 hari sebulan

Jumlah jam sebulan
= 24 jam x 30 hari
= 720 jam

Jumlah kWJ bagi 30 hari
= 0.045kW x 720 jam
=32.4 kWJ

Tarif elektrik untuk kediaman biasa adalah RM0.218 bagi 200 kW pertama

Bil eletrik untuk 1 bulan
= 32.4 kWJ x RM0.218
= RM7.06 

 

Penapis Udara Coway Lombok 2

72 W >>> 0.072kW

Digunakan 24 jam sehari selama 30 hari sebulan

Jumlah jam sebulan
= 24 jam x 30 hari
= 720 jam

Jumlah kWJ bagi 30 hari
= 0.072kW x 720 jam
=51.84 kWJ

Tarif elektrik untuk kediaman biasa adalah RM0.218 bagi 200 kW pertama

Bil eletrik untuk 1 bulan
= 51.84 kWJ x RM0.218
= RM11.301

 

Begitu juga sekiranya untuk mengira penggunaan elektrik bagi perkakas elektrik yang lain.

Anda juga boleh mengira bil elektrik anda berdasarkan nilai kW yang digunakan melalui bill calculator di laman web www.tnb.com.my

**Please note these calculation is for guideline purpose only, and your actual bill amount might vary according to your electricity consumption

Baca: FAQ Penapis Udara